Sebelum ini iaitu pilihanraya tahun 1990 Mahathir juga telah memintah peniaga Cina di Malaysia membantu bumiputera. Akibatnya ramai bumiputera dikalangan Ketua Bahagian Umno menjadi kaya raya termasuk menteri2 dan anak2 menantu mereka.

Untuk membalas budi orang Cina ini, mahathir telah dengan senang hatinya memberi berapa keistimewaan kepada orang Cina khususnya dari segi pendidikan. Antaranya ialah kelonggaran kepada murid sekolah Cina untuk ke sekolah menengah kerajaan tanpa memasukan kelas2 peralihan. Selain itu memberi kelonggaran kepada korporat2 Cina untuk menubuhkan institusi swasta dengan banyaknya.

Dalam bidang pentabiran negara, Mahathir telah membuka laluan supaya dilantik timbalan menteri dari kalangan orang2 Cina dalam kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan. Walaupun mereka cuma memegang Jawatan Timbalan Menteri, tetapi hakikatnya, Menteri penuh dlam kementerian itu  pun tidak berani mempersoalkan dasar2 yang dibuat oleh Timbalan2 Menteri Cina ini.

Sekarang sekali lagi permintaan serupa ini dibuat menjelang pilihanraya ke-10 ini. Kita boleh menjangkakan habuan2 yg akan diterima oleh peniaga Cina ini, sekiranya BN mendapat kemenangan lagi. Padahal, dalam pilihanraya2 yg lalu, kemenangan BN adalah dari undi orang2 kampung yg bukan peniaga. Walaupun peniaga2 itu memberi bantuan yg bernilai berjuta2 RM tetapi mereka masih mempunyai satu undi sahaja. Yg memberikan undi terbanyak ialah orang kampung juga. Tetapi BN tidak pernah berfikir untuk membantu orang kampung, kerana mereka lebih terhutang budi kepada wang ringgit.

 

BERITA MALAYSIA


October 12 , 1999 17:31PM

 

MAHATHIR MINTA PENIAGA CINA BANTU BUMIPUTERA SEKALI LAGI


Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sedang meneliti tulisan kaligrafi Cina yang dihadiahkan kepadanya oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia di sini hari ini.


KLANG, 12 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta masyarakat perniagaan Cina supaya sekali lagi bekerjasama dengan kerajaan untuk membina semula masyarakat perniagaan Bumiputera yang telah terjejas teruk oleh kegawatan ekonomi.

Perdana Menteri berkata semasa kegawatan kebanyakan daripada syarikat Bumiputera termasuk yang besar-besar telah terjejas teruk dan memerlukan bantuan untuk dibina semula dan mengejar kemajuan syarikat lain.

"Akibat kesan kegawatan itu kita kini perlu memikirkan semula mengenai pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) setakat ini," kata beliau ketika membuka mesyuarat agung tahunan ke-53 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini.

Beliau berkata kegawatan itu telah menyebabkan sebilangan besar perniagaan Bumiputera telah dijual kepada bukan Bumiputera, dengan itu mewujudkan semula keadaan tidak seimbang dalam ekuiti ekonomi dan ini mesti dibetulkan.

Dr Mahathir berkata pada masa yang lepas ahli perniagaan Cina telah memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berkongsi perniagaan mereka dengan Bumiputera.

Katanya tindakan itu telah membolehkan masyarakat Bumiputera belajar mengenai selok-belok perniagaan dan bagaimana hendak menguruskannya.

"Ia telah membantu kejayaan DEB, dan sekarang kita perlu berbuat demikian sekali lagi.

"Saya merayu kepada tuan-tuan sekali lagi supaya membantu dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam kemajuan ekonomi bagi masyarakat lain," katanya dengan mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir, terdiri daripada ketua-ketua pelbagai entiti perniagaan dan industri Cina dari seluruh negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak meminta ahli perniagaan Cina melepaskan apa yang sudah menjadi milik mereka.

Apa yang hendak dilakukan ialah membesarkan lagi kekayaan ekonomi negara semula, supaya apabila ia berkembang lebih banyak bahagian dapat diagihkan kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera, katanya.

"Saya harap ahli perniagaan bukan Bumiputera akan turut membantu Bumiputera untuk mengimbangi semula kedudukan mereka dengan yang lain supaya pembahagian kekayaan negara sekali lagi dilakukan dengan adil dan wajar," katanya.

Dr Mahathir yakin ahli perniagaan Cina dapat membantu rakan Bumiputera mereka memandangkan mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan, latar belakang, tradisi dan budaya selain daripada kemampuan untuk berkembang semula (keluar daripada kegawatan) dan maju dalam perniagaan masing-masing.

Sambil berterima kasih kepada masyarakat perniagaan Cina kerana sumbanagan mereka setakat ini, beliau turut melahirkan keyakinan tentang pentingnya sumbangan mereka yang seterusnya kepada pertumbuhan ekononomi negara.

Ketika bercakap pada persidangan berita selepas itu, Perdana Menteri berkata dalam kongres ekonomi Bumiputera baru-baru ini kerajaan mendapat tahu banyak peniaga Bumiputera yang menderita kerana mereka masih baru dalam bidang itu, meminjam dari bank untuk mengembangkan perniagaan dan menanggung hutang.

"Kita bukan sahaja perlu menolong mereka tetapi juga perlu wujudkan (usahawan dan peniaga) yang baru, dengan ini kita minta kerjasamalah daripada dewan-dewan perniagaan Cina," katanya.

Merujuk kepada DEB, Dr Mahathir berkata usaha membasmi kemiskinan sebagaimana yang terkandung dalam dasar itu tidak menghadapi masalah, tetapi dalam usaha menyusun semula ekonomi antara kaum, usaha itu didapati sudah terjejas disebabkan oleh kegawatan ekonomi negara baru-baru ini.

Ketika menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji memorandum yang sedang disediakan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera berhubung DEB sebelum membuat sebarang keketapan selanjutnya mengenai dasar itu.

Katanya beliau yakin peniaga-peniaga Cina juga akan mengadakan perjumpaan mereka, mungkin tahun hadapan, untuk memberikan pandangan mereka berhubung DEB.

Kerajaan akan menggabungkan semua pandangan itu sebelum membuat apa-apa ketetapan, kata beliau. -- BERNAMA

blue.gif

be1210_4.jpg

bernamasmall.gif

Kirim email ke