insya allah kita boleh bahaskan isu ini pada hari agm nanti. Saya dan akh Ahmad Zuwairi yang mana kami bersama Mlm Abdul Samad (kini di Pusat Zakat Selangor) bersama sama telah mendraf perlembagaan alumni tersebut. Mana mana yang tidak jelas kita boleh bincangkan bersama.
Minta maaf kerana di awal awal penubuhan saya tidak dapat menjelaskan fasal fasal didalam our charter (perlembagaan) kerana semasa itu saya tidak berada di Malaysia.
Isu utama yang mungkin ingin dibincangkan adalah issue ahli biasa (full membership) dan ahli bersekutu (semi members). Semua adalah ahli, yang membezakan hanyalah kuasa didalam AGM dan beberapa hak lain. Kenapa kami bezakan , silalah ke AGM nanti utk penjelasan lanjut.
Bagi yang tidak dapat hadir, insya Allah secretary bertugas pada hari tersebut akan menghantar minit mesyuarat AGM ke sini.
-Ubaida- Kearah Alumni Gemilang.
Nurin Mazaya Zulkifli wrote:
*DUA:* isu-isu yg sahabat-sahabat bangkitkan berkenaan dengan keahlian alumni adalah berikutan perincian fasal 4 selepas ianya diusulkan oleh Presiden, dibahaskan dan dipersetujui oleh mesyuarat pd AGM kali ke-3 tahun 2000 di mana batch 1 hingga 5 telah turut serta. Ana sendiri kurang pasti sebab menghadiri mesyuarat sbg AJK tetapi tidak berada di dlm perbincangan (AJK bertugas). Apapun, suka ana ingatkan perkara-perkara yg telah tercatat dalam perlembagaan adalah undang-undang yg sememangnya tidak begitu rigid - boleh diubah - tetapi mengikut kaedah-kaedah yg telah diperuntukkan >> usul & perbahasan dalam AGM.
_______________________________________________
Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.
Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org
