*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
As'kum,
Kalau PAS tak feedback mampus depa tak tukar. Anyway
terimakasih sebab dengar jugak nasihat Barisan
Alternatif. Positive thinking.


--- Zakki <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Saya sokong 100% keputusan JPN memasukkan Identiti
> Agama dalam I/C.  Dan
> perkara ini memang benar, kerana telah di temui
> beberapa orang yang
> mempunyai I/C baru yang telah dimasukkan maklumat
> agama.  Nampak gayanya
> penceramah "BA" dah tak boleh guna isu ini lagi
> semasa berkempen.
> 
> Satu perkara lagi, anda boleh menukar I/C Bergambar
> Hitam Putih kepada
> I/C Bergambar Warna, dalam masa 2 minggu.  Ini yang
> di beritahu oleh
> salah seorang staff JPN.
> 
> Surat Beranak (Sijil Lahir) jika anda daftarkan di
> JPN, anda boleh
> mendapatkan nya (prosesan) dalam masa lebih kurang
> 10 minit saja, dengan
> tulisan yang menarik (Computer Printing) dan anda
> juga akan tahu dan
> perolehi No I/C. untuk anak anda.
> 
> Malah, JPN (Bahagian Kaunter), contoh di JPN Caw.
> Klang, sekarang sudah
> berubah wajah, tidak seperti dulu.
> 
> Sekian.
> 
> 
> > KPT: Identiti agama penting
> >
> > KUALA LUMPUR, Isnin - Nama tidak semestinya
> menggambarkan identiti
> > agama dan bangsa seseorang, kata Ketua Pengarah
> Jabatan Pendaftaran
> > Negara (JPN), Datuk Azizan Ayob.
> >
> > Berikutan itu, katanya, kemasukan identiti agama
> sebagai maklumat baru
> > dalam kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang
> diperkenalkan sejak 1
> > September lalu, penting bagi mengenal pasti agama
> pemegang kad
> > berkenaan.
> >
> > Ketika ditemui Berita Harian hari ini, Azizan
> berkata, maklumat agama
> > dimasukkan dalam kad pengenalan berkenaan bagi
> memudahkan urusan
> > mengenali identiti seseorang terutama agama
> mereka.
> >
> > "Peraturan itu sebenarnya tidak menghalang
> kebebasan beragama,
> > sebaliknya ia hanya merekodkan kenyataan agama
> seseorang.
> >
> > "Ini memudahkan pelbagai urusan serta
> penguatkuasaan pihak berkuasa
> > seperti menahan orang Islam yang makan di khalayak
> ramai ketika
> > Ramadan, tanpa ragu-ragu mengenai status agama
> mereka," katanya.
> >
> > Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Dr
> Maamor Osman, berkata
> > peraturan itu tidak seharusnya dijadikan isu
> kerana agama bukannya
> > sesuatu yang rahsia, sebaliknya perlu dimaklumkan
> kepada orang ramai.
> >
> > "Maklumat itu penting terutama dalam masyarakat
> majmuk kerana
> > menyenangkan pelbagai urusan," katanya.
> >
> > Beliau memberi contoh ada kes mualaf yang
> meninggal dunia tetapi
> > dituntut keluarga yang bukan Islam kerana tidak
> tahu ahli keluarga
> > mereka sudah memeluk Islam.
> >
> > "Selain itu, ramai juga anak kacukan Cina dan
> India mempunyai paras
> > rupa Melayu, tetapi bukan Islam. Justeru maklumat
> agama penting bagi
> > membolehkan ia dikenali," katanya.
> >
> > Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM),
> Kamarozaman Abd Rahman
> > pula berpendapat seseorang yang ada agama tidak
> seharusnya malu
> > mengumumkannya.
> >
> > Beliau berkata, seseorang itu harus berbangga
> dengan agama yang
> > dianutinya dan soal diskriminasi tidak timbul
> dengan memasukkan
> > maklumat agama dalam kad pengenalan.
> 
>  deleted...
> 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke