Salam, Memohon laluan dari Moderator.
** *Amal soleh digandakan sehingga 700kali ganda * *[image: Al-Baqarah: 261] <http://www.islamicity.com/>* Al-Baqarah: 261 “*Bandingan derma orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya.* ” (Al-Baqarah; 261) Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda. Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan.. begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama seperti smkin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu. ** * Tiga Amalan Yang Berkekalan<http://sedekah-jariah.blogspot.com/2008/08/tiga-amalan-bawa-pahala-berkekalan.html> DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Apabila matinya anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312) * ** ** Sebarang Sumbangan/Derma/Saham Wakaf boleh di buat melalui akaun berikut: *Nama: MADRASAH DARUL BAYAN* *BIMB *: *1304 4010 0087 76 CIMB : 1308 0000 0861 01 MAYBANK : 5630 8200 4089* Untuk sebarang maklumat, sila hubungi: Ust Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya H/P: 0148040975 Email: *[email protected]* <[email protected]> ** ** ** ** *Pengenalan* *Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB)* adalah sebuah institusi Sekolah Agama Rakyat. Ia di bina hasil sumbangan umat Islam yang perihatin demi kecemerlangan pendidikan Islam. <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9FJjY0zWPI/AAAAAAAAAXY/U-NHQ6XmsWU/s1600/Logo+DarulBayan_small.png>SMIDB merupakan salah satu rangkaian institusi pendidikan yang bernaung di bawah *Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan* <http://www.darulbayan.org/> yang berpusat di Paka, Terengganu. Ia berhasrat menjadi alternatif kepada masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muslim berakhlak cemerlang di dunia dan akhirat berlandaskan Al-Quran. *Sejarah Penubuhan* <http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U7gMTpx_I/AAAAAAAAAYQ/hx47E4o_iQ8/s1600/masjidp6merah.jpg> Berpaksikan Masjid Tradisional yang telah berusia lebih 100 tahun di Kampung Pinang Merah, Paka, dibina sebuah pusat pengajian pondok* (Pondok Pinang Merah)* kelolaan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan pada 1414H bersamaan 1992M yang terus beroperasi sehingga kini. Seterusnya sebuah *Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan (MTAQDB)* di wujudkan bagi pengkhususan hafalan Al-Quran pada tahun 1998. Atas permintaan masyarakat setempat, pada tahun 2002, *Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) *ditubuhkan di tengah Pekan Paka yang menawarkan pendidikan Intergrasi antara Syariah dan konvensional. Selepas 8 tahun para pelajar di didik di SRIDB, kini tibalah masanya kami mewujudkan *SMIDB* bagi meneruskan sistem pengajian dan pendidikan kepada pelajar kami serta masyarakat Islam keseluruhannya. *SMIDB Pada Hari Ini* <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U8DP2Yl4I/AAAAAAAAAYY/CBgpKfGOCbg/s1600/pelajarsmi.jpg> Tanggal 17 Muharram 1431H bersamaan 3 Januari 2010M menjadi sejarah buat * SMIDB* kerana telah menerima 25 orang pelajar sulong yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Mereka ini dibahagikan kepada dua kelas yang berasingan, lelaki dan perempuan. Buat masa ini mereka menumpang belajar di bangunan MTAQDB. Semua pelajar ini diwajibkan tinggal di asrama. *SMIDB* mempunyai 4 orang tenaga pengajar tetap dan 5 orang tenaga pengajar bantuan serta seorang Pengetua yang mentadbir *SMIDB* dan MTAQDB. Read More *Pelan Bangunan SMIDB* **Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas* <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EcFvbmQCI/AAAAAAAAAXI/QC1f45Dy58o/s1600/pelanSMIDB-depan.jpg> <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EbX1hFOeI/AAAAAAAAAXA/tn3vBH2SbZg/s1600/pelanSMIDB-belakang.jpg> <http://2.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EdYMiGIUI/AAAAAAAAAXQ/Qd-9lYEjtnY/s1600/pelanSMIDB-atas.jpg> <http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EYGFHNPvI/AAAAAAAAAWw/VwmTlpCryao/s1600/pelanSMIDB-sisi+kanan.jpg> <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EaVCVMhdI/AAAAAAAAAW4/z0HRxTidj-4/s1600/pelanSMIDB-sisi+kiri.jpg> <http://2.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EWJKAi6HI/AAAAAAAAAWo/shdrB9igJP0/s1600/pelanSMIDB-keratan.jpg> *Kemaskini Pembangunan SMIDB* *Julai 2010* <http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/TGy3_cnVsAI/AAAAAAAAAi4/ZbA6HmmntVs/s1600/julai10.jpg> *Jun 2010** * <http://3.bp.blogspot.com/_eeAYCeW4Vo4/TCq4JwoXZLI/AAAAAAAAADM/fZMO-5dXqOc/s1600/jun2010.jpg> *Mei 2010* <http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/TCGA0I34czI/AAAAAAAAAdw/gVcw573o3_k/s1600/mei2010.jpg> *April 2010* <http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U-WrwH6TI/AAAAAAAAAYo/yO3XcndIH1Y/s1600/april2010.JPG> *Mac 2010 * <http://3.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U92ahycOI/AAAAAAAAAYg/rCiged8grD8/s1600/mac2010.jpg> *Februari 2010* <http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9VoYr-X2OI/AAAAAAAAAZQ/ll4W4vxHRzI/s1600/feb2010.jpg> *Jan 2010* Untuk keterangan lanjut sila lawati, http://smidarulbayan.blogspot.com/ Marilah kita bersama-sama menyampaikan mesej ini kepada sahabat-sahabat yang lain, Wassalam.
