SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab maka umat Islam seluruh dunia akan rancak membincangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Pelbagai program keagamaan diatur demi memuliakan peristiwa bersejarah tersebut. Hal ini merupakan satu usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada peristiwa-peristiwa bersejarah yang mana di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran bermanfaat. Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab. Seolah-olah ia telah disepakati di kalangan para ulamak ahli sunnah wal jamaah. Benarkah dakwaan ini?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke : http://akob73.blogspot.com/2008/06/artikel-tentang-bulan-rejab.html Dapatkan Juga Buku HEBATNYA BULAN ISLAM seperti di bawah : Assalaamu'alaikum Warhmatullah http://akob73.blogspot.com/2010/05/buku-hebatnya-bulan-islam-kini-di.html Tajuk: HEBATNYA BULAN ISLAM Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus Harga: RM17 Halaman: 440 Penerbit :Karya Bestari / Karangkraf Untuk membeli secara online sila ke sini : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2576 Untuk mendapatkan borang langganan sila ke sini: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_broshure/form-borang%20langganana.htm ***************************** Umat Islam di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan kalendar masihi berbanding hijrah dalam urusan harian mereka. Hakikatnya, penggunaan tarikh dalam kalendar Hijrah hanyalah mengikut musim tertentu. Umpamanya, pada bulan Ramadan. Setiap hari dihitung dengan penuh minat kerana keterujaan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal atau Aidilfitri. Di sisi lain, minat terhadap kalendar hijrah ini turut muncul apabila tibanya hari-hari yang dianggap kebesaran atau bersejarah bagi umat Islam. Apatah lagi sekiranya tarikh tersebut diiringi dengan cuti umum seperti Awal Muharam, Maulidul Rasul dan Nuzul Quran. Tambahan lagi, hari-hari kebesaran itu tercatat pu la pelbagai ibadat seperti puasa, doa-doa, zikir-zikir dan solat-solat sunat yang dikhususkan. Amat mendukacitakan kerana tidak semua amalan tersebut berpijak atas landasan pendalilan yang kukuh. Ada amalan yang hanya direka cipta oleh individu atau jemaah tertentu. Ada pula ibadat yang berlandaskan hadis-hadis dha’if (lemah) atau mawdhu’ (palsu). Terdapat juga amalan yang benar-benar bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah. Inilah contoh ikutan kita yang terbaik lagi sempurna. Rentetan daripada itu, maka saya menyusun sebuah buku untuk membahaskan apakah ibadat yang tulen dan bidaah lagi terlarang menurut bulan-bulan Islam. Kandungan Buku BULAN MUHARAM Berhijrah Menuju ALLAH dan Rasul Amalan Sunnah dan Bidaah Pada Bulan Muharam Peristiwa Karbala dan Hari Asyura BULAN SAFAR Tiada Kesialan Pada Bulan Safar Amalan Bidaah Pada Bulan Safar BULAN RABIULAWAL Fatwa – Fatwa Ulama Tentang Menyambut Maulidul Rasul Ittiba’ Sebagai Bukti Kecintaan Kepada Rasulullah Hakikat Mencintai Rasulullah BULAN REJAB Amalan-Amalan yang Dianggap Sunnah Pada Bulan Rejab Fatwa Ulama Tentang Menyambut Israk Mikraj BULAN SYAABAN Menyambut Kedatangan Bulan Syaaban Sambutan Nisfu Syaaban Bukan Daripada al-Sunnah? BULAN RAMADAN Keistimewaan Bulan Ramadan Amalan-amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan Solat Tarawih BULAN SYAWAL Puasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal BULAN ZULHIJJAH Keutamaan Bulan Zulhijah Ibadat Korban Mengerjakan Ibadat Korban Menurut al-Sunnah Rasulullah. AMALAN-AMALAN YANG DISUNNAHKAN SEMPENA HARI RAYA ************************* SINOPSIS Redha ALLAH itu penting. Dengannya, sejahteralah kehidupan selamanya. Tanpanya, nerakalah tempat akhirnya. Peringatan ALLAH itu jelas: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan (mana-mana bahagian daripada agama mereka) sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh ALLAH? - Surah as-Syura: 21 Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup sebenarnya. Sesiapa yang mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia, maka ALLAH cukupkan dia daripada memerlukan bantuan manusia. Sesiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan dia kepada manusia. - HR Tarmidzi Antara topik menarik dalam buku ini adalah :- Hadis dha’if sebagai sumber hukum Kedudukan doa akhir dan awal tahun Hijrah Hari Asyura dan peristiwa Karbala Fatwa tentang sambutan Maulidul Rasul Ittiba’ dalam IslamNisfu Syaaban dan amalannya Hukum menyambut Israk Mikraj Hukum ibadat korban Hukum solat hari raya Amalan sunnah sempena hari raya
