Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah
didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar
dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya
sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya
sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku
mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh
para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan
mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus
keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan
semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s
berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta
agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan
pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau
menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan
Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan
kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan
pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:
Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s
menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s
ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus
menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia
terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t
Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi
darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia
terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia
terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:
Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s
menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah
diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia
sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya
setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka
tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.
Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar
tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau
kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak
seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan
solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan
bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh
Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi
Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana
umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel
dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali
kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada
umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah
mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu
masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah
keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti
berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t
berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan
hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan
dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat
fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak
melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia
melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya
sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak
melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia
melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda
turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu
kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah
keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada
Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/06/2010 08:38:00 AM

Kirim email ke