assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
sahabat-sahabat yg dikasihi fillah,
moga dalam iman 'amal mendamba mardhatillah ...
lama rasanya tak turut serta dalam perbincangan kalian, terpanggil utk mencoretkan sesuatu berkenaan isu-isu AGM yg kian hampir ... catatan ini hanyalah saranan based on my little knowledge and experience dalam dan luar alumni, ana harap dapat dimanfaatkan dan tidak mencetuskan apa-apa perasaan negatif pd yg membacanya ...
bismillahi nabda'.
SATU: baca emel akhi Ameen K. dua kali. andaikata anda MKT alumni, baca emel beliau berulang kali. Mesej yg sgt jelas dan seharusnya mendapat pertimbangan yg wajar.
DUA: isu-isu yg sahabat-sahabat bangkitkan berkenaan dengan keahlian alumni adalah berikutan perincian fasal 4 selepas ianya diusulkan oleh Presiden, dibahaskan dan dipersetujui oleh mesyuarat pd AGM kali ke-3 tahun 2000 di mana batch 1 hingga 5 telah turut serta. Ana sendiri kurang pasti sebab menghadiri mesyuarat sbg AJK tetapi tidak berada di dlm perbincangan (AJK bertugas). Apapun, suka ana ingatkan perkara-perkara yg telah tercatat dalam perlembagaan adalah undang-undang yg sememangnya tidak begitu rigid - boleh diubah - tetapi mengikut kaedah-kaedah yg telah diperuntukkan >> usul & perbahasan dalam AGM.
Perlembagaan adalah 'guideline' bg sesebuah organisasi utk bergerak, bukan utk menyusahkan. Keputusan menambah perincian dalam fasal 4 berkenaan ahli biasa/bersekutu dan ketidaklayakan pelajar yg dibuang sekolah adalah hasil persetujuan ahli dalam mesyuarat yg rasmi dan hasilnya keputusan yg rasmi - memberi kesan kepada perlembagaan.
Pd pendapat ana selama terbabit dlm Alumni Hira', sebagai ahli biasa dan juga sebagai MKT suatu masa lalu, kita sentiasa menerima keahlian semua bekas pelajar dengan terbuka - berapa pun tempoh seseorg individu berada di Hira' mahupun rekod peribadinya. Asal isi borang, biasanya tiada masalah untuk diluluskan. Tetapi secara peribadi, ana menafsirkan keputusan yg diambil dan dipersetujui pd AGM ke-3 bersifat berhati-hati utk maslahah persatuan di mana mungkin Presiden, AJK serta ahli-ahli pd ketika itu memandang perlunya ada satu cara utk mengenalpasti siapa yg berada di sekeliling kita dan bekerja bersama-sama kita. Ana kira ia adalah satu ketetapan biasa yg dibuat oleh mana-mana organisasi walaupun mungkin kelihatan agak 'bias' atau 'rigid'. Just a thought to be shared ... antara "kesukaran" memberi status ahli
biasa sebegini, dengan tindakan "membuang ahli" yg manakah lebih sukar? '
Ana amat berharap pihak MKT sekurang-kurangnya dapat mematuhi dan menghormati perlembagaan sehingga ia dibahaskan AGM nanti kerana ia adalah persetujuan rasmi bersama. Masalah pendaftaran yg memberi kesan terhadap pencalonan boleh diselesaikan dengan cara yg lebih baik tetapi tentunya turut memberi kesan kepada jentera kerja AGM yg sudah terlalu hampir. Bila AGM tiba terpulanglah pd semua samada hendak mengubah apa-apa yg tidak menepati kondisi Alumni kini.
Another thought tentang ahli berdaftar dan tidak berdaftar serta pilihanraya ... "macamana kalau SPR benarkan siapa-siapa saja mengundi? tak kira berdaftar SPR atau tidak, janji hari pilihanraya masuk dewan pangkah kertas undi ..." I bet, kita akan bicara tentang pengundi hantu, ketidakadilan, korupsi bla bla bla bla ... aduh! Dan bila tiba organisasi kita sendiri � ???
Rekod rasmi pendaftaran ahli adalah teramat penting dan sentiasa bermanfaat. Perlu sentiasa dikemaskini.
