*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuduhan-tuduhan Yang Bukan Ahli Tentang Wahdatul
Wujud:
-------------------------------------------------------

Adalah amat dikesali sekali kerana kesucian dan
kemuliaan Ilmu Tasauf yang diwarisi oleh Auli-aulia
Allah dari para Ambiya
telah dinodai dan dicabuli dengan berbagai-bagai
tuduhan yang prejudis dan keterluan sehingga ada di
kalangan
pemikir-pemikir Islam dan Pak-pak Turut yang
mengatakan bahawa mereka sesat,  pembawa aliran
perosak agama malah
kufur.  Di atas punya kesedaran yang tinggi,  adalah
menjadi tanggungjawab suluk untuk menjernihkan
tuduhan-tuduhan yang
berat ini agar suadara-saudara seIslam yang masih
samar-samar lagi dengan Ilmu Tasauf,  tidak menjadi
keliru dan bingung
atau turut terjebak dalam pandangan sempit yang buta
lagi dangkal ini.  Walaupun suluk sedar bahawa diri
ini masih banyak
lagi yang jahil dengan ilmu ini,  namun suluk percaya 
bahawa Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kepada
setiap
hambanya rezeki yang dkadarkan dan mereka hendaklah
berbelanja dengan kadar rezeki yang diberikan
untuknya. 

Suluk telah memasuki satu tapak di al-ahkam online
yang memaparkan satu sudut yang bertajuk Sufi -Salafi,
Pro dan Kontra
di mana terdapat beberapa atikel dari dua orang
Profesor yang ternama serta satu diskusi yang
membicarakan
tuduhan-tuduhan yang boleh dirumuskan seperti berikut;


Yang amat menonjol sekali ialah fahaman hulul dan
wahdatul wujud. Ia merupakan penyelewengan tasauf
paling besar yang
dipelopori oleh al-Hallaj yang telah ditipu oleh
syaitan, yang kemudian dia berkata: "Ana Allah."
(akulah Allah). Ia bermaksud
ALlah berada dalam tubuh manusia, persis seperti
pendapat kaum nasrani (Kristian) tentang nabi Isa
al-Masih. 

Kemudian berlaku lagi penyelewengan yang lebih besar
dari itu di dalam falsafah wahdatul wujud yang jelas
dapat dilihat di
dalam tulisan Muhyiddin Ibnu Arabi dan lainnya. Mereka
berpendapat bahawa tidak ada khalik (Maha Pencipta)
dan tidak
ada makhluk (yang dicipta). Tidak ada rabb (Tuhan) dan
tidak ada marbub (yang dituhankan). . Ibnu Arabi
mengucapkan: 

Sesungguhnya hatiku menerima semua rupa 
Biara pendita dan tempat menggembala kijang 
Rumah berhala dan ka'bah algojo 
Papan Taurat dan Mushaf Quran 

Syair di atas jelaslah kepada kita bahawa aliran ini
dalam ucapannya adalah aliran perosak Islam. 

Dan begitu jua yang disebutkan perkara wuquf qalbi
muraqabah ahadiyah al-zat, dan perkataan mereka (La
Maujud Illallah)
ini adalah sangat2 dusta kerana Allah Taala telah
menjadikan segala makhluk seperti langit, bumi,
syurga, neraka, nabi2,
rasul2, malaikat2, syaitan2, anak2 adam, daratan,
lautan dan segala makhluk. Makna perkataan mereka itu
membawa mereka
kafir kerana mereka berkata maknanya, nabi muhamad
s.a.w. dan nabi2 lainnya tidak ada, syurga dan neraka
tidak ada, langit
dan bumi tidak ada, padahal semuanya itu ada dilihat
oleh orang2 dan tidak syak adanya. Maka orang yang
berkata nabi dan
makhluk itu tidak ada adalah ia mendustakan dan kafir
atau gila. 

Lihat penyelidikan ole Dr. Fatah Harun mengenai ajaran
sesat. Kebanyakkannya dari ajaran ittihad. Ada yang
berasaskan
kepada ilmu martabat tujuh. Mungkin ramai di antara
kita yang biasa bertemu dengan orang-orang yang telah
disesatkan
setelah belajar ilmu2 ini. Di mana ada diantara mereka
yang tidak mengerjakan sembahyang samasekali. Bila
ditanya, mengapa
nabi dulu sembahyang. Dijawabnya, nabi s.a.w.
sembahyang hanya semata-mata mahu menunjukkan kepada
orang kafir
bahawa di dalam islam juga ada sembahyang. 

Lihat dan bandingkan juga teori2 peringkat kejadian
alam dan masalah Nur Muhamad dengan beberapa teori
falsafah seperti
al-farabi dan Ibnu Rusyd dengan teori al-faidh-nya,
yang membawa kesudahan kepada pendapat alam ini
bersifat qadim 

Pancaran ertinya bahwa kejadian alam ini sebagai
pancaran dari Tuhan tanpa ada kehendak daripada Tuhan,
jadi secara
automatik. 

Gambaran yang semacam ini adalah gambaran yang
bertentangan dengan ajaran Islam, kerana menurut
ajaran Islam, Tuhan
menciptakan alam daripada tidak ada, dengan kemauan
dan keputusanNya. 

Di antara pemikiran-pemikiran sufi yang menyimpang
dari ajaran Islam adalah: 
1. Menjadikan perasaan peribadi atau ilham sebagai
kayu pengukur untuk mengetahui yang baik dan yang
buruk.
untuk membezakan yang betul dan yang salah,
sehinggakan sebahagian mereka ada yang secara
berlebih-lebihan
mengatakan: "Hatiku menceritakan padaku dari Tuhanku."
Ia merupakan tiimbal balik dari perkataan ulamak
sunnah: Sifulan telah meriwayatkan kepadaku dari
sifulan, dari Rasulullah s.a.w...." 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke