http://www.malaysiakini.com/news/2003071000111181.php Sorry is the only cure, minister tells ISA 7 Beh Lih Yi 4:34pm Thu Jul 10th, 2003
The seven university students suspended for allegedly participating in an anti-Internal Security Act (ISA) demonstration would be reinstated if they apologised, said Education Minister Musa Mohamad today. Otherwise, the minister stressed he would not order the universities to lift the suspension. "Their appeal was made a long time ago. If they ask for my help and sympathy, and tell me that they want to continue their studies, I will reconsider with the condition, (that they must) apologise. http://www.isrec.org/main/Info.html Pengenalan ISA7 Pada tanggal 8 Jun 2001 yang lalu, lebih kurang 500 siswa dan siswi dari pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta telah bergabung di bawah satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), telah mengadakan satu perhimpunan secara aman berhadapan Masjid Negara di ibu kota. Perhimpunan yang diadakan itu adalah salah satu corak penentangan mahasiswa terhadap penangkapan aktivis-aktivis masyarakat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga penentangan mahasiswa terhadap akta itu sendiri. Tindakan GMMI menganjurkan perhimpunan ini adalah sah berlandaskan prinsip hak asasi manusia dan juga dari sudut perlembagaan negara seperti yang terkandung di dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara Malaysia dimana, seseorang rakyat Malaysia itu berhak untuk berhimpun secara aman tanpa membawa senjata. GMMI ini ditubuhkan atas inisiatif mahasiswa itu sendiri atas keperihatinan dan kesedaran terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah diatas penangkapan dan penahanan para aktivis masyarakat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim lagi menindas. Gerakan ini telah disertai oleh 10 pertubuhan mahasiswa yang terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Universiti Bangsar Utama (UBU), Front Anak Muda Untuk Demokrasi (FRAKSI) dan Unit Pendidikan Politik-IKD (UPP). Di akhir perhimpunan itu, seramai 7 mahasiswa yang terdiri dari pelbagai universiti awam telah ditangkap oleh pihak polis. Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium untuk diambil keterangan diri, gambar, serta disoalsiasat oleh pihak polis Cawangan Khas (SB) dan bahagian siasatan jenayah (CID) selama beberapa jam. Mereka juga telah ditahan selama satu malam di lokap dan dibebaskan pada keesokan paginya. Pada 19 Julai 2001, kesemua mahasiswa itu telah didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur, dibawah Akta Polis dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram. Kesemua mereka ini telah membayar wang ikat jamin sebanyak RM 2500 setiap seorang. Malang menimpa lagi, apabila pihak universiti telah menggunakan akta zalim (AUKU) bagi menggantung pengajian mereka dengan serta merta tanpa diberi peluang untuk membela diri. Tanggal 15 Oktober 2001 lalu, mereka sekali lagi menghadiri ke mahkamah majistret atas lanjutan kes yang sama. Ini dituruti pada 2 Januari 2002, 28 Februari, 14 Mei, 9 Julai dan 14 Ogos kelak. Pihak peguambela telah membuat bantahan awal meminta keizinan Majistret agar kes ini dapat diperpanjangkan ke Mahkamah Tinggi dan keizinan diberikan oleh pihak Majistret dengan persetujuan pihak pendakwaraya. 14 Jun 2002, kes mereka telah dibawa ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan kes ini dihakimi oleh Datuk Ghazali Yaakob. Hakim telah menunda tarikh kes ke 25 Julai 2002. Hasil keputusan hujah bantahan awal yang dibawa oleh peguambela telah ditolak. Kes ini kembali dibawa ke Mahkamah Majistret pada 14 Ogos ini. Pada tanggal 14 Ogos 2002, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa tarikh perbicaraan adalah pada 26-28 Nov kelak. Difahamkan bahawa, perjalanan kes perbicaraan mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan dan ini bermakna keputusan perbicaraan samada bersalah atau tidak, dapat diketahui dengan masa terdekat ini. Hasil keputusan kes secara langsung memberi kesan kepada masa depan dan pengajian mereka di universiti. Sehingga kini, ketujuh-tujuh mahasiswa itu masih lagi digantung pengajiannya di universiti dan ada dikalangan mereka sudah pun bekerja dan ada pula masih menganggur. Mereka juga terus berjuang bagi mengembalikan hak pendidikan mereka yang telah dinafikan. __________________________________ Do you Yahoo!? SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month! http://sbc.yahoo.com _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org