TIGA: Sudah beberapa tahun berlalu sejak perlembagaan memperincikan fasal tersebut - selama ini tiada bangkangan � diam tanda setuju? Atau kerna ahli-ahli kurang mengetahui, memahami? atau kerna kita selalu ambil mudah dengan apa-apa yg kita "kertaskan"? >>> awareness. Emel akhi Ameen serta saranan saudara Mu'izz utk mengusulkan isu ini harap mendpt pertimbangan sewajarnya. Hmm ... ttg "awareness" dlm soal persatuan, ia adalah tanggungjawab semua yg terlebih beratnya di atas bahu yg bergelar MKT. Perlembagaan bermanfaat sebenarnya kerna dengan mengikuti "nasihat" perlembagaan yg menetapkan>> pengiriman laporan2+perlembagaan - boleh membantu para ahli utk mengenali dan mengetahui kondisi organisasi mereka. Malah perlembagaan juga menggariskan all these should be issued beserta notis jemputan AGM 2 minggu sebelum mesyuarat ... kenapa?
supaya ianya selamat sampai ke tangan ahli, selamat dibaca, difahami dan selamat membuahkan usul dan yg sewaktu dengannya utk dimanfaatkan semasa AGM dan selepasnya. Perkara-perkara ini seringkali dipandang remeh meskipun manfaatnya sgt besar malah kegagalan menurutinya telah menyebabkan banyak kerugian dalam pengendalian persatuan. Tak percaya?
EMPAT: Ana suka sekali kalau dpt mengembalikan sahabat-sahabat kpd suasana dlm AGM 4 tak silap ana, bila sahabat yg kita kasihi bangun membicarakan sesuatu yg ana amat tak ingat buat masa ini ... yg ana ingat cuma peringatan beliau dengan kalamullah yg sangat-sangat berkaitan dengan amal sehari-hari ... dr Surah As-Soff � maksudnya lebih kurang - wahai orang-orang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yg tidak kamu lakukan? Besar kemurkaan ALlah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu perbuat.
[2. O ye who believe! Why say ye that which ye do not? 3. Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not.]
adalah satu ke�aiban yg na�uzubillah tak tertanggung akibatnya bila apa yg di lidah tak lahir dlm perbuatan apalagi jika bercanggah � betapa besar tanggungjawab dalam nilai perkataan, inikan pula bila kita sudah merekodkannya on paper � black and white � perkara yg sebegitu teguh kedudukannya, sampai ke mahkamah pun boleh dibawa bicara!
Suka ana maklumkan dan ingatkan pd diri ana dan sahabat-sahabat yg teramat ana kasihi, perlembagaan asal Alumni Hira� mungkin hanya draf awal yg �dikutip� drpd pengalaman organisasi yg sepertinya, tetapi perlembagaan Alumni Hira� selepas AGM yg pertama sudah menjadi kata-kata kita dan juga tanggungjawab kita. Mungkin ana mcm serius sangat bicara psl perkara yg nampak mcm kertas je, but for me, ana melihat Alumni Hira� dengan pandangan yg jauh � Alumni Hira� yg boleh survive throughout the years dgn organisasi, ahli dan program yg bermutu � isu-isu kecil andai dipandang remeh boleh menjadi masalah besar � Alumni Hira� kini sudah ada 9 batch ahli, seharusnya mampu memperlihatkan kematangan dalam berorganisasi. Pengetahuan, kesedaran, penyertaan (maklumbalas), muhasabah dan mcm-mcm lagi elemen adalah teramat penting untuk alumni. Apalagi bila Alumni Hira� sedar atau tidak adalah PERSATUAN BERDAFTAR di bawah ROS. Status berdaftar ini
andaikata difahami dan dimanfaatkan adalah tiket besar yg penuh maslahah untuk kita menggerakkan persatuan.
Subhanallah panjang pula komentar ana ye � akhir kata, jgn hanya biar kalam berbicara tanpa faham, �amal dan penyampaian juga � ana harap apa yg ana kongsikan memberi manfaat pd diri ana dan sahabat-sahabat tercinta � sebarang unsur negative dlm penyampaian adalah akibat kelemahan ana sendiri � moga diampunkanNya dgn kelapangan hati kalian untuk menerima �
Moga ALlah mengampunkan kita semua dan memandu hidup kita sehari-hari dalam mengecap keredhaanNya. Selamat berAGM, moga hari ini lebih baik dr semalam. wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat kalian kernaNya, Nurin Mazaya Zulkifli
"Those who believe and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah, for without doubt; only in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction."(13:28)
Do you Yahoo!?
Yahoo! Finance Tax Center - File online. File on time.
