Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba berdolak dalih dalam isu Kementerian 
Pelajaran mengambil alih program Permata Negara ? Adakah Kementerian Pelajaran 
diarah untuk mengambil alih Program Permata Negara ? Kata beliau : “Apa yang 
penting ialah bagaimana hendak urus program seperti itu yang memerlukan satu 
bentuk latihan yang agak istimewa, kerana hendak jaga anak-anak yang masih 
kecil lebih sukar”.

Ke manakah dasar pelajaran negara kita ? Adakah anak-anak kita akan menjadi 
mangsa ujikaji demi ujikaji atas sistem pembelajaran yang sering berubah ? 
Akhirnya Yang Dikejar Tak Dapat , Yang Di Kendong Berciciran.

Kementerian Pelajaran sudah ada sistem Prasekolah sejak sekian lama untuk 
pelajar dari usia 4 ke 6 tahun. Adakah sistem prasekolah Kementerian Pelajaran 
ini akan dirombak semula sesuai dengan Program Permata Negara ?

Adakah semua guru-guru dalam Program Permata Negara dari 24,091 buah pra 
sekolah akan dikawal selia oleh Kementerian Pelajaran ?

Mereka di Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah, Pengarah , say something on 
this issue of Permata Negara. Adakah ianya akan menjadi aset atau liabiliti ?

******************************
Berita Harian 1 Julai 2010
MENGENAI PROGRAM PERMATA NEGARA YANG AKAN DIAMBIL ALIH PELAKSANAANNYA OLEH 
KEMENTERIAN PELAJARAN MULAI 2012, MUHYIDDIN BERKATA PIHAK KEMENTERIAN SEDANG 
MEMBUAT PERSIAPAN RAPI.

"APA YANG PENTING IALAH BAGAIMANA HENDAK URUS PROGRAM SEPERTI ITU YANG 
MEMERLUKAN SATU BENTUK LATIHAN YANG AGAK ISTIMEWA, KERANA HENDAK JAGA ANAK-ANAK 
YANG MASIH KECIL LEBIH SUKAR.

"CARA PEMBELAJARAN DAN PENYAMPAIAN PUN TIDAK BOLEH MACAM BIASA, IA LEBIH DALAM 
BENTUK MAINAN, MUNGKIN MENYANYI...BIMBINGAN ITU AGAK BERBEZA SEKALI DAN 
MEMERLUKAN GURU YANG TIDAK SERUPA (DENGAN YANG BIASA)," KATANYA.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukewajaranUPSR_PMRdiputuskantahunini_Muhyiddin/Article/index_html

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, 
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada 
kementerian.
"Program itu membabitkan pendidikan bagi kanak-kanak berusia satu bulan hingga 
empat tahun, ia memerlukan satu pendekatan berlainan dengan pendidikan 
prasekolah," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive


Peruntukan RM150 Juta Licinkan Pelaksanaan Program Permata
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2009 (Bernama) - Kerajaan memperuntukkan RM150 juta kepada 
lebih 300 Pusat Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak (Taska) yang dijadikan pusat 
Permata bagi melicinkan pelaksanaan Program Anak Permata Negara (Permata).
http://www.ypkt.gov.my/index.php/pusat-sumber/koleksi-artikel/73-artikel-1

Kerajaan arus perdanakan sistem pendidikan pra sekolah
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengarus perdanakan prasekolah dalam sistem 
pendidikan kebangsaan dan memastikan murid dapat membaca, menulis dan mengira 
sebelum memasuki tahun empat.
Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 80 
peratus daripada kanak-kanak akan mempunyai akses kepada prasekolah dan 100 
buah sekolah akan dibangunkan sebagai pusat berprestasi tinggi menjelang 2012.
Menurut laporan itu, Permata telah diberikan peruntukan sebanyak RM150 juta 
bagi menaik taraf 478 pusat aktiviti meliputi 18,000 kanak-kanak dengan 
sokongan 1,200 guru.
http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/Terkini/20091023161652/Article/

Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa 
awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 
PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran 
yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari 
konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, 
anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi 
dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
http://www.permata.jpm.my/index.asp

RM300 juta bina kelas prasekolah
SRI AMAN 26 Jun 2009 - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk 
membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun 
pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar 
penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus 
daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.
Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 
buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), 
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak 
swasta berdaftar 6,412 kelas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan 
program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman 
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun 
atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah

PENDAFTARAN KE TASKA PERMATA KEMAS KINI DIBUKA
Moto : SETIAP ANAK “PERMATA” NEGARA
Kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun.
http://www.kemas.gov.my/120

PENDAFTARAN KE TABIKA KEMAS KINI DIBUKA
Moto : Ceria, Cerdik, Cergas
Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun
http://www.kemas.gov.my/121

MESYUARAT PELAKSANAAN PEMERKASAAN PROGRAM PERMATA NEGARA 2010 BIL.2 / 2010
SIARAN MEDIA
26 JUN 2010
KUALA LUMPUR, 26 Jun 2010 – Pada tahun 2009, Program PERMATA telah berjaya 
diperluaskan pelaksanaannya di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 (PRE 1) di mana 
sebanyak 427 buah TASKA telah pun mendapat faedah dari perluasan tersebut.
Pada tahun 2010, di bawah rancangan memperkasa program PERMATA sebuah Pusat 
Anak PERMATA Negara (PAPN) akan dibina di 3 parlimen di setiap negeri kecuali 
Terengganu dan Sarawak. Setakat Jun 2010, sebanyak 27 buah PAPN telah pun 
memulakan kerja pembinaan dan penaiktarafan. Ini termasuk cadangan pembinaan 
sebuah PAPN di kawasan parlimen Hulu Selangor sebagaimana yang dijanjikan oleh 
Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
http://permata-negara.blogspot.com/




Kirim email ke