السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saya menetap di Amerika Syarikat. Imam yang dirujuk untuk kes penceraian adalah
dari mazhab Hanafi. Saya ingin bertanya tentang kes penceraian daripada segi
mazhab Shafie.

Imam tersebut mengatakan selepas jatuh talak yang pertama, dua bulan kemudian
jatuh talak ketiga (satu bulan satu talak) dan idah bermula untuk tempoh tiga
bulan kemudian selepas talak tiga.

Bolehkah ustaz terangkan penceraian dalam mazhab Shafie.

JAWAPAN:

Molek kiranya saya mulakan ulasan soalan saudara dengan sepotong ayat al-Quran
yang bermaksud: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah
itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah
halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada
mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri
takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan
aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran
(tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai
pengambilan suami akan bayaran itu).

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa
yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim. (al-Baqarah: 229)

Dalam ayat di atas Allah menetapkan bahawa seseorang isteri yang dicerai dengan
cerai raj’i (cerai yang boleh dirujuk) dengan talak yang paling maksimum adalah
dua, kalau tiga tidak boleh dirujuk melainkan dikahwini oleh orang lain sebelum
dikahwininya.

Ayat ini juga sekali gus menjelaskan adanya bilangan talak yang dilafaz bukan
ikut bilangan bulan.

Persoalannya sekarang, saudara telah diberitahu oleh imam di sana mengenai
talak. Sebenarnya apa yang jelaskan oleh imam tersebut tidak tepat.

Tidak ada mazhab yang menyebut seseorang isteri diceraikan dengan talak satu
kemudian bila si suami tidak merujuk dalam bulan pertama dalam tempoh idahnya
masuk bulan kedua talak yang asalnya satu jadi dua dan bagi bulan ketiga talak
itu menjadi tiga.

Maksudnya kalau si suami gagal merujuk isteri dalam idah yang kebiasaannya dalam
tempoh tiga bulan maka talak yang satu yang dilafazkan oleh suami menjadi tiga.

Pandangan ini sangat bercanggah dengan pandangan jumhur ulama termasuk Imam
al-Syafie. Bilangan talak adalah apa yang dilafazkan oleh si suami ketika
menceraikan isterinya.

Contohnya si suami kata, “aku ceraikan engkau dengan talak satu”, maka talak
satulah sampai dirujuk dalam idah.

Kalau tidak rujuk sampai habis idah dan si suami ingin kembali maka hendaklah
dinikahi dengan akad yang baru dan mas kahwin yang baru. Ini bermaksud bilangan
talak tidak bertambah kerana kelewatan merujuk.

Cara mengira bilangan talak yang dilafazkan oleh suami adalah sama ada menyebut
dengan jelas jumlah bilangan talak seperti: “Aku cerai/talak dikau dengan talak
satu atau dua atau tiga”. Maka jatuh talak mengikut bilangan yang ditentukan
atau disebut oleh suami.

Cara lain pengiraan talak adalah suami menceraikan isteri dengan talak satu
kemudian rujuk semula, tetapi perceraian berlaku lagi selepas itu.

Setelah dua kali bercerai (dengan talak satu), kemudian berlaku perceraian lagi
dengan suami melafazkan cerai talak satu maka ia dikira telah jatuh talak tiga.

Pasangan ini tidak boleh rujuk kecuali bekas isteri berkahwin dengan orang lain,
bersetubuh dan bercerai.

Talak mesti dijatuhkan mengikut aturan kiraan Islam memberikan kepada seorang
muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali talak
dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya.

Kemudian ditinggalkannya isterinya itu sehingga habis idah. Kalau nampak ada
keinginan merujuk sewaktu masih dalam idah, maka dia boleh merujuknya.

Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis idah, dia masih boleh untuk
kembali kepada isterinya itu dengan akad dan mahar (mas kawin) baru. Kalau dia
tidak lagi berhasrat untuk kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang
lain.

Jika si lelaki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talak satu, tetapi
tiba-tiba terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talak yang kedua, si
lelaki masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.

Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini
merupakan suatu bukti nyata, bahawa perceraian antara keduanya itu harus
dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya sudah tidak mungkin.

Oleh kerana itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak
lagi halal buat si lelaki tersebut, sehinggalah dia kahwin dengan orang lain
secara syarie. Bukan sekadar menghalalkan si perempuan untuk suaminya yang
pertama tadi.


()"" ' )
( ,'o' )") Nakhai’e
(,,)(")(") "
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke