Eloklah, banyakkanlah cerita hantu tahyul di tv, pawagam dan majalah. Tidak 
hairanlah sekarang ini semakin banyak gangguan jin dan syaitan. Keluarga 
berkecamuk, anak-anak sering menangis, remaja tak tenang duduk rumah, kes 
perceraian rumah tangga semakin meningkat. Orang di India pula yang jumpa 
kajian bahawa wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen 
di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis.

Padahal ulama dan para ustaz kita dah kata lama dah.

*****************************************
Tonton siri seram lahir anak kuat menangis

Utusan Malaysia 20 Jun 2010. CHENNA 19 Jun - Wanita mengandung yang sering 
menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak 
yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.

Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh 
wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti Chitty lebih 
kerap menangis.

"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat 
menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang 
tidur awal.

"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis 
termasuk selepas diberi makan," kata Dr. S. Elango, bekas pengarah kesihatan 
awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.

Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun 
mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.

Ibu-ibu tersebut dipantau semasa mereka sedang mengandung manakala bayi mereka 
turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.

Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton 
televisyen lebih nyenyak tidur. — BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm




Kirim email ke