Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di
bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau
hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
(HR Muslim)

Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah
hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah.

Walau bagaimana pun kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang
mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan
lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal
seperti antaranya kata-kata :

1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan katanya ,
keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak
semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam
kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk
kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu
keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih
mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan
yang ingin dicapai…”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan
memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai
satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang
sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia
adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang
membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti
sedekah biasa. [HR Abu Daud]

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/02/2010 08:41:00 AM

Kirim email ke