|
Setia hanya dalam menjalankan tugas-tugas rasmi. Hak
kakitangan untuk memilih parti Alternatif yang mereka suka tidak boleh
dikongkong.
Ucapan 'parrot' taib mahmud.
BERITA MALAYSIA
October 14 , 1999 17:56PM
|
|
|
KAKITANGAN KERAJAAN MESTI SETIA
KEPADA KERAJAAN HARI INI |
| |
|
KUCHING, 14 Okt (Bernama) -- Kakitangan
awam mesti setia dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi
mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara, kata Ketua Menteri Tan
Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
Menurutnya jika
kemajuan menjadi matlamat kerajaan, semua jentera kerajaan perlu
digunakan bagi mencapai sasaran itu.
"Sebaik sahaja
kakitangan awam dilantik ke perkhidmatan itu, mereka mesti mematuhi
apa yang diamanahkan oleh kerajaan dan parti politik yang berkuasa
pada hari itu sama ada mereka bersetuju atau tidak," katanya pada
sesi dialog dengan 300 pegawai kanan jabatan negeri dan persekutuan
di sini.
Beliau berkata mereka mesti setia kepada konsep
bekerja bersama-sama bagi manfaat negara serta mengikuti rangkaian
tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Sebagai salah satu daripada perkhidmatan awam terbaik di
negara ini, kira-kira 98 peratus kakitangan awam di Sarawak masih
setia kepada kerajaan, katanya.
Abdul Taib berkata baki dua
peratus itu perlu mempelajari untuk setia bagi menyesuaikan dengan
keadaan.
Menurutnya dengan itu, rakyat harus bersyukur ke
atas kestabilan dan kemakmuran berterusan yang sudah dinikmati
menerusi kerja keras kerajaan bagi menukar negara menjadi sebuah
tanah yang penuh dengan pelbagai peluang.
Sebagai contoh di
Sarawak, status sosio-ekonomi rakyat kini semakin baik sejak Merdeka
dengan hanya lapan peratus masih dikategorikan sebagai paling
miskin, katanya.
Beliau berkata keadaan ini menunjukkan
demokrasi diamalkan kerana ia membolehkan rakyat menentukan masa
depan serta menjalankan hak mereka sendiri.
Dengan itu tiada
siapa akan bermimpi untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan
kecuali atau mungkin pada tahun 60an semasa demokrasi masih di
peringkat awal di Sarawak, katanya.
--
BERNAMA | |
|
|
|