Lihat bagaimana bencinya rakyat kepada Umno dan BN

 

300 sertai tunjuk perasaan anti Israel di KL


Bantah temuan Israel: Kumpulan penunjuk perasaan membakar bendera lambang parti perikatan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia serta mendesak perletakan jawatan beberapa pemimpin utama sebagai membantah pertemuan perwakilan Malaysia dengan Israel baru-baru ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar AFP

KUALA LUMPUR -- Sekitar 300 penunjuk perasaan anti-Israel semalam membakar bendera parti Barisan Nasional (BN) sebagai membantah pertemuan antara kedua-dua Menteri Luar Malaysia dan Israel di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Penunjuk perasaan itu yang terdiri daripada para pelajar universiti dan penduduk setempat mulanya telah berkumpul di sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sambil mengangkat tangan, mereka melaungkan slogan: 'Hidup Islam. Hancur Israel'.

"Bagaimana boleh kita adakan hubungan dengan negara yang membunuh orang-orang Islam," kata Mohamad Ibrahim, 24 tahun.

Mohamad, pelajar tahun ketiga di Universiti Malaya berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sepatutnya tidak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, atas kemenangannya dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kami menggesa kerajaan agar tidak membuat sebarang hubungan dengan Israel," kata beliau.

Sedang mereka berarak ke perkarangan masjid ke arah jejambat besar, kumpulan penunjuk perasaan itu, termasuk wanita berteriak dan menuntut perletakan jawatan bagi Dr Mahathir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pendidikan, Datuk Najib Tun Razak.

"Jika Israel ke sini, negara ini akan hancur," demikian tertulis pada salah satu sepanduk.

Kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian kembali ke perkarangan masjid dan membakar dua bendera --bendera Umno dan bendera BN.

Kira-kira 50 pegawai keselamatan dikerah untuk mengawasi tunjuk perasaan itu yang beredar sekitar 30 minit kemudian. -- AFP.

sabtu1-12.jpg

Kirim email ke