*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Tuan,

Pandangan dan ilmu tuan adalah sangat-sangat disanjungi. Malahan tidaklah
layak untuk hamba berbicara tentang hal ini kerana hamba tidak berilmu. Oleh
kerana itu hamba merasa keliru dengan apa yang diperkatakan oleh tuan. Dalam
membicarakan hadis-hadis samada hadis Qudsi atau lain-lainnya para ulama
biasanya akan menyatakan sekali sanad atau perawinya atau kesahihan hadis
tersebut. Kadang-kadang juga dinyatakan sekali sebab atau asal hadis
tersebut. Dengan ini hujah yang dinyatakan atau diutarakan itu jelas berada
pada apa yang disabdakan oleh Junjungan kita Rasulullah S.A.W dengan itu
kekeliruan dapat diperjelaskan. Islam adalah satu agama yang jelas dan
tepat.

Maaf kiranya mengguris hati tuan.

Bersama Mencari Keredhaan Allah.

> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
> Zakki
> Sent: Saturday, October 16, 1999 1:20 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Awal Ciptaan Makhluk (Manusia)
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum;
>
> Tajuk : Awal ciptaan makhluk (Manusia) dan Nur Muhammad, dan ia
> merupakan susulan dari e-mail / perbahasan Ilmu Martabat 7 dan yang
> berkaitan dengannya..
>
> Dibawah ini merupakan petikan dari Buku "Sirrul Asrar" oleh As-Syeikh
> Abdul Kadir Al-Jailani, muka surat 10 hingga 16.
>
> Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad
> saw.  Ia diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah.  Sebagaimana firman
> Allah di dalam hadis Kudsi "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat
> Ku".
>
> Nabi Muhammad saw, juga bersabda:
> "Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruh ku.  Dan yang pertama
> diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku.  Dan yang pertama diciptakan oleh
> Allah ialah qalam.   Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal".
>
> Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu iaitu hakikat
> Muhammad.
>
> Hakikat Muhammad di sebut "nur", kerana bersih dari segala kegelapan
> yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah
> "Telah datang kepada mu cahaya dan kitab penerang dari Allah".
>
> Hakikat Muhammad di sebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala
> sesuatu.  Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab
> perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam
> huruf pengetahuan yang tertulis).  Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni
> sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda
> Rasulullah saw:
> "Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku".
>
> Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam
> 'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki.  Itulah nama seluruh
> manusia di alam Lahut.  Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia.
> Allah menciptakan Arasy dari cahaya zat Muhammad saw.  Bagitu juga
> makhluk lain berazal dari zat Muhammad.
>
> Selanjutnya ruh-ruh di turunkan ke alam yang terendah, di masukan pada
> makhluk yang terendah iaitu jasad.  Sebagaimana firman Allah "Kemudian
> Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah"  Proses turunnya adalah
> setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka di turunkan ke alam Jabarut
> dan di balut dengan cahaya Jabarut.  Sebagai pakaian antara dua haram
> lapis kedua ini di sebut ruh 'Sultani'.
>
> Selanjutnya ia di turunkan lagi ke alam Malakut dan di balut dengan
> cahaya Malakut yang di sebut ruh 'Ruhani'.  Kemudian di turunkan lagi ke
> alam Mulki dan di balut dengan cahaya Mulki.  Lapis ke empat ini di
> sebut ruh 'Jismani'.
>
> Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana
> firman Allah:
> "Dari bumi aku mencipta kamu.  Kepada bumi aku mengembalikan mu.  Dan
> dari bumi pula lah aku mengeluarkan mu".
>
> Setelah terujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk  ke dalam
> jasad, maka ruh
> masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah:
> "Ku tiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad".
>
> Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam
> Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu"  Ruh menjawab,
> "Benar, engkau adalah Tuhan kami".
>
> Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke
> alam Lahut sebagai tempat asal.  Kerana itu, dan kasihnya Allah menolong
> mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan
> tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah "Berikanlah
> peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan
> antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut.  Lain halnya
> dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya
> di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan
> ini.
>
> Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan
> sampai ke alam asal mereka.  Kerana sedikitnya manusia yang mampu
> kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung
> Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam
> terang.  Ia di tulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka
> hatinya.  Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu
> dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah:
> "Katakanlah, Ini adalah jalan Ku.   Aku mengajak ke jalan Allah dengan
> pandangan yang jelas.  Aku dan para pengikut Ku".
>
> Nabi bersabda "Para sahabat ku seperti bintang-bintang, mengikut yang
> mana pun kamu akan mendapat petunjuk".
>
> Pada ayat tadi di jelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada
> Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut
> 'basyirah'.  Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada 'Mata Hati'
> bagi para aulia.  Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir
> saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang
> langsung dari Allah).  Sesuai dengan firman Allah "Kepada dia Ku berikan
> ilmu yang langsung dari Ku".
>
> Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah
> dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah
> berkomunikasi dengan alam lahut.
>
> Wahai saudara ku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan
> kembalilah kepada tuhan mu bersama golongan ahli ruhani.  Waktu sangat
> sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri
> asal (Alam Lahut).
>
> Wassalam
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Zakki <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Saiful Anuar <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke