Kita jadikan sambutan ini yg terakhir buat BN. Lepas election, Parti2 dlm BN akan bercempera, hancur dan bercerai berai, kerana semuanya mempersalahkan UMNO kerana mengekalkan mamak gila itu.

 

BERITA MALAYSIA


October 09 , 1999 20:59PM

 

BN SAMBUT PERAYAAN JUBLI PERAK PADA 24 OKT

 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya pada 24 Okt ini di Stadium Nasional BukitJalil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Semasa mengumumkan demikian di sini, beliau berkata sambutan itu, yang bermula pada pukul 8 malam, akan disambut serentak oleh semua negeri di seluruh negara untuk mendengar ucapan peringkat pusat yang akan disiarkan secara langsung.

Negeri-negeri bagaimanapun akan mengadakan acara sambutan sendiri di tempat masing-masing, katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ditanya mengapa tarikh itu dipilih dan adakah ia memberi petanda mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi BN, berkata perayaan itu perlu disambut pada suatu masa yang tertentu dan ia tidak semestinya pada tarikh hari pertama penubuhannya.

BN didaftarkan pada 1 Jun 1974. Ia kini mempunyai 14 komponen iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP, semuanya berpusat di Semenanjung; LDP, Akar, PDS, SAPP dan PBRS (Sabah) dan PBB, SUPP, PBDS dan SNAP (Sarawak).

Perdana Menteri juga berkata bahawa BN telah mengadakan latihan pilihan raya dan semua pihak sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bilamasa.

Dr Mahathir turut berkali-kali mengelak daripada menjawab sama ada pilihan raya umum sudah semakin hampir atau sebaliknya.

Beliau juga enggan mengesahkan tindakan atau acara parti yang disusunsekarang merupakan petanda jelas bahawa pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Perdana Menteri berkata lawatannya ke seluruh negara bagi pusingan kedua mungkin boleh ditamatkan pada separuh jalan atau pada peringkatpermulaan atau sepenuhnya. Lawatan pusingan ketiga atau keempat juga mungkin boleh diadakan, katanya.

Mengenai ramalan pihak pembangkang bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh 60 hari, Dr Mahathir berkata mereka sendiri yang sepatutnya membubarkan Parliamen.

-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke