Inilah yg dikatakan dasar perkauman umno. Kena pancing undi Cina bila tahu org melayu dah tak sokong dia lagi. Kenapa tidak pada kaum2 lain seperti India, kadazan, org asli dan lain2 untuk selesaikan masalah bahasa kaum2 masing-masing.

Kelonggaran syarat untuk calon Cina ke maktab guru

KUALA LUMPUR, Ahad - Kementerian Pendidikan akan melonggarkan syarat pemilihan calon Cina bagi menduduki Ujian Kelayakan Pendidikan Guru (UKELP) untuk kemasukan ke maktab perguruan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata kini terdapat kekurangan hampir 3,000 guru di 1,285 SRKJC kerana sekolah itu semakin popular termasuk daripada kaum lain seperti India dan Melayu.

Sehingga 31 Januari lalu, 27,530 guru mengajar di SRKJC manakala enrolmen muridnya pula seramai 609,673 orang.

Beliau berkata, kelonggaran syarat itu tidak akan menjejaskan kualiti calon guru pelatih kerana kementerian masih mengambil kira kelebihan lain yang dimiliki pemohon.

Menurut beliau, SRJKC adalah unsur penting dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah itu juga berjaya dalam proses pembinaan bangsa termasuk menyemai semangat patriotik atau mencintai negara.

"Kerajaan sentiasa menjamin kewujudan SRJKC secara berterusan kerana perkara berkenaan terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

"Justeru, kerajaan akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi SRJKC iaitu kekurangan guru dan jumlah sekolah berkenaan.

"Kementerian Pendidikan mengadakan beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu yang pertama ialah mengurangkan tahap minimum UKELP bagi calon yang mempunyai keputusan minumum supaya guru pelatih opsyen ini (Pengajian Cina) dapat ditambah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan dengan Guru SRJKC Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Penambahan guru dan sekolah rendah Cina adalah sebahagian daripada Tuntutan 17 Perkara Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ling Liong Sik.

Selain tindakan menurunkan tahap itu, Najib juga meminta Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mengadakan temuduga terbuka secara 'walk-in' di seluruh negara, bukan di Kuala Lumpur sahaja, untuk calon yang berminat menjadi guru pelatih.

Selain itu, BPG akan menempatkan lulusan Diploma Perguruan Malaysia Julai lalu di semua SRJKC secepat mungkin.

Kita juga menyarankan masyarakat Cina melancarkan kempen untuk mengerakkan kesedaran mengenai kebaikan kerjaya guru untuk meningkatkan minat di kalangan orang Cina terhadap profesion itu," katanya.

Najib berkata, Kementerian Pendidikan juga akan melantik guru bersara yang berminat untuk bertugas secara kontrak di SRJKC dan melantik lebih ramai Guru Sandaran Tak Terlatih.

"Perkara ini terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kita faham JPN mempunyai kekurangan peruntukan belanja mengurus sekarang.

"Kita akan mencari jalan untuk menambah peruntukan berkenaan supaya jumlah guru di SRJKC dapat ditambah melalui pelantikan guru secara kontrak dan sandaran," katanya.

Najib berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan masyarakat Cina di kawasan tertentu untuk menambah jumlah sekolah berkenaan mengikut kawasan.

Dalam ucapannya, beliau berkata, tahun ini Kementerian Pendidikan sudah meluluskan lima SRJKC baru di seluruh negara dengan sebahagian daripadanya sedang dibina dan sebahagian lagi sudah beroperasi.

"Selain itu, 13 SRJKC yang terletak di kawasan luar bandar yang kekurangan penduduk dan memohon dipindahkan ke bandar sudah dilaksanakan.

"Ini menggambarkan komitmen kerajaan mengenai kepentingan sekolah ini kerana SRJKC juga semakin mendapat sambutan kaum lain seperti Melayu atau India," katanya.

Sehingga Februari lalu, terdapat 600,673 murid Cina di SRJKC, 22,611 murid Islam dan 8,800 murid India serta kaum lain.

Selain itu, terdapat cuma 55,385 murid Cina dan 74,305 murid India di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah kebangsaan yang berbahasa pengantar Melayu daripada keseluruhan 2,021,701 murid.

Kirim email ke