*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN????
JAHILKAH MAHATHIR SEHINGGA KAWAN-KAWANNYA TAK TAHU JUDI ITU HARAM???
JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN RAKYAT LEKA DENGAN KEMEWAHAN YANG 
BERLEBIHAN??????
JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN RAHSUAH BERLELUASA.???
JAHILKAH MAHATHIR KERANA MINUM ARAK ITU MENJADI KEBIASAAN????
JAHIL DAN SERIBU LAGI JAHILKAH KITA MEMBIARKAN INI BERLAKU DINEGARA 
KITA??????????LALU SIAPA YANG JAHIL?????????TANYALAH DIRI KITA?????



>From: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "hizb hizbi.net" <[EMAIL PROTECTED]>, "uk hizbi.net" <[EMAIL PROTECTED]>,       
>  "usa hizbi.net" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?
>Date: Sat, 30 Oct 1999 04:49:45 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pemikiran Agama Perdana Menteri*
>
>SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?
>
>KALANGAN mereka tidak suka dan menentang Perdana
>Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah terdiri
>dari kalangan puak pembangkang terutama Parti Islam
>Se-Malaysia (Pas). Mereka menganggap beliau jahil
>agama.
>
>Malah ada yang menuduh Dr. Mahathir sekular dalam erti
>kata sekular Barat dan kafir dalam erti kata lain
>tidak beragama.
>
>Kerana dianggap jahil agama itulah yang menyebabkan
>ada kalangan para ulama Pas menuntut Dr. Mahathir
>supaya pergi belajar agama semula di IKIM seperti
>disuarakan oleh Timbalan Presiden Pas, Abdul Hadi
>Awang.
>
>Hakikatnya mereka yang menuduh Dr. Mahathir itu
>sebenarnya yang jahil agama tentang pemikiran agama
>yang menjadi falsafah dan pegangan Dr. Mahathir.
>
>Adalah amat menyedihkan sekali ketika golongan intelek
>di negara-negara Barat, Arab, Afrika, Amerika Latin,
>Jepun dan lain-lain membuat kajian dan penyelidikan
>terhadap pemikiran Dr. Mahathir termasuk mengenai
>agama, tetapi terdapat kalangan orang Islam di
>Malaysia ini masih buta tentang pemikiran pemimpin
>tersohor negara yang disanjung tinggi di dunia ketiga
>itu.
>
>Sesetengah negara Islam turut mempelajari bagaimana
>Malaysia berjaya membangunkan ekonomi dan mentadbir
>negara yang bermasyarakat majmuk dengan jayanya. Malah
>sesetengah negara Islam itu menjadikan Malaysia
>sebagai model mereka.
>
>Amat malang sekali terdapat kaum intelek agama di
>negara sendiri berusaha keras untuk menghapuskan nama
>baik Dr. Mahathir termasuk dalam pemikiran agama.
>
>Pada waktu yang sama mereka pula mengagung-agungkan
>tokoh pemikiran agama dari puak pembangkang di luar
>negara yang tidak pernah berjaya dalam perjuangan
>mereka. Mereka tidak mempunyai sebarang pengelaman
>dalam pemerintahan dan pembangunan negara kerana tidak
>pernah berkuasa atau sentiasa menjadi pembangkang
>setiap masa. Malah idea-idea mereka pun tidak begitu
>laku di negara mereka secara khas dan negara-negara
>Arab secara keseluruhannya.
>
>Sebenarnya telah menjadi trend di kalangan mereka yang
>berada dalam pelbagai pergerakan agama di negara ini
>mengagung-agungkan tokoh agama dan ulama luar negara,
>apatah lagi dari negara Arab daripada negara sendiri.
>
>Padahal ada juga tokoh agama yang mereka agungkan itu
>bukan pun tokoh agama atau ulama. Malah kebanyakan
>tokoh agama dan ulama luar tersebut bukan saja menjadi
>pembangkang, tetapi menjadi pemberontak juga.
>
>Mulakan langkah
>
>Sebenarnya kita mesti jujur dalam menilai pemikiran
>Dr. Mahathir dari segi agama tanpa campur aduk dengan
>sepak terajang politik. Karya terbaik beliau yang
>membolehkan anda memulakan langkah untuk mengenali
>pemikiran agama Dr. Mahathir ialah apabila membaca
>buku hasil karya beliau berjudul Menghadapi Cabaran
>dalam bahasa Melayu atau The Challenge dalam bahasa
>Inggeris.
>
>Buku ini merupakan kumpulan karya Dr. Mahathir yang
>dihasilkan pada waktu yang berlainan dan dicetak kali
>pertama pada tahun 1976, iaitu sebelum beliau menjadi
>Perdana Menteri lagi.
>
>Profesor Muchtar Lintang yang merupakan pensyarah
>Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan
>Malaysia (UKM) pada tahun 1976 menulis kata pengantar
>buku Menghadapi Cabaran dengan berkata: "Saya gembira
>pula melihat penulis buku ini berminat besar memahami
>Islam. Memang sepatutnya demikian. Islam bukanlah
>wakaf buat segolongan kaum Muslimin saja. Tetapi
>tiap-tiap Muslimin wajib mempelajarinya dan
>memahaminya dengan sebaik- baiknya.
>
>"Ilmu-ilmu yang dianggap sekular pun bukan pula wakaf
>buat segolongan lain. Bibit-bibit ilmu itu,
>sebagaimana dinyatakan penulis buku ini (Dr.
