*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Hj.
Ahmad di Masjid Bayan Baru,P.Pinang.

       Alhamdulillah.Wabihi nastain.Ash hadu anla
ilaha illallah wahdahu la sharikalah.Wa ash hadu anna
saiyidina Muhammaddan abduhu warasuluh.Saiyidina
wahabibina wamaulana Muhammaddan nil `amin.Wa`ala
alihi wa sahbihi ajmain.
      Muslimin/Muslimat mudah2an dirahmati ALLAH SWT.

   Mukadimah.
   ------------------
1)           Dlm sebuah hadis yg diriwayatkan drpd
An-Nasa`i,drpd Abdullah bin Mas`ud r.a. yg
menceritakan,pd satu hari Nabi s.a.w. dgn menggunakan
satu ranting kayu,Baginda membuat satu garisan lurus
di atas tanah.Kemudian  Nabi bersabda,"Ini jalan
ALLAH."   Selepas itu,Nabi membuat bbrp garisan lain
di kiri-kanan garisan yg lurus itu tadi.Kemudian kata
Nabi,"Kiri-kanan ini adalah jalan2.Dan pd setiap jalan
Islam,dia ada banyak cabang2.Yg pd tiap2 satu jalan
ini,ditaja oleh syaitan."   Dan kemudian sambil
menunjuk pd garisan yg lurus yg mula2 tadi,Nabi s.a.w.
membaca satu ayat yg bermaksud,"Dan sesungguhnya,ini
adalah jalan aku yg amat lurus.Maka ikutlah jalan yg
lurus (Islam) ini."
   [ Hadis ini sahih,riwayat Imam An-Nasa`i.Pengajaran
drpd hadis ini yg dapat kita ambik ialah :
      i) HANYA Islam SAHAJA satu2nya jalan yg lurus.
      ii) kita kena ingat,bahwa utk mempastikan kita
duduk atas jalan Islam itu,bukan senang.Krn kita
sentiasa digamit oleh syaitan2 yg berada di kiri-kanan
jalan Islam yg lurus ini.Dan sesungguhnya pun,dah
ramai org pd mulanya duduk di atas  jalan Islam yg
lurus ini,tiba2 di satu masa pulak dia masuk ke jalan
sesat sehingga menyebabkan dia mati dlm keadaan jauh
drpd Rahmat ALLAH SWT.Nauzubillahi minzalik. ]

2)            Di dlm sebuah hadis lain,riwayat drpd
Ibnu Majah,drpd Al-Irbat bin Sariah r.a.,yg
menceritakan,pd satu hari Nabi s.a.w. memberi pesan
kpd sahabat2.Sambil berdiri dan dlm keadaan basah biji
matanya akibat menangis,Nabi berpesan kpd para
sahabatnya.Sahabat2 Nabi pun berasa agak gementar hati
krn mrk merasakan cara/keadaan Nabi memberi pesan kali
ini agak ada kelainannya.Selalunya Nabi s.a.w.
berpesan dgn suara yg lantang,bersemangat,macam kepala
tentera ketika nak pergi berperang,tapi kali ini
berlainan sungguh,iaitu dgn kelopak mata basah
lencun.Lalu berkata para sahabat,"Ya Rasulullah,kami
rasa pesan kamu kali ini nampak macam pesanan yg
terakhir.Kami rasa macam kamu nak meninggalkan
kami.Oleh itu,apakah pesanannya Ya Rasulullah,dan
berilah lebih pesan kpd kami."...Maka bersabda Nabi
s.a.w.,"Aku tinggalkan kpd kamu semua,satu agama yg
putih bersih.Sehinggakan terangnya agama ini,boleh
mencerahkan suasana gelap mlm kpd terang siang.Dan
tidak ada org yg menyimpang drpd agama ini,melainkan
dia 
   binasa.Dan juga aku nak bagi tau pd kamu semua
bahwa jika di antara kalangan kamu semua,ada yg
panjang umur,kamu akan melihat `khilaf' yg cukup
banyak."
   [ Nabi mengatakan pd akhir zaman nanti,akan terjadi
perselisihan yg banyak sekali.Pd masa sekarang
ni,sejak dr turun temurun tok nenek kita,yg kita tau
bahwa Islam seseorg itu krn mengucap dua kalimah
syahadah.Tapi laaa ni,dgn tiba2 saja,di M`sia ni,ada
satu golongan yg mengedar sebuah buku secara percuma
kpd org ramai,yg dimana kandungan  buku itu bagitau
bahwa sesiapa yg `mengucap dua kalimah syahadah'
itu,jadi syirik.Jadi kalau ikut buku itu,Imam di
Masjidil Haram yg mengimamkan `2' hingga `3' juta org
di musim haji tu pun,syiriklah jugak.Ini semua kerja
org gila.
     Jadi inilah di antara bentuk khilaf yg berlaku di
dlm masyarakat,yg  Nabi s.a.w. sudah bagitau 1400 thn
yg lalu. ]

   Kata Nabi,"Bila kamu jumpa masalah yg macam
ini,jalan keluar hanyalah satu,iaitu terus ikut Sunnah
Nabi s.a.w. dan jugak Sunnah para Khulafaq
Ar-Rashidin,yg mrk itu mendapat hidayah ALLAH
SWT."...Dan kata Nabi lagi,"Gigit kuat2 Quran/Sunnah
Nabi ini dgn gigi geraham kamu,dan jangan lepas2kan
ia."
   [ Walaupun ahli ilmiah mana sekali pun,kalau dia
bawa mai satu logik,bawa mai satu rasional atau satu
hujah yg mana begitu ilmiah kononnya,tapi kalau nampak
menyimpang drpd Al-Quran/Hadis Nabi,bagitau kat
dia,"Nie Sheikh,hang pi habag kat org lain."  
Sanggupkah kita utk memperjudikan masa depan kita dgn
hanya sekeping buku `free' ni,kalau silap perkiraan
padahlah jawabnya. ]

   Kata Nabi s.a.w.,"Dan diatas kamu,wajib
taat.Sekalipun ditakdirkan,satu hari,kamu diperintah
oleh seorg yg asalnya hamba abdi keturunan Habsyi yg
berpegang teguh pd Al-Quran/Hadis Nabi."...Sambung
Nabi lagi,"Maka sesungguhnya,org yg beriman itu
seperti unta yg jinak,iaitu kemana org pimpinnya,ke
situlah dia."
  [ Kalau kita org yg dikatakan beriman,apabila
mendengar saja ayat drpd Al-Quran,tarak cakap banyak
punya,kita mesti ikut,krn Al-Quran itu pimpinan
kita.Kalau kita betui2 org yg beriman,apabila datang
satu hadis sahih di depan kita,hati kita jadi jinak
utk mengikut hadis Nabi s.a.w.  Maka itu adalah
petanda bahwa sesungguhnya kita org yg beriman kpd
ALLAH SWT.Mudah2an kita diberi kekuatan oleh ALLAH SWT
utk mempertahankan Islam dlm keadaan Islam kena
`ghenyak' begini punya teruk di akhir zaman
ini.INSYA`ALLAH. ]
    
             Kemudian baru ust start guna kitab Bahrul
Mazi jilid 16,m/surat 132.
 Tajuk/Masalah : Nabi s.a.w. makan roti syeir dgn ahli
keluarganya.
                           
----------------------------------------------------------------------------

             Sdraku,syeir tu adalah sejenis biji2an yg
mengenyangkan manusia & hidupan.Tetapi syeir itu tidak
sedap makannya sepertimana sedapnya roti gandum.Bahkan
org2 yg tinggal di dunia ini dgn
kesenangan/kesedapan,bahawasanya,syeir itu buat makan
hidup2an seperti ayam & binatang2 shj,krn syeir ini
tidak sedap dimakan.   
[ Org2 kaya tak makan `syeir' ni.Utk org2 kaya,bijiran
syeir ini hanya dibuat utk makanan burung,ayam &
binatang2 ternakan shj.Tetapi sesungguhnya,bijian
syeir inilah yg dijadikan sbg makanan yg dimakan oleh
Nabi s.a.w. sekeluarga. ]

             Tetapi Nabi kita,kebanyakan rotinya ialah
roti drpd syeir.Maka,itulah roti yg yg banyak baginda
makan dgn isteri2nya.Sehingga roti syeir itu pun tidak
ada berlebih ada di rumahnya,yakni di rumah isteri2
Nabi itu,yakni selalulah keputusan,yakni habis
juga,tidak sedikit jua pun.
[ Bukan kata Nabi sekadar makan roti syeir,tetapi yg
dikatakan bijian syeir itupun kadang2 tiada di rumah
Nabi. ]

