Betul juga kata tapa ni. Memang rakyat sekarang sangat marah pada umno, bn dan mamak nyanyok itu kerana telah membuat berbagai2 fitnah. Adakah tapa ni memperli mahathir???? Kerana mahathir adalah bapak pemfitnah yg tersohor abad ini bermula dari kes pecat, kes tumbuk, kenyataan melancap, anwar tidak istihar harta hinggalah kepada arsenik dan bohong tak ucap takziah kepada PM Israel. Itulah kerja mahathir.

 

BERITA MALAYSIA


October 10 , 1999 18:52PM

 

FITNAH BOLEH MENDORONG TERCETUSNYA KEMARAHAN RAKYAT

 

JELI, 10 Okt (Bernama) -- Rakyat yang mudah percaya kepada berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sebenarnya mengundang kepada keadaan huru hara, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kenyataan berunsur fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mendorong tercetusnya kemarahan di kalangan rakyat yang akhirnya berlaku rusuhan dan kemusnahan negara.

"Dengan seorang sahaja orang yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan fitnah, ia boleh merosakkan 22 juta rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan peringkat Parlimen Jeli di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno akan mengadakan kempen besar-besaran memerangi fitnah dan pembohongan yang disebarkan parti pembangkang, di seluruh negara dengan serta merta.

Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata rakyat perlu berwaspada dengan penyebaran fitnah dan pembohongan yang semakin berleluasa di seluruh negara oleh parti pembangkang dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kerajaan berasa amat dukacita kerana dalam usaha meraih undi, mereka (pembangkang) sanggup menabur pelbagai berita palsu dan yang lebih malang ada rakyat mempercayainya walaupun faktanya jelas," katanya.

Mustapa yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata Umno dan BN Kelantan yang berhadapan dengan fitnah dan pembohongan parti pembangkang sejak dahulu lagi, sedang meningkatkan usaha menangkisnya dengan pelbagai cara termasuk melalui ceramah dan penerangan.

"Kita di Kelantan dari dulu lagi menangani perkara ini (fitnah dan pembohongan) dan rakyat telah memahami keadaan sebenarnya," katanya sambil menambah bahawa kegiatan parti pembangkang itu telah merebak di merata tempat di seluruh negara.

Sempena kem kesihatan tersebut, Mustapa menyampaikan biasiswa berjumlah RM530,000 kepada 10 pelajar dalam kawasan Parlimen Jeli yang mengikuti bidang kepakaran mata sumbangan England Optical Group, manakala 400 pelajar lagi menerima cermin mata sumbangan syarikat itu.

Terdahulu, Mustapa yang juga Menteri Pembangunan Usahawan merasmikan Pusat Pembangunan Minda Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) di Bandar Baru Bukit Bunga di sini.

Pusat Pembangunan Minda itu diwujudkan untuk membangunkan minda dan memantapkan budaya masyarakat sebagai strategi jangka panjang menangani persoalan kemiskinan.

Pusat berkenaan yang dikendalikan oleh kakitangan YPEIM dan tenaga sukarela akan berusaha memupuk minat masyarakat segenap lapisan terutamanya pelajar supaya cintakan ilmu melalui pembacaan, perbincangan dan penggunaan teknologi maklumat.

Yang turut hadir Ketua Pengarah YPEIM Abdul Malik Awang Kechil. --BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke