Abdullah, Najib pula diselar

SUNGAI PETANI (Kedah) -- Ketua pergerakan pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Encik Mohd Ezam Mohd Noor, kini beralih kepada sasaran baru dari kalangan para pemimpin negara yang didakwanya terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Berucap dalam satu perhimpunan di Taman Ria di sini, mantan setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menyelar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Encik Mohd Ezam berkata beliau tidak hiraukan akibat daripada pendedahan tentang kesalahan pemimpin-pemimpin berkenaan.

Dengan mengulangi kesungguhan dan ketegasannya untuk memerangi penyalahgunaan kuasa dan rasuah sekalipun jika beliau ditangkap dan dipenjara, Encik Mohd Ezam mendakwa bahawa parti nya mempunyai ratusan dokumen yang akan didedahkan apabila parlimen dibubarkan kelak.

Encik Mohd Ezam dikatakan menuduh Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib (semasa menjadi Menteri Pertahanan) melakukan rasuah. -- NST.

Kirim email ke