              Sbg tersebut oleh hadis yg dikeluarkan
oleh Imam At-Tirmizi,yg diriwayatkan oleh seorg
sahabat yg bernama Abi Umamah r.a..Berkata ia,"Tiada
berlebih isi2 rumah Nabi s.a.w. oleh roti syeir
sekalipun."
[ Iutlah yg dikatakan Nabi s.a.w..Bukan kata
gandum,syeir sekali pun,jarang2 sekali ada dlm rumah
Nabi. ]

              Kata At-Tirmizi,bermula ini hadis,hasan
lagi sahih,lagi gharib drpd ini wajah.Apakah sbbnya
Nabi s.a.w. itu,sampai jadi tak ada di rumahnya
berlebih makanan yg lebih murah drpd gandum sekali
pun?...Jawabnya,janganlah syak kita kpd Nabi s.a.w.
itu,tidak upaya mengadakan dunia dan juga kaya pd
segenap perkaranya,tetapi tidak ia berkehendak
kpdnya.Dan bencinya ia akan dunia ini krn hinanya
seperti yg diterangkan di dlm bbrp masalah yg telah
lalu.
[ Kita tak boleh kata,Nabi ni jenis pemalas dan tak
buat kerja,maka krn itu dia hidup dlm keadaan
susah.Dan jangan juga kita kata kalau Nabi rajin
sikit,dia boleh buat duit.Jangan kata macam tu,krn
Nabi ni bukan jenis org macam tu.Kalau satu hari Nabi
ada sikit duit,dia nanti tak boleh nak `relax'.Baginda
nanti pi cari org miskin dan sedekah duit yg dok ada
dekat dia tu.Dan dlm fikirannya,dunia ini hanya tempat
dia bekerja utk akhirat.Nabi ni,dia pegang yg tu
saja.Maka sebarang benda yg tidak membantu Rasulullah
s.a.w. utk akhiratnya,baginya itu semua tak
penting.Maka semua benda yg baginda buat,dia mau ada
kaitan dgn akhirat. ]

              Maka boleh dikatakan,selalu datang
berbagai harta kpd Nabi s.a.w. drpd makanan dan jugak
lain2nya.
[ Yg kata Nabi Muhammad s.a.w. ni,bukan saja org nak
bagi hartan dekat dia,tapi ALLAH pun nak bagi dekat
dia.Pernah satu ketika,ALLAH hantar Jibrail a.s. tanya
Nabi s.a.w.,"Wahai Muhammad,ALLAH suruh aku tanya
kamu,mahukah kamu kalau sekiranya Jabal Uhud itu,ALLAH
jadikan emas utk hak kamu semua."...Lalu dijawab oleh
Nabi,"Aku mau kalau boleh,ALLAH SWT limpahkan hidayah
kpd ummatku."
     Ada satu cerita ttg di akhir2 kehidupan Nabi di
dunia ini,masa tu baginda menghadapi kesukaran tak dak
duit nak belanja,lalu baginda pun menggadai baju
perang besinya kpd seorg Yahudi.Dan duit yg dia dapat
tu,dia beli syeir utk makanan keluarganya.Sehinggalah
wafatnya Rasulullah,Yahudi yg menerima sandaran baju
besi Nabi tadi dah dok berasa tak sedap,krn tak
sepatutnya baju besi Rasulullah s.a.w. ada dekat
dia.Lalu dia pi jumpa Saidina Abu Bakr,dan
berkata,"Wahai Abu Bakar,aku nak bagitau dekat
hang,aku ada menyimpan satu baju besi Nabi s.a.w.
punya.Baginda gadai kpd aku krn nak ambil duit utk
beli makan utk keluarganya.Dan macamana dgn baju besi
ni,apa aku nak buat dgnnya?...Setelah mendengar berita
drpd Yahudi tersebut,Abu Bakr terus menangis,dan
menebus balik baju besi Nabi tadi.Lalu dibagi balik
baju besi itu kpd isteri2 Nabi,"Simpanlah baju besi
ini krn inilah kenangan Rasulullah sbg suami kamu." ]

              Ini semua dicatatkan dlm hadis Nabi
s.a.w. Krn Nabi s.a.w. itu adalah org yg sangat
pengasihan.Maka sudahlah dia mengutamakan diri sahabat
lebih drpd dirinya sendiri,dan lebih drpd keluarganya
sendiri,sehingga apa2 pun tidak ia mau menyimpan
taruh,melainkan semuanya disedekahkan dan diberikan
kpd  yg lapar/susah semata2.Dan baginda kadang2 hanya
ambil cukup utk dirinya dan keluarganya dlm sehari itu
ataupun lebih.Kemudian apabila dilihatnya siapa yg
susah dan berkehendak makan atau pakaian atau
lainnya,maka ia pun keluarkan apa yg ada pdnya utk
sedekahkan dan berikan kpd org lain.Dgn krn
itu,selalulah jadi tak ada makanan di rumahnya
sehinggalah semurah2 makanan pun tidak ada yg lebih.

              Masalah : Nabi s.a.w. kena kelaparan
bbrp mlm dgn isterinya.
                             
--------------------------------------------------------------------------------
             Sesungguhnya Nabi kita itu,pemimpin alam
manusia ini kpd akhirat.Maka tidak ia mengajak
ummatnya kpd akhirat itu kalau dirinya tidak
menyaksikannya.
[ Dlm satu hadis ,ketika sedang Nabi mengimamkan
sembahyang kpd sahabat2nya,tiba2 dlm sembahyangnya
ALLAH SWT bagi Rasulullah nampak neraka.Dgn hal di
tengah2 sembahyang dinampakkan kpd Nabi neraka,jadi
tangan Nabi nampak macam dok tepis sesuatu.Setelah
selesai saja solat,para sahabat pun bertanya ttg
keadaan Nabi tadi yg seakan2 sedang menepis sesuatu
tadi.Lalu jawab Nabi,"Tengah aku solat tadi,ALLAH SWT
nampakkan neraka kpd aku dan aku nampak api tu 
merecik nak kena muka aku,maka aku tepis2 api itu."  
Jadi apabila Nabi sendiri yg nampak neraka tu,maka
takutnya menjadi lebih lagi.Dan inilah Nabi s.a.w. nak
bagi tau kpd kita sbg ummatnya. ]

             Dan tidaklah ia mengajak ummatnya
melainkan dia menyaksikan,bahkan dirinya dan isterinya
sangat2 dikuatkan bersedia bagi bekal akhirat
itu,sehingga tidak peduli akan dunia ini.Maka tidaklah
seperti org2 ahli dunia.Yg dikatakan ahli dunia
itu,ialah yg lebih dahulu dunia drpd akhiratnya.Dan
siang/mlm berkira makan/minum lebih dulu.Dan juga
pakaian dan tempat kediaman yg sedap dan senang
sentosa dan apa jugak dlm bentuk kesedapan.Padahal
mabuk gila dunia dan mencarinya,tiba2 di dunia itu
tidak sebanyak mana didapatinya dan akhiratnya luput
disebabkan mengira dunia lebih dulu.Maka adapun Nabi
s.a.w. itu,dunia dan kesedapan itu dibelakang
(secondary).Yakni berusaha dia dgn isterinya bagi
menyediakan bekal bagi akhirat.
[ Utk Nabi s.a.w.,isu keduniaan adalah isu #2.Bagi
dia,apa pun,akhirat mau pebetoi dulu.Krn di akhirat
ialah kehidupan yg berkekalan,manakala di dunia,bila
mai satu tempoh,kita mati. ]

