*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamua'laikum;

ILMU TASAWUF
(sebagai maklumat tambahan)

Pertama:
Rujukan dari Buku Terjemahan Al-Hikam (Pendekatan Abdi Pada Khalidnya), oleh
Ustaz H.Salim Bahreisy.
Muka surat 5 - 6:

Ada pun ilmu tasawuf yang dahulunya atau hakikatnya di kenali sebagai ilmu
tauhid adalah untuk mengenal Allah adalah termasuk ilmu terbesar dan tertinggi,
sebab ia sebagai intisari dari syariat, bahkan menjadi sendi utama dalam Islam.

Mengikut AlJunaid, ada pun definasi ilmu tasawuf (tauhid), bermaksud:
a) Mengenal Allah, sehingga diantara (hubungan) kamu dengan Allah, tidak ada
perantara.
b) Melakukan semua akhlak yang baik menurut sunnaturrasul dan meninggalkan semua
akhlak yang rendah (buruk).
c) Melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah.
d) Merasa tiada memiliki apa pun, juga tidak di miliki oleh sesiapa pun kecuali
Allah.

Ada pun caranya : ialah mengenal  asmaa' Allah dengan penuh keyakinan sehingga
menyedari sifat-sifat dan af'aal Allah di alam semesta ini.

Ada pun gurunya : ialah Nabi Muhammad saw, yang telah mengajar dari tuntutan
wahyu dan melaksanakannya lahir dan batin sehingga di ikuti oleh para
sahabat-sahabat nya.

Ada pun manfaatnya : ialah mendidik hati sehingga mengenal zat Allah, sehingga
berbuah kelapangan dada dan bersih hati dan berbudi pekerti yang luhur
menghadapi semua makhluk.

Kedua:
Rujukan buku Sirrul Asrar oleh As-Syeikh Abdul Kadir Jailani.
Muka surat 65 - 69:

Seseorang di sebut sebagai 'Ahli Tasawuf' apabila ia sudah membersihkan batin
nya dengan cahaya Ma'rifat dan Taihid.

Tasawuf terdiri dari 4 huruf iaitu Ta - Syad - Wau - Fa.
Huruf 'Ta' di ambil dari taubat, yang terbahagi kepada 2 iaitu Taubat Zahir dan
Taubat Batin.  Taubat Zahir adalah manusia yang kembali dengan seluruh badan
lahiriahnya dari dosa dan sifat tercela kepada taat dan dari menentang perintah
kepada taat dalam perkataan (sebutan) mahupun perbuatan.  Taubat Batiniyah ialah
manusia meningkatkan diri dari taat terhadap aturan kepada pembersihan hati.

Huruf 'Syad' diambil dari lafaz syafa'un, bererti bersih, iaitu bersih hati dan
bersih rasa. Bersih hati ialah orang yang membersihkan hatinya dari kekotoran
manusia (sifat basyariah) seperti syahwat yang di dorong oleh hati seperti
banyak makan, minum, tidur dan bercakap, menyenangi benda-benda dunia seperti
usaha berlebihan, bersetubuh berlebihan dan juga berlebihan dalam menyintai anak
dan keluarga.   Bersih rasa ialah dengan menjauhi segala sesuatu selain Allah
dan menyintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lisan
rasa di dalam rasa.

Huruf 'wau' di ambil dari lafaz wilayah, untaian dari tasfiyah (pembersihan).
Surah Yunus, ayat 6 "Ingat lah, sesungguhnya para wali Allah itu tidak ada
kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".
Mereka mendapat khabar gembira di dunia dan akhirat dan mendapat 'wilayah' iaitu
berakhlak dengan akhlak Allah.  Rasulullah ada bersabda "Berakhlak lah kamu
sekalian dengan akhlak Allah".

Huruf 'Fa' di ambil dari lafaz fana bererti peleburan diri pada Allah. Apabila
seseorang solih telah melebur diri dalam sifat basyirahnya, maka yang tinggal
adalah sifat ahadiyat iaitu sifat Allah yang tidak akan rosak atau hilang.

