|
Cuba umno jawab ISU 41 dalil dalam laman web ini dululah....
http://members.xoom.com/JomTolakBN
lagi best dan mencabar.!
BERITA MALAYSIA
October 10 , 1999 18:49PM
|
|
|
BN GUNA ISU 42 DALIL
MENGAPA PAS TIDAK LAYAK MEMERINTAH
|
| |
|
HULU TERENGGANU, 10 Okt (Bernama) --
Barisan Nasional akan menggunakan isu 42 dalil mengapa Pas tidak
layak memerintah negara ini pada kempen-kempen pilihan raya,
sekaligus memerangi fitnah dan pembohongan yang disebarkan
parti-parti pembangkang.
Setiausaha Badan
Perhubungan Umno Negeri Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata antara
200 hingga 300 ribu poster dalil berkenaan akan disebarkan di setiap
negeri melalui risalah, papan kenyataan, papan tanda tepi jalan dan
pelekat kenderaan.
"Parti pembangkang terutama sekali Pas
adalah penipu besar dan telah banyak meracuni fikiran rakyat. Kita
(BN) telah lama bersabar dengan dakyah-dakyah Pas dan sudah sampai
masa untuk bertindak," katanya kepada pemberita selepas melawat
projek Akuakultur di Tasik Kenyir, di sini, hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
berkata BN akan memulakan kempen memerangi fitnah dan pembohongan
yang disebarkan oleh parti-parti pembangkang.
Beliau yang
juga Timbalan Menteri Pertanian berkata risalah atau penerangan
mengenainya akan diedarkan ke seluruh negara pada bila-bila masa
selepas sambutan 25 tahun BN, 24 Oktober ini.
"Risalah atau
penerangan terbabit bukanlah propaganda kerajaan, tetapi adalah
tanggungjawab kerajaan untuk menangkis fitnah daripada pembangkang
agarrakyat boleh berfikir tentang kebenarannya," katanya.
Beliau berkata berkata BN menggunakkan angka 42 untuk
dalil-dalil atau isu-isu berkenaan bersempena ulang tahun
kemerdekaan negara yang ke-42.
Tengku Mahmud turut
mempersoalkan sikap Pas yang tiba-tiba berubah pendirian dengan
bersekongkol dengan DAP yang nyata menolak Islam, hanya kerana ingin
berkuasa.
"Pas melabelkan Umno sebagai kafir kerana
berkerjasama dengan MIC dan MCA serta parti-parti lain, tetapi
mereka (Pas) pula berkerjasama dengan DAP," katanya. --
BERNAMA | |
|
blue.gif