*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam sejarah hanya ada bilangan jari orang yang mencapai darjat taqwa
melalui cara yang luar biasa atau secara mauhibbah. Mereka termasuklah para
nabi dan rasul serba wali-wali ALLAH. Di sini kita tidak akan memperkatakan
soal yang luarbiasa, tapi kita akan memperkatakan soal-soal biasa iaitu
kasbiah.

Kalau mengikut proses biasa, rasanya tidak ada jalan singkat untuk mencapai
taqwa. Sebab di dalam realitinya, kalau kita lihat di dalam sejarah,
seseorang yang hendak baiki diri itu, lebih-lebih lagi yang hendak membaiki
masyarakat melalui jemaah, tidak mengambil masa hanya dua tiga hari atau
dua tiga bulan ataupun dua tiga tahun. Tapi ia memerlukan belasan, malah
sampai puluhan tahun. Bahkan bagi orang-orang yang kuat mujahadah seperti
ahli-ahli sufi, sebagaimana yang dapat kita baca kisahnya di dalam
kitab-kitab, mereka akan membuat pengakuan seumpama: "Saya dah 40 tahun,
barulah dapat melawan hawa nafsu."

Begitulah pengakuan mereka. Jadi, tidak ada jalan singkat untuk menjadi
orang bertaqwa. Tidak adanya jalan singkat itu sebenarnya ada hikmah. Cuma
bagi kita memang terasa berat, terasa tercabar, terasa perit dalam
bermujahadah terus- menerus untuk jangka masa yang panjang. Walaupun
begitu, ada hikmahnya.

Apakah hikmah ALLAH tidak memberi jalan singkat untuk kita menjadi orang
bertaqwa? Kerana bila panjang masanya kita bermujahadah membaiki diri,
besar pula pahala yang kita dapat, asalkan kita tidak berhenti separuh
jalan. Kata perpatah Melayu, "Jauh perjalanan, banyak pengalaman." Panjang
masa yang kita gunakan untuk mujahadah, banyak pula pahala yang kita dapat.
Cuma kita kadang-kadang tidak nampak jalan membaiki diri kerana susahnya
untuk mujahadah. Yang kita nampak hanya yang negatifnya saja, iaitu tentang
seksa dan susahnya saja.

Padahal kalau kita bahaskan, ALLAH itu mesti adil. ALLAH hendak beri kepada
kita sesuatu yang baik untuk diri kita. Kalau dengan lama mujahadah itu
kita boleh dapat pahala yang banyak, maka ALLAH panjangkan masa untuk kita
mujahadah itu. Besar pahalanya apabila kita buat kerja-kerja yang membawa
kepada mencintai ALLAH. Dengan mujahadah melawan hawa nafsu itu, kita
mendapat pahala.

Walaupun untuk mujahadah itu memang membuat kita rasa terseksa, tapi di
sudut yang lain, kita untung. Panjang masa mujahadah, banyak pahala yang
kita dapati. Itulah hikmahnya. Jadi tidak ada jalan singkat bagi kita
sebagai orang biasa ini untuk menjadi orang yang bertaqwa. Kita terpaksa
menempuh jalan biasa dan jangan kita tempuh cara yang luar biasa sebab kita
bukan orang luar biasa.

Mujahadahlah sungguh-sungguh di samping kita pinta kepada ALLAH agar
sentiasa memimpin kita. Yang penting, bila kita sentiasa bermujahadah, di
hujung nanti ALLAH akan beri ganjarannya. Pokoknya kita mesti bermujahadah.
Istiqamahlah dalam bermujahadah.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman bin Ismail <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke