Satu peluang keemasan untuk Mahathir pancing undi, selepas kes2 fitnahnya tidak mendapat sambutan rakyat.

Itu mamak Mahathir mesti balik tengok ini bakar punya. Kempen dlm parlimen sendiri musti mau jaga punya.

BERITA MALAYSIA


October 13 , 1999 14:10PM

 

SEMBILAN KEDAI DI PEKAN KODIANG TERBAKAR

 

JITRA, 13 Okt (Bernama) -- Tiga kedai hangus sementara enam lagi rosak teruk dalam kebakaran di Pekan Kodiang, dekat sini, pagi ini.

Pegawai Menjaga Balai Bomba Jitra, Abdul Manaf Hashim berkata antara kedai yang terlibat adalah pejabat sebuah agensi insurans, kedai video, kedai emas, foto dan restoran.

Turut terbakar ialah sebuah kereta Toyota yang diletak di hadapan kedai yang hangus itu.

Tiada kecederaan dilaporkan sementara kerugian dianggarkan melebihi RM500,000, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut beliau api dipercayai bermula dari kedai video dan merebak ke kedai lain, yang berada di sebelah kiri dan kanan kedai video itu.

"Pasukan bomba sukarela Kodiang yang tiba lebih awal berjaya menyelamatkan kedai lain yang berada di deretan yang sama," katanya.

Bomba Jitra yang menerima panggilan 8.32 pagi telah menghantar sebuah jentera bersama lapan anggota dan dibantu satu pasukan dari Bomba Kangar bersama sembilan anggota serta pasukan bomba sukarela, masing-masing satu pasukan dari Air Hitam, Kodiang dan Megat Dewa.

Api dapat dikawal dalam masa satu jam, katanya. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke