Kenapa nak sangat cepat kaya ? Kenapa mudah untuk melabur dalam skim pelaburan 
yang pelik-pelik sampai ada yang sanggup buat pinjaman ? Kenapa susah hendak 
melabur dalam skim pelaburan akhirat seperti pembinaan masjid, surau, rumah 
anak yatim, rumah perlindungan saudara baru, mereka yang kesusahan , Gaza , 
Palestin dan sebagainya ?

Usaha promosi untuk skim pelaburan akhirat perlu diperhebatkan oleh semua 
pihak. Hadith-hadith Nabi SAW pun banyak menyebut mengenai pahala dan dosa, 
syurga dan neraka, perkara ghaib. Tapi sayang , semua orang sekarang sibuk nak 
berniaga dalam segala hal , berapa upah , berapa komisyen , royalti dan 
sebagainya.

Kalau nak bayar royalti, orang yang sepatutnya paling kaya di dunia ini 
mendapat royalti ialah Nabi SAW , kerana begitu banyak ayat Al Quran yang 
diturunkan kepada Baginda SAW, juga hadith-hadith Baginda SAW serta . Baginda 
SAW tidak meminta royalti, Baginda menyeru umatnya untuk mengamalkannya.

Kalau usaha promosi untuk pelaburan akhirat tidak diperhebatkan , maka 
pelaburan dunia , pelaburan skim cepat kaya yang akan berleluasa.

**************************
Sindiket pelaburan kebas duit

Sinar Harian 21 Jun 2001

SEREMBAN – Dengan bertopengkan skim pelaburan berasaskan projek ternakan 
lintah, seorang lelaki dan anaknya berjaya memperdayakan kira-kira 3,000 mangsa 
di seluruh negara serta membawa lari wang tunai dianggarkan RM40 juta.

Lelaki terbabit, 50an, dan anaknya berumur sekitar 20an dipercayai mengaburi 
mata mangsa dengan menjanjikan pulangan berlipat ganda nilai pelaburan dalam 
tempoh enam bulan.

Skim pelaburan putar alam itu dikendalikan menerusi sebuah syarikat beroperasi 
awal 2008 hingga tahun lalu dan mempunyai ibu pejabat di bandar ini, selain 
beberapa cawangan di negeri lain.

Akibat kegiatan penipuan itu, mangsa melibatkan masyarakat pelbagai kaum 
termasuk orang kenamaan mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM1.5 juta.

Seorang mangsa, Mohamad Halim Husnan, 40, dari Seremban, berkata, ramai yang 
terpedaya kerana publisiti meluas skim itu di sebuah akhbar pada awal 2008.

“Syarikat terbabit menjanjikan pulangan kira-kira RM12,500 bagi setiap RM5,000 
dilaburkan selepas enam bulan bagi projek menternak lintah. Lebih banyak jumlah 
dilaburkan, lebih tinggi nilai pulangan.

“Pada dua bulan pertama, memang ada pelabur yang mendapat sedikit pulangan. 
Namun, bagi bulan-bulan berikutnya, kami tidak menerima walau satu sen pun,” 
katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan kira-kira 150 mangsa penipuan 
skim berkenaan di Rasah dekat sini, semalam.

Dia yang mempengerusikan majlis perjumpaan itu berkata, pelabur mengesyaki 
ditipu cuba meminta wang dikembalikan, tetapi gagal kerana syarikat didapati 
tidak beroperasi dan pejabatnya disita.

Kata Mohamad Halim, dua lelaki terbabit dan semua ahli keluarga mereka tidak 
dapat dikesan serta terdapat kemungkinan mereka melarikan diri ke luar negara.

Beliau mendakwa, kegiatan penipuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi 
sehingga kini, semua mangsa tidak pasti tentang tindakan susulan diambil.

“Pada perjumpaan hari ini (semalam), kami sepakat untuk mengemukakan memorandum 
kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri 
Ismail Sabri Yaacob di Parlimen, 30 Jun ini.

“Selain itu, kami akan melantik peguam supaya tindakan undang-undang diambil 
terhadap semua pemilik syarikat berkenaan,” katanya.

Mohamad Halim yang kerugian RM20,000 berkata, dipercayai masih ramai mangsa 
penipuan skim pelaburan ternakan lintah itu belum tampil membuat laporan dan 
meminta mereka menghubunginya di talian 012-3848840.

Sementara itu, mangsa, S Magindran, 45, dari Rawang, Selangor, berkata, dia dan 
dua rakannya menyertai skim terbabit untuk menambah pendapatan.

Bagaimanapun, kata Magindran, hasrat itu tidak kesampaian malah menyebabkan 
mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7849082.asp





Kirim email ke