Ketiga:
Rujukan buku 'Mengenal Diri melalui rasa hati' dan buku 'Aqidah Mukmin Siri 1',
yang di tulis bakal ketua negara Melayu/Islam Nusantara.

a) Buku Mengenal Diri melalui Rasa Hati
Syariat Lahir di sebut syariat.  Syariat Batin di sebut Hakikat.  Allah
menetapkan bahawa lahir untuk diamalkan oleh jasad lahir, manakala syariat batin
adalah untuk di amalkan oleh batin iaitu roh.  Sesuai dengan lahir batin kita
yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib di
laksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan semua keadaan.
Kedua-dua sama penting dan saling memerlukan ibarat isi dengan kulit pada
buah-buahan.  Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu.
Bagitu juga hubungan antara syariat dan hakikat.  Kedua-dua saling isi mengisi
dan perlu memerlukan.  Kalau bersyariat saja (kulit sahaja, tanpa isi), ia tidak
membawa erti apa-apa pada Allah.  Jika kita berhakikat saja (isi tanpa kulit),
maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah.

Berkata Imam Malik "Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf, maka ia
jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah, maka ia kafir
zindik"
Ertinya kita mesti amalkan kedua-duanya iaitu syariat dan hakikat.

b) Buku Aqidah Mukmin Siri 1
Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting boleh di bahagikan
kepada 3 bahagian:
- Usuluddin (aqidah)
- Feqah (syariat)
- Tasawuf (akhlak)
Dalam pengamalan harian, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara
serentak ketiga-tiga ilmu tadi, samada dari segi teori mahupun praktikal.

Dari ketiga-tiga ilmu tadi, tapak atau asas (foundation) nya adalah Ilmu
Usuluddin.  Diatas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang
Islam, maka di tegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf).

Sekian. Sehingga bersua di lain kali.
Wassalam

Osman wrote:

