ISU PAKISTAN : PM BAGAI AYAM JANTAN BERKOKOK

ROSLAN SMS

Isu rampasan kuasa tentera tanpa pertumpahan darah diketuai Jeneral Musharraf di Pakistan menjadi berita hangat kebelakangan ini. Malah Perdana Menteri Dr. Mahathir yang menabal  dirinya sendiri sebagai “Wira Dunia Ketiga” turut tidak mahu ketinggalan dalam memberikan ulasan. Jelas barangkali kerana dimakan usia atau digerhanai oleh sumpah rakyat atau memang meniru resam ayam jantan ulasan PM dalam isu ini mula menampakkan ketidakselarasan dalam Polisi Luar Malaysia di bawah Kerajaan UMNO BN. Malah ia turut menelanjangkan sikap “double standard” Presiden UMNO yang inginkan imej juara dimata dunia, tapi dalam negara sendiri dia lebih kotor dari orang atau kuasa lain.

Di dalam akhabr NST hari ini (14/10/99) beliau berkata:

“The military should be a professional body following the orders of the Government of the day which was elected by the people. To me, that incident (in Pakistan) is very regrettable.”

Tentera sepatutnya adalah badann profesional yang patuh pada arahan kerjaan yang berkuasa yang dilantik oleh rakyat. Pada saya, kejadian ini (di Pakistan) sungguh mendukacitan.”

“But taking over power by force is something inapproprite.”

“Akan tetapi merampas kuasa secara kekerasan adalah suatu yang tidak patut”

Malangnya semasa parti National League for Democracy atau NLD di bawah pimpinan AUNG SAN SUU KYI dinafikan kuasa oleh Tentera di Myanmar walaupun setelah memenangi lebih dari 80% undi rakyat dalam pilihanraya disana pada bulan Mei 1990 Dr. Mahathir membisu macam seekor tikus!  Kemudian apabila dunia antarabangsa mengenakan tekanan kepada ASEAN agar tidak menerima keahlian Myanmar kerana merampas hak rakyat, Dr. Mahahtir mempertahankan kuasa tentera di Yangoon itu, malah menempelak dunia seluruhnya kerana dikatakan campur tangan dalam hal rumah tangga Myanmar, apa dah jadi ni Che Det?

Begitu juga bila Tentera merampas kuasa di Algeria setelah FIS (parti PAS Algeria) dibawah pimpinan Abbas Madani menang besar dalam pilihanraya tempatan dahulu, dimanakah Che Det! Dan di Turki apabila Tentera Turki mengancam kerajaan sah Erbakan dan memaksa beliau melepaskan kuasa, mengapa Dr. Mahahtir diam membisu, tiba-tiba di Pakistan beliau ghairah melatah bagaikan murai dicabut ekor! Barangkali ada pertalian darah atau kepentingan peribadi agaknya?

Dalam isu yang sama beliau turut menggoreng:

“Everyone must respect leaders who are elected by the people. If there are people who disagree with Nawaz Sharif they should wait until election is held.”

“Semua pihak mesti menghurmati pimpinan yang telah dipilih rakyat. Kalau ada yang tidak bersetuju dengan Nawaz Sharif sepatutunya mereka menunggu sehingga pilihanraya diadakan.”

Cuma rakyat Malaysia yang buta politik sahaja boleh menerima dan akur pada kenyataan Dr. Mahathir ini. Apa tidaknya, bila PAS menang di Kelantan dan menubuhkan kerajaan negeri yang sah sejak 1990 UMNO dan BN terus-menerus menyerang PAS sehingga ke hari ini. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengaib dan menjatuhkan kerajaan PAS dibawah kepimpinan Tok Guru. Di adu dombanya kakitangan kerajaan negeri, disuruhnya rakyat berdemonstrasi (isu Sultan Kelantan dan isu air di Kelantan), dilantiknya Sultan baru, disekat-sekatnya bantuan kewangan dan banyak lagi kerja-kerja jahat tanpa sedikit pun penghurmatan terhadap pilihan yang dibuat oleh rakyat. Malah sehingga kehari ini Tok Guru MB tidak diberikan kuasa menduduki kerusi Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri atau MKN sebagaimana MB-MB dan KM-KM lain.

Janganlah bagai ayam jantan sibuk berkokok bila perkara-perkara besar berlaku diseberang, sedang dalam negara sendiri ekornya busuk bergelumang najis.

[EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke