Adakah Siti Zaharah ini sudah jadi JANDA? Terbaca dalam buku 'Saya Adalah Mahafiraun' karya Ahmad Sayuti Omar yg melampir SURAT permohonan cerai oleh Siti keatas suaminya.
 

Wanita guna cara halus: Zaharah

PUTRAJAYA, Isnin - Pendekatan Wanita Umno dalam menggerakkan jentera pilihan rayanya berbeza dengan cara yang diguna oleh pergerakan Pemuda parti itu, kata ketuanya Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Oleh itu, katanya, tidak sepatut wujud perbandingan yang mengatakan Wanita Umno tidak melaksanakan fungsinya semata-mata kerana tidak banyak kegiatan di peringkat kebangsaan yang dibuat oleh pergerakan itu.

"Pemuda memang sepatutnya bertindak secara agresif dan mengatasi masalah yang wujud secara menggempur terang-terangan, tetapi kita Wanita gunakan cara yang halus dan bertumpu di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaharah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa Wanita kurang aktif dalam menggerakkan jentera pilihan raya berbanding Pemuda Umno.

"Kerja yang kita jalankan memang tidak nampak, jadi memang susah nak dibuat ukuran, tetapi semua bahagian di setiap negeri sekarang sudah bersiap sedia untuk menerima arahan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata pergerakan itu juga akan meningkatkan usaha mengesan sebarang maklumat palsu dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama di peringkat akar umbi.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar Pergerakan Wanita melipatgandakan kempen gerak gempurnya bagi memastikan pengundi wanita tidak diperdaya oleh dakyah pembangkang.

"Dalam perkara seperti ini saya melihat teguran Presiden itu sebagai satu motivasi yang menyatakan kita tidak harus berpuas hati dengan apa yang dicapai sebaliknya harus terus berusaha untuk menjadi lebih baik lagi," katanya.

Zaharah berkata pergerakan Wanita harus bekerja keras dan memainkan peranan lebih agresif kerana undi wanita amat penting bagi memastikan kemenangan parti.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan selama satu jam dengan ketua-ketua Wanita Umno peringkat Bahagian dari Perak. - Bernama

Kirim email ke