Macamlah MO ini bijak sangat dalam ilmu ketenteraan dan pertahanan - Dia 
general ke? Saya pergi merata  dunia tak ada pun pangkalan tentera udara dalam 
bandaraya - Di Chicago tak ada, Di New York tak ada, Di New Orleans tak ada, di 
London tak ada, Di Adelaide tak ada, di Christchurch tak ada. Di Tokyo tak ada. 
Di mana yang ada? Bila pangkalan udara di dalam bandaraya dan berlaku 
peperangan itulah sasaran pertama musuh . ini membahayakan penduduk awam di 
sekitar bandaraya. Peperangan zaman sekarang lagi hebat - main roket dan peluru 
berpandu aje. Pesawat Drone tganpa juruterbang boleh mengebom di mana-mana aje 
dia suka. Berlajarlah ilmu ketenteraan dan pertahanan dulu sebelum membabi buta 
bercakap dan menyokong tanpa ilmu. Jangan ambil contoh Singapura kerana 
Singapura adalah City State - Tak ada pilihan!! Di Korea Selatan mereka buat 
lebuh raya begitu luas di beberapa tempat untuk memudahkan pesawat perang 
mereka menggunakan kemudahan itu bila berlaku
 peperangan. Sepanjang jalan dari Seoul ke Pusan ada konsep ini. SUSAH BETUL 
NAK MAJUKAN NEGARA MALAYSIA NI - TAK ADA YANG BETUL KEPADA PEMBANGKANG - ASYIK 
MEMBANGKANG AJE. TAK GUNA PUNYA MANUSIA. TAKKANLAH TAK ADA YANG BETUL - KALAU 
TAK BETUL BANGKANGLAH TAPI BILA BETUL SOKONGLAH - BARU BETUL JADI WAKIL RAKYAT. 
Contohilah negara demokrasi yang dah begitu lama berdemokrasi!! Sorrylah saya 
tak dapat bersama menyokong yang tak patut disokong.

--- On Wed, 6/16/10, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, June 16, 2010, 9:23 AM







 









      Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan 
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara 
kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden 
PAS, Datuk Mahfuz Omar.



"Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di 
tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan 
nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh.



"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan 
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan 
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di 
kebanyakan negara maju," katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.



Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang 
pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi 
maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari 
Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit 
Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem 
tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.



"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground 
Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.



Mahfuz juga mempersoalkan jaminan kerajaan berhubung jurang masa pemindahan 
(transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi.



"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam 
proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera 
dan rakyat Malaysia," katanya.



Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support 
Centre (EWSC) memandangkan kemudahan di pusat itu amat sensitif dan kritikal.



"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan 
electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masa kini.



"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan 
menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar 
data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak 
balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," kata Mahfuz.



Beliau juga yakin, oleh kerana pangkalan tersebut merupakan pusat operasi 
tentera udara, akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara 
kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.



Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat lokasi baru pangkalan 
berkenaan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya 
mengumumkan ia akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti tetapi 
gagal mengumumkannya.



"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan 
pampasan?" soal beliau.



Mahfuz juga membayangkan kerajaan mungkin mengulangi kesalahan yang dilakukan 
berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar 
seperti di Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, 
Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan kemudahan 
sokongan yang penting untuk keselamatan negara.



"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters 
flat tanpa halaman?



"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan 
tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang 
tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan 
konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang 
pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang 
pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan 
lain-lain," katanya.



Selain itu, Mahfuz juga berkata pembangunan semula pangkalan TUDM di Sungai 
Besi akan memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara 
sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini.



http://malaysiakini.com/news/134654



Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara



KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, 
rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di 
Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia 
bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.



"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan 
pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada 
pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh 
(Hanruh).



"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan 
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan 
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di 
kebanyakan negara maju," katanya.



Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya 
sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta 
pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan 
terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile 
dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk 
memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.



"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground 
Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.



Mahfuz juga mempersoalkan apakah jaminan kerajaan tentang jurang masa 
pemindahan (transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi 
untuk proofing dan commissioning.



"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam 
proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera 
dan rakyat Malaysia," katanya.



Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support 
Centre (EWSC) memandangkan fasiliti tersebut amat sensitif dan kritikal 
sehingga terpaksa membuka kasut untuk masuk ke dalamnya.



"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan 
electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masakini.



"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan 
menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar 
data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak 
balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," Mahfuz mempersoalkan.



Beliau juga yakin, oleh kerana pengkalan tersebut merupakan pusat operasi 
tentera udara (POTU), akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana 
negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.



Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat ke mana pemindahan 
akan dibuat dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya 
mengumumkan pangkalan tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang telah 
dikenal pasti dan beliau akan umumkan apabila tiba masanya kelak.



"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan 
pampasan?" soal beliau.



Mahfuz juga mempersoalkan, adakah kerajaan akan mengulangi kesalahan yang 
dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari 
bandar seperti menjual Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau 
Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan 
fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.



"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters 
flat tanpa halaman?



"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan 
tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang 
tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan 
konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang 
pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang 
pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan 
lain-lain," Mahfuz mempersoalkan lagi.



Penggadaian pangkalan TUDM di Sungai Besi yang begitu established memusnahkan 
peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah 
pangkalan udara yang pertama di negara ini, kata beliau.



http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27141:gadai-pangkalan-tudm-bahayakan-negara&catid=1:utama&Itemid=50























      

Kirim email ke