             Tidak peduli akan kisah makan/minum dan
kisah pakaiannya lagi.
[ Bagi Nabi,semua ini bukanlah agenda besar dlm
hidupnya.Ada satu hadis yg diriwayatkan oleh Asma`
binti Abi Bakr,yg mengatakan ada org bagi dekat Nabi
s.a.w. satu jubah yg cukup cantik,iaitu jubah yg biasa
dipakai oleh Kisra.Oleh krn hadiah drpd seorg
sahabatnya,Rasulullah pun pakai juga jubah itu.Tapi
bagi Nabi s.a.w.,tiada kemegahan baginya,walaupun apa
saja yg dihadiahkan kpdnya.Sehinggalah wafatnya
Nabi,Saiditina Aishah pun menyimpan jubah itu.Dan
apabila Saiditina Aishah wafat pula,jubah itu disimpan
pula oleh adiknya iaitu Asma` binti Abi Bakr.Dan ada
satu keajaipan yg ALLAH SWT bagi kpd jubah yg
Rasulullah pakai itu.Iaitu apabila ada org sakit,maka
direndam  jubah itu,dan digunanya air drpd rendaman
jubah itu utk mengubat pesakit itu,dan ALLAH SWT
menganugerahkan sembuh kpd org sakit itu.Tapi ust
warning siap2,bahwa keajaipan ini hanyalah khusus kpd
Nabi s.a.w. shj. ]

             Dan Nabi tak pernah kemudiankan ibadah
drpd benda2 yg disebut tadi.Tidak sekali2
demikian,bahkan sabar mrk itu atas kelaparannya serta
beribadah juga dgn bersungguh2.
[ Nabi & isteri2nya tidur dlm keadaan lapar & sabar
adalah perkara biasa saja. ] 

             Krn ibadah itu sedikit dikerjakan,tetapi 
menjadi kekal faedahnya selama2nya di negeri
akhirat.Bersalahan dgn dunia ini,sedikit dicari tidak
mencukupi.
[ Utk akhirat,dunia bukan bandingannya.Ust bagi satu
cnth yg paling simple utk kita buat yg akan
sekurang2nya menjadi saham kita di akhirat kelak ialah
`senyum'.Krn Nabi sebut `senyum' itu `sedekah'.Krn
senyum yg sedikit ini dapat menyeronokkan org,kita
dapat pahala.Tapi Nabi kata,kalau dunia ni hangpa
pulun,memang tak pernah cukup.Eg,yg dok ada la ni,ada
RM200juta pun tak cukup.La ni lagu dok pulun nak
meng`swasta'kan hospital pulak. ]

             Kita mati,dan ia tinggal menyenangkan yg
mendapatkannya,dgn krn itulah Nabi s.a.w. menjadi
tidak endah akan dunia ini.
[ Bila kita mati,harta yg kita dok cari ini selama
ni,sapa yg nanti dapat?...Jawabnya sapa yg hidup lagi
la,dialah yg nanti dapat.Kita yg dok pi cari harta
sampai tak kenal masjid,tak kenal tok Imam,tiba2
sampai saja ajal,mati kita,harta kita org lain yg
dapat.
  Kemudian ust kata,kalau Nabi s.a.w. cakap saja ttg
neraka,ttg hari akhirat,ttg mati,ada hadis yg
mengatakan bahwa Nabi akan bercakap dgn nada yg tinggi
sehingga merah matanya,krn nak bagi `impact' kpd jiwa
sahabat2nya. ] 

             Maka dgn krn itulah,Nabi kita tidak endah
dgn dunia ini.Dan diajak ummatnya biar dgn
sesungguhnya amal yg berfaedah itu nanti,di akhirat
ada disediakan pahala di sisi ALLAH.
       Tidur mlm dgn berlapar diri,ditanggung juga
oleh Nabi dgn sabar.Sepertimana disebut dlm hadis yg
dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,yg diriwayatkan oleh
seorg sahabat Nabi s.a.w. yg bernama Abdullah bin
Abbas r.a. Katanya adalah Nabi s.a.w. bermalam ia bbrp
mlm berturut2 dgn hal keadaannya kosong perut bersama
isteri2nya.Dan  tidak didapati mrk itu di dlm rumahnya
makan hingga akhirnya siang hari.Padahalnya adalah
kebanyakkannya roti mrk itu,iaitu roti syeir.
[ Nabi bersama2 dgn isteri2nya selalu tidak makan pd
waktu siang.Krn tidak mampu  utk membeli
makanan,walaupun hanya dgn roti syeir yg murah itu
sekali pun. ]

            Dan roti syeir itu tidak sedap dan tidak
enak dgn nisbah kpd roti gandum.Maka,itu pun (roti
syeir) tidak ada dlm rumah Nabi s.a.w..( Kata
At-Tirmizi,hadis ini hasan lagi sahih.)

WALLAHUA`LAM.




=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke