Saya setuju dengan kenyataan penerangan PAS PUSAT, Ustaz Idris Ahmad dan saudara Noorshamsudin. Marilah bersama kita menghidupkan surau atau masjid. Jangan fikir, kenyataan yang datang dari parti pembangkang semua tak betul. Kemakmuran sesebuah Negara adalah datangnya daripada rakyatnya yang sentiasa sujud menyembah ALLAH S.W.T.
FAUZI From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus Sent: Monday, July 05, 2010 9:10 AM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Help Palestine [hidayahnet] Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman. Dan Masyarakat..... ====================================================================================================================================== Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman Harakahdaily - 04 Julai 2010 PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah. “Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini. Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK masjid hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya. Selain itu, jelasnya, setiap AJK masjid juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam. Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid. “Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,” ujarnya seloroh. Katanya lagi, sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesebuah masjid itu gagal dimakmurkan. Dalam nada sinis, katanya, kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan. Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakkan golongan remaja dengan masjid. “Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,” ujarnya lagi. Idris menekankan ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin parah hari ini. “Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,” ujarnya. Wassalam. AFFINBANK - "BANKING WITHOUT BARRIERS" Noorshamsudin Hj. Mohd Darus IS Audit, Group Internal Audit 1st Floor Menara AFFINBANK 80 Jalan Raja Chulan, KL Tel: 03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home) Disclaimer http://www.ppj.gov.my/images/email/disclaimer2.htm