>
> Mengatakan bahawa tasawuf itu "bersumber dari acuan islam,
> kristian,yahudi, budha, hindu, majusi, syiah dan parsi" ialah
> satu fitnah. Memang, kesemua yang di bawah itu adalah fitnah
> yang direka oleh pendukung-pendukung Wahabi.
>
> Saya terjumpa satu laman baru baru-baru ni yang menceritakan
> sedikit tentang sufi, yakni tasawuf. Saya tak pasti
> latarbelakang laman ini, tapi nampaknya ia dibina menggunakan
> sumber-sumber Islam. Saya rasa ianya bagus sebagai pengenalan
> kepada tasawuf.
>
> Sila ke
> http://www.arches.uga.edu/~godlas/Sufism.html
>
> Sekian.
>
> http://islam.catwise.com
>
> Osman Mia
>
> -----Original Message-----
> From:    Al- Salafi
> Sent:    Thu, 30 Sep 1999 08:23:05 PDT
>
> "Maaf setahu saya, tasauf ini mengajar bab bagaimana nak bersihkan hati, nak
> ikhlas dlm amal, nak dapatkan sifat sabar atau dengan kata lain, nak
> dapatkan sifat2 mahmudah dan buang sifat2 mazmumah.. ini macam perbandingan
> antara satu fahaman yg sesat dengan yg tidak sesat..  sesatkan belajar ilmu
> tasauf? laaa..kalau ilmu tasauf sesat, ilmu apa yg tidak sesat?.
> boleh perjelaskan kan..."
>
> Assalamulaalaikum saudara,
>    Ilmu apa yang tak sesat? Ilmu yang takkan sesat dan aakan dijaga oleh
> Allah sampai Kiamat ialah AlQuran dan sunnah Rasulullah SAW. Dan standard
> ilmu itu ataupun piawai ialah apa yang telah dilakukan oleh para golongan
> salaf ( para sahabat, tabiee dan tabiaat). Apa yang diorang tak buat pada
> masa mereka, tak boleh ada pasa masa sekarang. Dahulu, diorang tak pernah
> buat ilham, mimpi dan kasyaf sebagai sumber hujjah dalam deen, so semua itu
> tidak boleh digunakan lagi dan ini adalah bidaah. Dahulu diorang tak pernah
> mengucapkan kata2 shirik seperti "Ana AlHaq", so selepas tu tak boleh lagi
> kata ( tapi Mansur Al Haj Laknatullah kata!).
>    Point sekarang ialah jikalau kita mahu berada dalam siratulmustaqim, kita
> KENA JADIKAN JALAN PARA SALAF ( sahabat, tabieen dan tabiaat) sebagai
> standard piawai kita! Perlu diingat bahawa jalan siratulmustaqim ialah SATU
> SAHAJA. Tak boleh dua, tak boleh tiga. So,  sufi/tasauf dah out... shiah pun
> out... murjiah out.. muktazilah out.. khawarij out.. bahai out... qadari
> out... batinaih out.. semua out!
>    Macam mana kita nak tahu kita ikut jalan siratulmustaqim? Senang
> sahaja... Jalan siratulmistaqim ialah jalan apa yang base AlQuran, hadis
> SOHEH Rasulullah SAW, dan juga aathar sahabat RA dan juga kata2 ulamak
> Rahimatullah yang mejadikan STANDARD PIAWAI mereka ialah para salaf. Selain
> daripada tu, out...
>
> >> > ibnu muhajir wrote:
> > >
> > >> > salam,
> > >
> > > senarai di bawah ni adalah perbandingan aqidah antara ahli sunnah wal
> >jamaah
> > > (ASWJ) dan tasauf - rumusan hasil dari kajian para doktor2 dan pakar2
> >dlm
> > > bidang sunnah dan tasauf.
> > >
> > > 1. sumber rujukan.
> > >
> > > ASWJ - berpegang kpd alQuran & sunnah , beramal mengikut metod
> >salafussoleh
> > >
> > > Tasauf - bersumber dari acuan islam, kristian,yahudi, budha, hindu,
> >majusi,
> > > syiah dan parsi
> > >
> >
> >
> >    ye ke tasauf berasal dari kristian,yahudi? budha...
> >
> >
> > > 2. metod memahami Quran & sunnah
> > >
> > > ASWJ - memahami menurut kefahaman para sahabat dan bahasa arab asli,
> >menurut
> > > ilmu hadith
> > >
> > > tasauf- quran & hadith difahamai menurut zahir dan batin mereka,
> >menghancurkan
> > > sanad2 hadith, menshahihkan hadith2 dhaif, maudhu', mungkar dgn cara
> >kasyaf
> >
> >
> > >
> > > 3. aqidah & syariat
> > >
> > > ASWJ - islam adalah aqidah & syariat, utk seluruh manusia
> > >
> > > tasauf - islam adalah syariat & hakikat, syariat adalah zahir dan
> >hakikat adalah batin, setiap ajaran ditafsirkan secara zahir & batin.
> > >
> > > 4. sumber ilmu
> > >
> > > ASWJ - alquran & sunnah
> > >
> > > tasauf - ilmu laduni yg dianggap terus datang dr Allah tanpa perantaraan
> >-
> > > melalui kasyaf.
> > >
> >
> >     tasauf tidak bersandarkan kepada al-quran dan hadith ke?
> >   kasyaf setahu saya, bukan sumber hukum dlm Islam.
> >
> >
> >
> > > 5. maqam tertinggi
> > >
> > > ASWJ - ihsan - melalui amalan dan ketaatan kpd Allah
> >
> >     camana nak sampai maqam ihsan? apa kah amalan yg membolehkan seseorg
> >itu capai makam ihsan, sembahlah Allah seolah2 kamu nampak Allah, dan kalau
> >kamu tidak nampak Allah, yakinler Allah nampak kamu.. camana nak rasa Allah
> >nampak kita?.. dan yg lebih tinggi, bolehkan kita nampak Allah. kalau boleh
> >nak lihat dgn mata kepala atau mata hati?.
> >
> >
> > >
> > > tasauf - alhulul & ittihad adalah maqam yg ingin dicapai oleh org sufi.
> >Diri
> > > mrk lebur atau larut bersama zat Allah. Allah adalah dia dan dia adalah
> >dia
> > > dan dia adalah Allah. Mereka dan Allah adalah sama taraf kedudukan.
> > >
> >      apakah ini ajaran tasauf yg dibawa oleh Imam Ghazali rah.
> >yg mengatakan Allah = manusia. ?
> >
> >
> >
> > > 6. kedudukan Allah
> > >
> > > ASWJ - Allah berada di atas Arasyh dgn cara yg layak tanpa menyerupai
> >makhluk
> > > sebagaimana yg dijelaskan dlm quran dan hadith shahih
> > >
> > > tasauf - alhulul & ittihad menjuruskan sufi kpd fahaman wahdatul wujud
> >iaitu
> > > tidak ada di alam semesta ini melainkan Allah wujud padanya.
> > > (berkata Bahauddin al Baithar ;"tidaklah anjing & babi itu melainkan
> >sembahan
> > > kita, dan tidaklah Allah itu melainkan rahib2 dlm gereja")
> > >
> > >
> > >
> >      sapa Bahauddin al-Baithar itu?
> >
> >




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zakki <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke