Kenapa Mahathir minta pelabur2 simpan saham mereka?

Satu berita terkini yg boleh dipercayai sumber2nya memberitahu bahawa mahathir sekarang telah mengarahkan kelima2 anaknya untuk menjual segala kereta2 mewah yg mereka miliki dalam jangka masa terdekat ini. Anak2 mahathir rata2nya mempunyai 7 - 8 buat kereta mewah yg bernilai berjuta2 ringgit. Apakah muslihat mahathir mengarahkan anak2nya menjual kereta mereka?

Satu lagi arahan Mahathir kepada anak2nya ialah supaya menjual semua pegangan saham mereka yg dipercaya bernilai lebih RM10 Bilion dalam syarikat2 di BSKL. Dengan terbitnya berita ini, sudah jelas bahawa mahathir khuatir bahawa indeks saham tidak dapat melonjak dengan lebih tinggi lagi. Dua tiga hari lagi ia akan merudum. Khabarnya indeks saham akan susut mendadak selepas belanjawan 2000, pada 29-10-99 nanti. Dengan meminta pelabur2 memenang saham mereka, indeks akan mengekal pada paras sekarang untuk memudahkan anak2 mahathir menjual semua pengangan saham mereka pada harga yg tinggi. Selepas penjualan itu yg dijangkan berakhir sebelum belanjawan 2000, harga saham akan merudum. Sesiapa yg membuat pegagan saham yg banyak akan menerima kerugian yg sangat besar. Semua strategi ini dibuat untuk keuntungan anak2 mahathir.

Oleh itu untuk menerima berita dari Mahathir, sila baca yg tersirat bukan tersurat. Kalau dia kata jangan jual, maksudnya SURUH JUAL. Pelabur2 saham, jangan tunggu hingga indeks merosot dan anda putih mata.

 

BERITA MALAYSIA


October 12 , 1999 17:34PM

 

SIMPAN SAHAM ANDA, KATA DR MAHATHIR

 


KLANG, 12 Okt (Bernama) -- Membeli saham dan menyimpannya akan membantu pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Syarikat-syarikat akan bebas daripada tindakan jualan margin apabila harga-harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) meningkat. Bank-bank juga akan menyaksikan penurunan pinjaman tidak berbayar, katanya.

Ini akan membantu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan masyarakat perniagaan, katanya pada pembukaan perhimpunan agung tahunan ke-53 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini.

Dr Mahathir berkata menjual saham untuk keuntungan segera hanya akan menggugat peningkatan lanjut harga saham BSKL.

"Kalau naik dua mata dan jual sampai bila pun tak boleh naik," katanya. Indeks Komposit (CI) BSKL kini berlegar di sekitar 740 mata.

"Simpan saham anda. Percayalah, ia akan naik. Pada akhir tahun, ia akan naik kepada lebih 800 mata," katanya sambil berjenaka. Kenyataan beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Perdana Menteri juga menggesa pelabur Malaysia membuat keputusan pelaburan sendiri tanpa terikut-ikut dengan petunjuk pelabur institusi asing.

"Apabila anda fikir ekonomi akan tumbuh, beli saham," katanya dan menambah bahawa akhirnya, pelabur akan meraih lebih banyak faedah daripada keuntungan modal yang lebih tinggi.

Dr Mahathir juga berkata pembekuan saham-saham Malaysia di Central Limit Order Book International (CLOB) di Singapura telah menyebabkan harga saham meningkat lebih tinggi berbanding paras harganya pada September 1998.

"Pada masa itu, saham-saham itu amat murah," katanya dan menegaskan bahawa harga saham sekarang adalah 150 peratus lebih tinggi.

Dr Mahathir berkata pemegang saham saham-saham Malaysia di CLOB harus berterima kasih jika mereka dibenar menjual saham mereka pada September tahun lepas, mereka hanya akan dapat satu perempat daripada nilainya sekarang. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke