Askm,
Terkini isu negara Islam yang diperjuangkan PAS berbangkit lagi walau pun
versi negara Islam yang akan ditegakkan bukan pada nama tetapi lebih kepada
mendaulatkan syariat Islam. DAP walaupun berada dalam Pakatan Rakyat bersama
PAS Pengerusinya Karpal Singh tetap dengan pendirian menolak negara Islam. Isu
ini dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa ianya lebih kepada pandangan
peribadi Karpal Singh. Sebenarnya cukup menghinakan bagi orang Melayu/Islam
apabila mencapai kemerdekaan UMNO yang menjadi tulang belakang parti pemerintah
masih meneruskan dasar dan sistem perundangan yang ditinggal penjajah. Hak
penganut Islam diketepikan dan jelas ini meletakkan kekuatan aqidah orang Islam
pada tahap cukup rendah bahkan dikhuatiri merudum ketahap sifar kerana iman dan
beramal dengan segala perintah yang terdapat dalam kitab Nya serta Sunnah Nabi
Nya Muhammad SAW itu tidak dapat dipisahkan.
Berimankah kita jika masih menerima pakai sistem perundangan yang
ditinggalkan penjajah kuffar itu ? Apakah kerana negara ini sama-sama didiami
oleh bukan Islam maka orang Islam terpaksa menggadai pegangan (syariat Islam)
mereka kepada bukan Islam ? Bahkan ada pemimpin tertinggi UMNO sendiri
menakut-nakutkan umat Islam terhadap syariat Islam. Akibat nya orang bukan
Islam bahkan sebahagian orang Islam sendiri selesa dengan peraturan dan sistem
perundangan yang berteraskan apa yang ditinggalkan oleh penjajah. Kalau orang
bukan Islam tidak menjadi masalah dengan sistem perundangan penjajah sedangkan
penjajah itu sudah balik kenegerinya mengapa pula mereka sukar menerima sistem
Islam ?? Jika Islam telah dilengkapi dengan sistem perundangan nya sendiri dan
selayaknya diterima pakai maka mereka yang bukan Islam bebas memilih jika
mereka tidak dapat menerima sistem Islam sepenohnya !! Islam tidak memaksa tapi
jangan bertindak seperti Abu Jahal yang
menghalang orang lain yang ingin menerima Islam.
Karpal Singh boleh pilih sistem yang dia suka tapi jika majoriti rakyat
boleh terima syariat Islam maka dia perlulah menyambung belajar tentang sistem
perundangan Islam sehingga dia layak diiktiraf sebagai seorang peguam. Namun
agak sukar dia memahami syariat Islam jika dia tidak memahami apakah itu aqidah
Islam. Aqidah mempercayai Allah tuhan yang maha esa yang telah dibawa oleh
lebih seratus ribu para Nabi termasuk Nabi Isa as. Apakah Karpal begitu jahil
bahawa ramai Nabi-Nabi sebelum Muhammad SAW yang wajib diperakui oleh penganut
Islam adalah Nabi-Nabi kepada orang Krtistin (Nasrani) dan Yahudi (Bani
Israel). Malangnya orang Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa yang dikenali
sebagai Jesus adalah Tuhan dan Yahudi/Bani Israel pula menganggap mereka
sebagai umat pilihan dan menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kabarnya
kepercayaan bahawa Nabi Isa adalah Tuhan sebenarnya rekaan yang didalangi
orang-orang Yahudi.
Jika dia (Karpal) masih tidak mahu terima perundangan Islam jangan lah
halang mereka yang ingin mengamalkan cara hidup Islam. Dia amalkanlah pegangan
hidup dia tapi Malaysia sebagai negara yang beri kebebasan dalam menganuti
sebarang agama maka janganlah pula dia nak halang orang lain beramal dengan
kepercayaan mereka sebagaimana Abu Jahal menghalang mereka yang memeluk Islam
sebaik saja Islam diwahyukan melalui Nabi Muhammad SAW. Mereka yang menganut
Islam pula mestilah menerima Islam itu dalam segala aspek bukan dengan memilih
milih sendiri mana yang sesuai mana yang tak sesuai diamalkan kerana ini adalah
kerja kaum Nasrani dan Yahudi yang dikutuk oleh Allah SWT. Wallahu'alam.
ibnuAli