*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Tuan,
Selamat Berjumpa lagi. Semoga sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan
Illahi. Terima kasih diatas ingatan dan teguran tuan tersebut. Maaf atas
kesilapan itu, semuanya adalah akibat kelemahan saya. Cuma saya tidak dapat
menerima cerita-cerita yang seakan-akan cerita -cerita Israiliyat.
Lebih-lebih lagi daripada hadis-hadis yang tidak dinyatakan sumbernya.
Bukanlah saya menidakkan kealiman dan keabidan para ulama dan para wali,
tetapi apa yang saya takutkan kita akan mengamalkan ilmu-ilmu yang membawa
akibah yang buruk kepada hidup dan mati kita. Kita kena ingat bahawa semua
ilmu yang kita tuntut dan pelajari samada ilmu-ilmu yang baik atau ilmu-ilmu
yang buruk itu akan diambilkira untuk dihitung di akhirat kelak dengan
balasan yang sewajarnya.
Bukan itu sahaja malahan seluruh kehidupan kita ini akan diambilkira untuk
ke akhirat kerana sebagai makhlukNya kita sentiasa di bawah pengawasannya.
Tidak ada satu masapun di mana kita terlepas daripada penghitungannya.
Oleh itu memang tidak salah ilmu dituntut, tetapi apa dituntut, bagaimana
menuntut dan di mana menuntut adalah perkara-perkara yang perlu diambilkira
oleh kita. Rasulullah telah menggariskan melalui hadis-hadis sahihnya
sebagai menerangkan lagi isi Al Quran yang mulia lagi benar itu.
Sekian perbincangan saya untuk kali ini. Semoga jumpa lagi.
Bersama Mencari Keredhaan Allah.
> -----Original Message-----
> From: zakki [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Saturday, October 16, 1999 12:21 PM
> To: 'Saiful Anuar'
> Cc: 'Hizb@Hizbi. Net'; '[EMAIL PROTECTED]'
> Subject: RE: H-Net* Awal Ciptaan Makhluk (Manusia)
>
>
> Maaf saudara, di harap dapat perbetulkan ayat saudara yang berikut:
> "Pandangan dan ilmu tuan .................
>
> Perlu di fahami, ia bukan pandangan dan ilmu dari saya. Saya sekadar
> menyampai dan memberitahu kepada anda semua yang ada dalam network ini,
> untuk bersama-sama berkongsi "ilmu yang saya temui" serta untuk
> bertukar-tukar fikiran dan pendapat daripada orang lain dalam network ini
> yang lebih arif, bijaksana dan berilmu. Dan mereka-mereka inilah di
> harapkan dapat memberi maklumat tambahan.
>
> Cuma apa yang nak saya beritahu, sebahagian dari maklumat di
> dalam sedutan
> dari buku tersebut, telah pun saya temui dari buku-buku yang
> lain, dan saya
> merasai dan fahami, serta sesungguhnya ia ada kebenarannya dan boleh di
> terima. Apatah ia seorang Wali Allah yang amat dikenali, pengalaman dan
> pengetahuan beliau, tidak sama malah terlalu amat jauh berbanding dengan
> kita ini.
>
> Tak salah untuk kita mencari dan menambah ilmu, bukan kah ilmu Allah itu
> terlalu amat luas, sehingga berakhirnya kita berada di alam dunia (bumi)
> ini pun, kita tidak dapat mengambil semunya, malah apabila kita berpindah
> ke alam berikutnya iaitu alam barzah, kita akan temui pula suatu
> pandangan,
> pengalaman dan ilmu yang baru. Namun pada saat itu, apa yang nak di
> katakan lagi. Kita sudah tidak boleh balik kebelakang iaitu ke bumi.
> Allah beri masa hanya ketika kita berada di bumi ini saja.
>
> Bukankah mencari dan menambah ilmu itu juga jihad.
>
> Wassalam
>
> -----Original Message-----
> From: Saiful Anuar [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, October 14, 1999 7:58 PM
> To: Zakki Mohamed
> Cc: Hizb@Hizbi. Net; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: RE: H-Net* Awal Ciptaan Makhluk (Manusia)
>
> Assalamualaikum Tuan,
>
> Pandangan dan ilmu tuan adalah sangat-sangat disanjungi. Malahan tidaklah
> layak untuk hamba berbicara tentang hal ini kerana hamba tidak berilmu.
> Oleh
> kerana itu hamba merasa keliru dengan apa yang diperkatakan oleh tuan.
> Dalam
> membicarakan hadis-hadis samada hadis Qudsi atau lain-lainnya para ulama
> biasanya akan menyatakan sekali sanad atau perawinya atau kesahihan hadis
> tersebut. Kadang-kadang juga dinyatakan sekali sebab atau asal hadis
> tersebut. Dengan ini hujah yang dinyatakan atau diutarakan itu
> jelas berada
> pada apa yang disabdakan oleh Junjungan kita Rasulullah S.A.W dengan itu
> kekeliruan dapat diperjelaskan. Islam adalah satu agama yang jelas dan
> tepat.
>
> Maaf kiranya mengguris hati tuan.
>
> Bersama Mencari Keredhaan Allah.
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Saiful Anuar <[EMAIL PROTECTED]>