*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Hajjah Marina
Yusoff. 30 tahun yang lalu, Hishamudin baru masuk
darjah satu. Baru belajar membaca A, B, C dan mengira
satu, dua dan tiga. Manalah  dia tahu apa yang
sebenarnya berlaku. Yang kanak-kanak seusianya dan
saya tahu ialah satu arahan berbunyi:-

 " jangan keluar rumah. Ada perintah berkurung."

Manakala Dr. M pula ketika itu mengalami nasib 
dipecat oleh Tunku kerana terlalu lantang bersuara
(orang muda yang sedang berdarah panas) . Dia terpaksa
menggunakan pentas PAS utk menyalurkan idealisma
perjuangannya. Inilah yang dikatakan kacang lupakan
kulit. 

Wassalam

KU MED


 Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff 
> Sedar dan Besarlah Hishammuddin
> 
> Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits
> Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan
> polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua
> Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang
> merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau
> Pinang pada 29 September 1999. 
> 
> Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober
> 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk
> Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober
> 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat
> jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan
> buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk
> ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di
> hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan
> seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya
> memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab,
> terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda
> UMNOnya. 
> 
> Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan
> yang tidak bertanggungjawab dalam memutar -belitkan
> keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan
> jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan
> buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun
> adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang
> di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal
> melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau
> hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir
> dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara
> tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan
> perkataan "serentak" (concurrent) dan
> menggantikannya dengan perkataan "berturutan"
> (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman
> penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap
> Datuk Harun. 
> 
> Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada
> pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan
> popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana
> Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan
> terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan
> menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku
> terhdapa Datuk Seri Anwar. 
> 
> Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr
> Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi
> Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah
> seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap
> masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di
> bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan
> terhadap negara. 
> 
> Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani
> menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah
> amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk
> Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan
> politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar.
> Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr
> Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini
> telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali
> tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai
> penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk
> membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau
> meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di
> bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa
> perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh
> Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu
> kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang
> sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei. 
> 
> Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara
> Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969.
> Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda
> UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya
> pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya
> bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda
> Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara
> besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan
> dari partipembangkang yang menang, pemuda Melayu
> telah merusuh. 
> 
> Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa
> tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah
> darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab
> terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa
> terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh
> kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO
> untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di
> bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah
> sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.
> 
> 
> Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus
> menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman
> untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa
> yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian,
> saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
> Datuk Hishammuddin serta mereka yang
> bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan
> palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya
> serta akibat dan kesan dari tindakan tidak
> bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti
> Datuk Harun. 
> 
> Hajjah Marina Yusoff 
> Naib Presiden, 
> Parti Keadilan Nasional 
> 11 Oktober 1999 
>   
> 
> 


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke