Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh saudara-saudari,
 
Hujah ini  saya petik daripada Laman MahaFiraun 2020. Sesiapa yang berkebolehan sila jawab hujah-hujah hambaAllah ini.
 
Sidang pembaca bahawa kita sedang menghadapi tekanan terhadap para pemimpin UMNO yang dikatakan mempersendakan syariat Islam. Apakah benar? Apakah tuduhan itu berasas atau ianya hanya gimik politik dari pihak-pihak yang ingin meraih undi sempati bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang ini? Ataupun mungkin juga ianya lahir dari satu hati yang merasa tidak puas hati dengan cara kepimpinan UMNO itu sendiri? Apapun juga, marilah sama-sama kita buka minda kita dalam mentelaah satu permasaalahan yang kini dihadapi oleh umat Islam seluruhnya.


Dari maklumat yang didapati didalam internet, yang pertama, kita kaji terlebih dahulu tentang tarikh-tarikh berkenaan, yakni bermula dari 18hb. Ogos, 1991. Hendaklah diingat bahawa Anwar Ibrahim mula jawatan Menteri Kewangan pada 15hb. Mac, 1991 ( tarikh rasmi di Kementerian Kewangan ), sedangkan beliau telahpun memasuki pejabat pada 12hb. Mac, 1991, yakni bersamaan hari Jumaat.

Dari petikan ucapan-ucapan mengenai HUDUD dan syariat Islam oleh Perdana Menteri yang dipersoalkan sangat ialah bertarikh 18hb. Ogos, 1991, 24hb. April 1992, 30hb. April, 1992, 2hb. Mei, 1992, 14hb. Julai 1992, 3hb. Mac, 1994, 6hb. Mac, 1994, 15hb. Julai 1994, dan 14hb. Ogos 1994.

Pembaca budiman, sebelumnya kita bercerita tentang HUDUD, pertama-tama hendaklah kita kaji kembali Perlembagaan Persekutuan, dan segala enakmen negeri-negeri didalam bab-bab Perundangan Islam. Didalam perkara bersabit, kerajaan yang memerintah telah pun bersusah payah untuk menyelaraskan semua peruntukan enakmen undang-undang tersebut. Seharusnya kita bersyukur kerana kerajaan begitu prihatin terhadap pembangunan ummah. Bagi pengusaian perkara berkenaan bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak fakta-fakta yang perlu diambil kira.

Antara lain ialah kefahaman umat Islam sendiri mengenai hukum-hakam syariat itu sendiri. Ini adalah kerana tidak ada satu pun negara didunia ini yang benar-benar melaksanakan Syariat Islam secara TOTAL. Justru itu, contoh manakah yang perlu kita ambil melainkan kalau tidak kita melakukannya dengan membuat kajian secara bersendirian.

Begitu juga, para pembaca budiman, masyarakat kita adalah masyarakat berbilang kaum yang mana sesetengah negeri mempunyai kelebihan penduduk bukan Islam yang lebih tinggi. Apabila kita sendiri tidak memahaminya, bagaimana pula kita hendak memberitahukan kepada masyarakat bukan Islam bahawa perundangan Islam itu sebenarnya adalah untuk semua kaum dan yang terbaik.

Didalam enakmen-enakmen yang sedia ada ianya HANYA merangkumi kanun-kanun kekeluargaan sahaja. Banyak perkara yang masih didalam kajian Pusat Islam tentang kesesuaiannya untuk dilaksanakan. Untuk itu hendaklah kita fahami bahawa Perundangan Islam itu bukanlah semudah yang kita luahkan pada perkataan. Apapun kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri itu sebenar adalah untuk kita mendalami dan mencari jalan yang terbaik bagi kita umat Islam.

Setahu kami, Perdana Menteri Malaysia, didalam ucapan-ucapannya banyak mengunakan sistem perbendaharaan bahasa lama seperti peribahasa, bidalan kata, kata-kata kiasan, seloka, dan kata ajuk. Untuk kita memahami apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri hendaklah kita padankan keseluruhannya teks ucapan beliau, dan kita tidak boleh MEMBUAT ANDAIAN hanya berdasarkan kepada satu ayat atau satu pra-kata. Kadangkala, Perdana Menteri kita akan memberikan jawaban-jawaban kepada persoalan-persoalan yang diluahkan didalam siri-siri ucapannya seminggu atau dua minggu selepas ucapan pertamanya tadi.

Bagi perkara HUDUD, kita lihat kembali pada ucapan beliau yang terawal, yang mana ianya berupa kata-kata sindiran dan amaran yang ditujukan khusus kepada parti pembangkang, yakni PAS. Kalaulah kita mengganggap bahawa ucapan tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam, maka, kitalah yang tersalah tanggap mengenai ucapan tersebut.

Begitu juga, Perdana Menteri meluahkan rasa tidak puas hati sekira ianya dilaksanakan, maka, umat Islamlah yang rugi kerana yang bukan Islam akan terlepas dari kaedah perundangan itu. Jadi kita kaji kembali bahawa sebenarnya Perdana Menteri prihatin tentang cara-cara perlaksanaannya, apakah kelak ia menguntungkan atau merugikan? Sebagai contoh, sekiranya sepasang kekasih dari berlainan bangsa dan anutan ugama ditangkap samaada berkhalwat atau berzina. Sudah tentu kedua-duanya bersalah, namun bagaimanakah tanggapan dan pandangan masyarakat bukan Islam tentang penghukuman tersebut. Persoalan yang Perdana Menteri timbulkan ialah pada kaedah dan kadar apakah yang bersesuaian?


Didalam Islam, Syariat Islam adalah berdasarkan kepada hukum Naqli ( Hukum Nas ), yakni Al-Quran dan Hadiths, dan juga bergantung kepada Aqli ( Hukum Akal ). Janganlah kita gembar-gemburkan sangat perkara yang remeh temeh dahulu. Umpamanya, adakah kita sendiri faham Perundangan HUDUD itu secara menyeluruh? Janganlah kita sibuk HANYA ingin melaksanakan HUDUD sedangkan yang lainnya kita tinggalkan. Bagaimanakah pula kaedah-kaedah didalam Perundangan QISOS, QINAYAH, FARAID, KIFARAH, DAM, ZAKAT, QIYAS, MUTAAH dan lain-lain lagi? Justru itu, apabila kita bercakap biarlah berpadan bahawasanya kita benar-benar telah memahami akan kedudukan perkara yang sebenarnya.

Bukalah minda kita agar kita diberikan rahmat oleh Allah Subhana Wata'alla supaya kita dapat melaksanakan perundangan Islam mengikut kemampuan kita terlebih dahulu. Ingatlah bahawa bidang perekonomian perlu menggunakan kaedah Islam, pendidikan perlu kepada sistem Islam, pentadbiran kerajaan amatlah memerlukan kaedah Islam, pembangunan perlukan kaedah Islam, ketenteraan dan pertahanan memerlukan sistem Islam, sosial dan kebajikan perlu kaedah Islam, dan yang lain-lainnya didalam kehidupan kita sehari-hari memerlukan kaedah-kaedah Islam yang hakiki. Apakah kita sudah penuhi segala tuntutan syariat ini.

Bahawa setiap detik kehidupan kita memerlukan kaedah-kaedah Islam yang HAK. Apakah kita sudah melakukan ianya didalam kehidupan kita hari-hari ini dan seterusnya?

Ini belum lagi kita bercerita tentang Syariat Islam pada dasar yakni perkara-perkara didalam Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain. Apakah kita umat Islam telah melaksanakan kedua-dua fardhu dengan sempurna? Jika jawaban kita belum, maka, janganlah kita bermimpi disiang hari untuk melaksanakan HUKUM-HUKUM yang tertulis diatas itu.


Jika persoalan kenapa Perdana Menteri begitu keras sekali dalam menghadapi kemelut persoalan ini adalah kerana beliau sedar dan akur kepada tuntutan ummah, namun, masa yang bakal diambil adalah lama. Jika sekiranya beliau yang memegang tampuk kuasa belum dapat melakukannya apalagi PAS yang belum tentu dapat bersuara didalam Parlimen. Yang terpenting bukanlah dengan mengembar-gemburkan sesuatu isu itu, akan tetapi hendaklah kita berusaha dengan bersungguh agar ianya terlaksana. Tugas ini amat berat bagi mereka yang memandang, apatah lagi mereka yang memikul beban melaksanakannya.

Perpatah Melayu berkata, "Menarik rambut dari tepung biarlah tepung jangan terlerai." Inilah yang sedang kita lakukan agar semua pihak berpuas hati dengan segala keputusan yang bakal diambil.

Mengenai perkara Israel adalah bersangkutan dengan perkara sejarah yang telah berlalu. Apakah umat Islam semuanya sedar bahawa Nabi Muhamad S.A.W? itu sebenarnya adalah dari golongan Bani Israil dari Quraish. Bukankah Nabi Muhamad S.A.W. sendiri berbangsa Yahudi? Kajilah sejarah kembali agar kita sama-sama tahu mengenai perkara yang termaksud. Kajilah sirah Nabi Muhamad S.A.W. dari zaman Nabi Ibrahim A.S. lagi. Mengenai negara Israel pula ianya adalah leretan dari sejarah itu tadi. Beberapa catatan yang harus kita beringat ialah bahawa mengikut sejarah Israil bukanlah negara, tetapi adalah satu Kaum yang wujud sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. lagi.

Mereka telah diusir oleh kerajaan Parsi ketika zaman Raja Nabuchanezar, yakni kerajaan Babylon ( periksa catatan ini menggunakan Al-Quran ). Yahudi, Hebrew, dan Jahud adalah suku kaum dari Bani Israel ini. Bahasa mereka sebenarnya adalah Ibrani yang berasal dari zaman Babylon.

Bagi umat Islam, yang kita marahkan adalah golongan Yahudi Zionis, yang berasal dari golongan kaum Yakjud dan Makjud, yang timbul dari kawasan yang sekarang disebut sebagai Hungary. Ini adalah kisah dari zaman Iskandar Zulkarnain lagi ( Surah AlBaqarah ). Apa yang menyebabkan kita membenci Yahudi Zionis adalah kerana mereka tidak lagi membawa ajaran Nabi Musa A.S., malah mereka menambahkan "The Ten Commandment" menjadi kepada "The Eleventh Commandment". Mereka juga adalah dari suku sakat kaum Bani Irail yang dilaknat Allah Subhana Wata'alla untuk tidak bernegara selama 1,000 tahun.

Adakah ianya kesalahan untuk kita menjalin hubungan dengan Israel? Jawabnya adalah tidak. Ini adalah kerana ramai diantara kaum Yahudi dewasa ini yang beragama Kristian dan Islam. Justru itu, jangan dek kerana marahkan nyamuk kelambu yang kita bakar. Kenyataan Perdana Menteri didalam perkara itu banyak bersabit dengan perkara-perkara lama yang masih jadi ungkitan berbagai pihak. Sebagai Ketua Negara, beliau sebenarnya senantiasa bersikap tegas dan terbuka didalam hal-hal perhubungan antarabangsa. Janganlah perkara yang sudah lama diungkit-ungkit lagi.

Sebenarnya, sebelum kita mengungkit-ungkit mengenai perlaksanaan Perundangan Islam itu, hendaklah kita kaji sedalam-dalamnya bagaimanakah sebenarnya kita mendapat Kemerdekan Malaysia itu.

Sidang pembaca budiman, semoga kita semua mensyukuri nikmat-nikmat Illahi seadanya. Amin Yarrabal Alamin.


UMNO DAN SELAMANYA TETAP UMNO.

HASIL PENA:
RAJAWALI TIMUR.
[EMAIL PROTECTED]
  

Kirim email ke