Rupa2 anak mahathir, mirzan yg jadi pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia. Bapak pula tolong bagi jalan anak berniaga guna wang rakyat.

Memang tak pemalu betul si Mahathir ini!

BERITA MALAYSIA


October 13 , 1999 20:07PM

 

MAHATHIR KECEWA TENTERA RAMPAS KUASA DI PAKISTAN

 

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dengan kejadian rampasan kuasa oleh tentera di Pakistan awal hari ini.
Beliau berkata sepatutnya tentera menjadi badan profesional yang mengikut arahan kerajaan semasa iaitu kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Bagi saya, kejadian ini amat mengecewakan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas dikunjungi Majlis Perniagaan Malaysia British yang diketuai oleh pengerusi bersamanya Mirzan Mahathir dan Sir Patrick Gillam yang juga pengerusi Bank Standard Chartered.

Laporan dari Islamabad memetik pemimpin tentera Pakistan Jen. Pervez Musharraf yang merampas kuasa tanpa pertumpahan darah itu sebagai berkata beliau bertindak demikian bagi menyelamatkan negara itu daripada musnah dan akan mengumumkan dasar-dasarnya dalam tempoh terdekat.

Musharraf tidak memberi maklumat lanjut mengenai rancangan tentera bagi Pakistan selain tidak menyatakan apa yang akan dilakukannya terhadap Perdana Menteri Nawaz Sharif, kata laporan itu, Dr Mahatahir berkata jika ada tentera yang mirip kepada politik, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk maju dengan pentadbiran yang licin.

Katanya, walau apapun kesalahan yang mungkin ada pada Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, "tetapi dia dipilih oleh rakyat."

"Semua orang mesti menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat. "Jika ada yang tidak setuju dengan Nawaz Sharif, maka mereka harus tunggu sehingga pilihan raya diadakan," kata beliau.

Perdana Menteri berkata semasa pilihan raya mereka boleh menggunakan segala kemudahan demokrasi untuk memilih pemimpin yang baik. "Tetapi mengambil alih kuasa dengan kekerasan adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan," kata Dr Mahathir. Ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengiktiraf pentadbiran Pakistan sekarang selepas rampasan kuasa itu, Dr Mahathir berkata: "Kita kena tunggu sehingga kita dapati apa sebenarnya kedudukan kerajaan ini dari segi penerimaan oleh rakyat Pakistan."

Mengenai kedudukan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Perdana Menteri berkata bahawa ketika ini, belum ada apa-apa maklumat bahawa keadaan di Pakistan membimbangkan.

"Jadi mereka akan terus berada di sana," katanya. Ketika ditanya sama ada isu itu perlu dibawa ke perhatian Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Durban, Afrika Selatan awal bulan depan, Dr Mahathir berkata ia mungkin dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

"Biasanya CHOGM akan memutuskan sama ada mereka akan iktiraf ataupun tidak dan kita akan berpandukan kepada keputusan CHOGM," katanya. -- BERNAMA

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke