*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum kepada semua warga hizbi.

Saya ingin memberikan pandangan saya berkenaan kemelut politik di negara
kita ini.

Ramai org tua- muda hangat memperkatakan isu politik, Mahathir,Anwar dan
macam macam lagi.
Saya dibesarkan dlm kelompok UMNO di mana arwah datuk saya adalah angkatan
pertama yang membawa bendera UMNO tatkala zaman Onn Jaafar, ibu saya juga
adalah bekas Ketua wanita UMNO di bahagian Batu Pahat dan bapa saudara saya
masih lagi menjawat jawatan penting di dlm organisasi UMNO. 

Telah 28 thn saya hidup di bumi Allah ini dan apa yang saya dapat
perhatikan adalah pertumbuhan, kemajuan negara yang telah dibangunkan di
zaman permerintahan UMNO sebagai kerajaan pusat.Alhamdulillah. Tiba tiba
saya dikejutkan dengan berita saudara Anwar dipecat dihukum dengan alasan
yang cukup jelek. Saya terduduk.. Betulke?? Ye ke??

Kemudian saya mengikuti sejarah perbicaraannya.. Sungguh mengecewakan. Hari
demi hari, saya dapat perhatikan bahawa rakyat mula menentang kerajaan
UMNO,menentang pucuk pimpinan parti.

Persoalannya sekarang adakah UMNO bersalah??

UMNO diterajui oleh persident, naib president dan ahli ahli parlimennya.
Pada pandangan saya UMNO cumalah sebuah kerajaan parti yang dahulukalanya
diterajui oleh pahlawan negara yang menjadi contoh kepada rakyat, tetapi
sekarang iannya telah dipimpin oleh seorg diktator yang mahukan segala
galanya sehingga lupa bahawa hari makin senja..

Saya cukup tertarik dengan tulisan dr salah seorg netter di dlm email ini,
yg mengatakan kita semua ini ibarat menaiki bas express, tetapi bas itu
telah membawa penumpang denagn cara berbahaya.. jadi kita cuma perlu
tukarkan driver bas dan kelidannya sahaja.. Bas tetap sama.. masih bas
express yang itu jugak. Samalah juga iramanya dengan politik di dilm UMNO,
disebabkan seorg dua yang membawa `bas' dengan cara yang amat berbahaya
ianya telah mengancam keselamatan `penumpangnya'. Dan paling menyedihkan
sekali `pemandu bas' itu telah memegang tiket bas dan jika didapati sesiapa
yg membantah cara ianya memandu penumpang itu tentunya dihumban keluar dari
bas itu. Amat Menyedihkan....

Saya berada di persimpangan di mana saya amat buntu untuk membuat keputusan
yang tepat, Saya perlukan org yang boleh tegakkan pandangan beliau di
persada antarabangsa mengenai ekonomi seperti Mahathir,org yang boleh
bersuara yakin didlm membahaskan isu industri seperti Rafidah. Kemudian
saya terfikir semula adakah org seperti itu di dalam kerajaan Pas dan parti
alternatif yang lain. Saya juga terfikir bolehkah Nik Aziz membahaskan isu
isu kemelut ekonomi di dlm persidangan antara bangsa? Saya masih di dlm
kesamaran...

Saya adalah anak kecil yang masih tercari cari jawapan didlm soalan saya
ini. Pastinya saya tidak mahu melihat UMNO terus terusan bernasib sebegini
yang hanya dimonopolikan oleh org2 tertentu, apa yg saya idamkan adalah
UMNO dipimpin oleh org yg boleh tegakkan undang2 negara justera undang2
Islam, yang mahir didlm bidang ekonomi, yang boleh bersikap adil dan
saksama,yang boleh manjadikan motto `bersih,cekap dan amanah' sebagai
landasannya.

Ini adalah pandangan saya yang masih amateur di dlm bidang politik tanah
air. Tiada niat bagi saya utk menyentuh peribadi seseorg..diharapkan tiada
siapa yg ambil hati..

masih tercari cari.....



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: juliana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke