salam...

kepada sesiapa yang layak....

kekosongan jawatan kerani akaun../ akauntan.(diploma or degree)

at Azali Abadi Sdn Bhd.
Presint 15 Putrajaya.

pls faks cv
03-8888 8773

person incharge:
Che Mat Hassan (013-3925313) 
En. Farid (019-350 5883)



________________________________
From: "su...@yahoo.com" <su...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 16 June 2010 21:23:39
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

 
Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia
bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk
Mahfuz Omar.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di
tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan
nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh.

"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan
negara maju," katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang
pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi
maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari
Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam
yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem
tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground
Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan jaminan kerajaan berhubung jurang masa pemindahan
(transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi.

"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam
proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera
dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support
Centre (EWSC) memandangkan kemudahan di pusat itu amat sensitif dan kritikal.

"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan
electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masa kini.

"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan
menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar
data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak
balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin, oleh kerana pangkalan tersebut merupakan pusat operasi
tentera udara, akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara
kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat lokasi baru pangkalan
berkenaan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya
mengumumkan ia akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti tetapi
gagal mengumumkannya.

"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan
pampasan?" soal beliau.

Mahfuz juga membayangkan kerajaan mungkin mengulangi kesalahan yang dilakukan
berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar
seperti di Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang,
Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan kemudahan
sokongan yang penting untuk keselamatan negara.

"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters
flat tanpa halaman?

"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan
tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang
tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan
konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang
pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang
pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan
lain-lain," katanya.

Selain itu, Mahfuz juga berkata pembangunan semula pangkalan TUDM di Sungai Besi
akan memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara
sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini.


http://malaysiakini.com/news/134654

Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata,
rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di
Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia
bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan
pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada
pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh
(Hanruh).

"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan
negara maju," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya
sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta
pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan
terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari
Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan
sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground
Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan apakah jaminan kerajaan tentang jurang masa pemindahan
(transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi untuk proofing
dan commissioning.

"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam
proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera
dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support
Centre (EWSC) memandangkan fasiliti tersebut amat sensitif dan kritikal sehingga
terpaksa membuka kasut untuk masuk ke dalamnya.

"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan
electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masakini.

"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan
menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar
data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak
balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," Mahfuz mempersoalkan.

Beliau juga yakin, oleh kerana pengkalan tersebut merupakan pusat operasi
tentera udara (POTU), akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana
negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat ke mana pemindahan
akan dibuat dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya
mengumumkan pangkalan tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang telah
dikenal pasti dan beliau akan umumkan apabila tiba masanya kelak.

"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan
pampasan?" soal beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan, adakah kerajaan akan mengulangi kesalahan yang
dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari
bandar seperti menjual Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau
Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan
fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.

"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters
flat tanpa halaman?

"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan
tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang
tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan
konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang
pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang
pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan
lain-lain," Mahfuz mempersoalkan lagi.

Penggadaian pangkalan TUDM di Sungai Besi yang begitu established memusnahkan
peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah
pangkalan udara yang pertama di negara ini, kata beliau.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27141:gadai-pangkalan-tudm-bahayakan-negara&catid=1:utama&Itemid=50





Kirim email ke