Sesiapa yang nak tengok kapal TLDM atas daratan bolehlah pergi Muzium TLDM di 
Melaka. Muzium TLDM dilengkapi juga dengan Kapal Ex-Kd Sri Terengganu yang 
disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan TLDM. Kapal ronda yang 
ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah beroperasi selama 31 tahun

dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai 
Pemerintah. Kapal ini pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa konfrontasi 
Indonesia dan operasi rondaan di Pantai Timur Semenanjung.

Kapal Ex-Kd Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut Di Raja 
Malaysia (TLDM) dari kumpulan pertama yang ditempah khas oleh Kerajaan 
Persekutuan Tanah Melayu dari Syarikat Vosper Limited, Portsmouth England dalam 
tahun 1961. 

Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada 
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai melengkapkan lagi koleksi Muziurn 
TLDM untuk tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing. 

PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn. Bhd. untuk 
membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak RM160,000 ini sebelum di bawa 
ke Melaka. 

Pada 6 Januari 1996, kapal ini telah selamat di bawa ke Melaka melalui jalan 
laut oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal TLDM 
sendiri.

Antara objektifnya adalah:
Untuk melengkapkan koleksi Muzium TLDM yang sedia ada di samping menghayati 
sejarahnya semasa konfrantasi dengan Kerajaan Indonesia pada tahun 1963. 
Untuk mempamerkan salah sebuah kapal ronda Di Raja yang digunakan untuk 
mempertahankan kedaulatan negara di samping menghayati suasana di atas kapal 
bersama peralatan yang digunakan. 

Sumber : http://www.perzim.gov.my/kapal_exkd.htm 

Koleksi gambar KD Sri Terengganu di 
http://amkns.blogspot.com/2010/07/kapal-tldm-yang-dimuziumkan.html 



      

Kirim email ke