*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum kepada semua...semoga kita dirahmati Allah.
Kisah ini saya dengar semasa berusia 13 tahun (1984) sewaktu di masjid dalam
program yang di anjurkan oleh ahli tabligh....semoga kita semua mendapat
iktibar dari tamsilan ini...
Tamsilannya begini:
Dalam sebuah negeri terdapat seorang raja yang adil.Negerinya sangat kaya
dan makmur...dan di luar negeri tersebut terdapat sebuah pulau yang dipenuhi
dengan hutan tebal dan binatang buas. sesiapa yang kesana mesti tak selamat,
mati dibaham binatang buas.
Pada suatu hari raja bertitah kepada rakyatnya....
"Beta membuat penawaran kepada sesiapa sahaja rakyat di negeri ini untuk
menggunakan segala kemewahan yang ada dalam negeri ini dalam tempoh tujuh
tahun (gunakanlah apa sahaja)...untuk keperluan diri sendiri, tetapi bila
cukup tempoh tujuh tahun...kamu akan dihantar ke pulau di luar negeri
ini....
Maka penawaran raja ini disambut oleh rakyat yang pertama.
Tempoh tujuh tahun digunakan oleh rakyat pertama ini untuk dirinya dengan
sewenang-wenangnya...iaitu:
Tahun pertama, ia menggunakan duit negara untuk membina perniagaan, rumah
dan bukit-bukit peranginan didalam negeri itu atas namanya....ia jadi orang
terkaya...
Tahun kedua, ia menggunakan rakyat di negeri itu sebagai orang suruhannya
dalam menjaga harta bendanya dan dirinya.
Tahun ketiga, ia menggunakan harta negerinya untuk membeli tanah di luar
negeri untuk di buat tapak perniagaannya...
Tahun keempat, belia melancong kesemua negara di dunia dan mengukuhkan
empayar perniagaannya...
Tahun kelima, beliau menggunakan seluruh kekayaan negerinya untuk menjadi
orang terkaya dinegerinya dan di luar negara.....kini beliau benar-benar
kaya...
Namun ditahun keenam, beliau mula gelisah kerana tempoh perjanjian dengan
raja negeri tersebut sudah hampir..iaitu tahun hadapan beliau akan dihantar
ke pulau negeri tersebut....hidupnya mula gelisah...
Tahun ketujuh....Raja negeri tersebut memanggilnya dengan menyatakan tempoh
perjanjian tujuh tahun sudah tamat dan beliau terus dihantar kepulau negeri
tersebut...........rakyat pertama mati dibaham binatang buas di pulau
tersebut dengan meninggalkan segala harta, nama dan kekayaannya...
****Raja membuat tawaran yang serupa dengan syarat yang serupa,,,kali ini
rakyat kedua menyambut tawaran tersebut...
Rakyat kedua menggunakan tawaran raja dengan:
Tahun pertama, beliau menggunakan kekayaan dinegeri tersebut untuk membeli
kesemua senjata dan jentera termoden...
Tahun kedua, beliau melatih rakyat di negri tersebut menjadi tertera dan
askar yang berani dan cekap....
tahun ketiga, beliau menghantar askar dan tentera yang berani tersebut
bersama senjata dan jentera termoden ke Pulau di luar negeri tersebut untuk
membunuh semua binatang buas dan menebang hutan untuk tujuan pembangunan...
Tahun keempat, rakyat kedua mula membuat plan perbandaran untuk memajukan
pulau tersebut....
Tahun kelima, melalui perancangan yang rapi....sebuah kawasan penempatan
yang lengkap mula terbentuk di pulau tersebut...menjadi pulau tercantik
Tahun keenam....segalanya sudah tersedia di pulau tersebut dan rakyat kedua
sudah tidak sabar untuk kesana ditahun hadapannya...
Tahun ketujuh...raja memanggil rakyat kedua dengan mengingatkan perjanjian
mereka sudah sampai tempohnya......lalu rakyat kedua dihantar ke pulau di
luar negeri tersebut.......setibanya ia disana..ia disambut oleh askar dan
tentera serta penempatan yang indah...hiduplah ia dengan amai damai
disana...
******Pengajaran yang boleh kita ambil di dalam kisah ini ialah:
Allah SWT telah menganugerahkan kita umur dan segala nikmat dunia kepada
kita untuk di manfaatkan selagi kita masih hidup...dan apabila sampai
masanya..kita akan di matikan....
Jika kita lalai dan tamak serta engkar dengan perintah Allah, maka jadilah
kita seperti rakyat yang pertama tadi (tidak tahu menggunakan kekayaan
negeri)iaitu bila kita mati nanti...di alam kubur dan alam akhirat kita akan
menerima siksaan yang mat pedih...
Namun jika kita menggunakan nikmat Allah di dunia ini dengan baik dengan
mengikut semua ajarannya......maka jadilah kita seperti rakyat kedua tadi
(bijak membuat perancangan denga kekayaan yang didapatinya)iaitu....segala
amlan kita kepada Allah di dunia inilah yang akan menjadi penyelamat kita di
alam kubur dan akhirat nanti......
JADI....BERSAMA-SAMALAH KITA MENCARI KEREDHAAN ALLAH SELAGI KITA HIDUP DI
DUNIA IA\NI...AGAR KITA SENANG DI AKHIRAT NANTI.....
Sekian, Wassalam....
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "keris pujangga melayu" <[EMAIL PROTECTED]>