>Mahathir), adalah berasal dari kaum Muslimin."
>
>Muchtar Lintang menyamakan Dr. Mahathir dengan Haji
>Agus Salim, Muhammad Natsir, Prof Dr. Haji Ali Akbar
>di Indonesia dan Datuk Patinggi Dr. Haji Abdul Rahman
>Yaakub di Malaysia yang mendapat pendidikan sekular,
>tetapi mewajibkan diri masing-masing mempelajari
>Islam.
>
>Mereka, menurut Muchtar Lintang, tidak kurang daripada
>ulama-ulama yang ada.
>
>Untuk menyelami pemikiran agama Dr. Mahathir, tidak
>dapat tidak kita mesti bermula pada pendahuluan
>bukunya. Beliau berkata, perbincangan beliau dalam
>buku itu menyentuh tiga perkara, iaitu orang Melayu,
>agama dan politik mereka.
>
>Dalam kata lain, buku itu membincang mengenai
>nasionalisme, agama dan fahaman politik yang beliau
>percaya merupakan tiga kuasa utama yang menjadi
>penggerak masyarakat manusia.
>
>Tidak ragu lagi orang yang waras fikiran boleh menilai
>bahawa apa yang diperjuangkan oleh Dr. Mahathir yang
>telah berhasil dan sudah dapat dinikmati hasilnya itu
>tidak lari dari landasan agama. Ini kerana apa yang
>disebut oleh beliau sebagai nasionalisme Melayu bukan
>asabiah jahiliyyah dan dasar politik yang dilaksanakan
>sejak beliau memerintah 18 tahun lalu adalah tidak
>bercanggah dengan agama seperti yang cuba digambarkan
>oleh Pas.
>
>Dr. Mahathir menegaskan mengapa beliau memberi tumpuan
>kepada tiga kuasa penggerak utama itu. Beliau berkata,
>kerana bangsa Melayu menghadapi cabaran yang besar di
>zaman moden ini.
>
>Menurutnya, sama ada orang Melayu akan berjaya
>menghadapi cabaran atau tidak adalah bergantung kepada
>pengertian yang mereka faham tentang peranan dan kesan
>ketiga kuasa itu.
>
>"Tidak keterlaluan jika dikatakan kesalahan dalam
>memahami atau mengguna kuasa-kuasa ini boleh melemah,
>bahkan menghancurkan bangsa mereka (Melayu) sendiri.
>
>"Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti
>Babylonia, Assyria, Macedonia, Carthargenia yang
>begitu kuat dan maju jaya telah hilang dari muka bumi
>ini. Sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang
>Melayu akan lebih mudah hapus jika mereka kurang faham
>tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan, kerana
>terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu."
>
>Amaran Dr. Mahathir ini masih relevan dengan suasana
>politik negara kini walaupun bukunya telah ditulis
>pada tahun 1976, di mana campur tangan luar bukan lagi
>berlaku secara sembunyi, tetapi berlaku secara
>terang-terang. Kumpulan-kumpulan agama tertentu turut
>diperalatkan secara tidak langsung oleh pihak luar
>itu.
>
>Dalam pendahuluan yang sama Dr. Mahathir menyebut
>tentang orang Islam yang diperalatkan oleh musuh
>agama. Beliau bercerita, dalam sebuah majlis seorang
>pensyarah dengan berani menyebut ayat-ayat al-Quran,
>hadis dan sejarah Islam untuk menyokong pendapatnya
>bahawa orang Melayu patut bertindak supaya pemimpin
>sebangsa dan seagama dengan mereka dapat dibunuh
>dengan mudah oleh komunis.
>
>Dr. Mahathir berkata, syarahan pensyarah itu secara
>langsung menjadikan Islam sebagai alat musuh Islam dan
>musuh orang Melayu.
>
>Ini juga yang sedang berlaku di sebalik tabir dengan
>Pas dan puak reformasi sekarang.
>
>Dr. Mahathir mempertikaikan terjemahan dan tafsiran
>sebuah hadis yang terkandung dalam sebuah buku.
>
>Hadis itu ialah La taa'ata limakhluuqin fii ma'siati
>al-khaaliqi.
>
>Penulis buku tersebut menterjemah maksudnya sebagai
>"Jangan ditaati kepada seorang makhluk yang
>bergelumang dengan maksiat terhadap khaliq (Allah)."
>
>Dr. Mahathir berkata, sepatutnya hadis termaksud
>diterjemahkan begini: "Janganlah (tidak boleh) taat
>kepada makhluk dalam membuat maksiat kepada Tuhan."
>
>Begitu sekali Dr. Mahathir teliti dalam pemahaman
>agama sehingga penulis membuat kesilapan dalam membuat
>terjemahan dan tafsiran terhadap hadis itu dapat
>dikesan dan diperbetulkan oleh beliau.
>
>Terjemahan hadis dan al-Quran yang menyeleweng masih
>berlaku di hari ini. Sesetengah dilakukan secara
>sengaja seperti menganggap Allah pun mencarut dalam
>al-Quran di mana Dr. Mahathir mencabar siapa saja yang
>dapat membuktikan terdapat ayat memperuntukkan perkara
>itu, beliau akan membayar RM100,000.
>
>Bagaimanapun, Dr. Mahathir menjelaskan bahawa
>pendapat, ayat-ayat al- Quran dan hadis yang
>terkandung dalam buku beliau itu telah dibincang dan
>dibahas khusus dengan beberapa orang yang
>berpengetahuan dalam bidang agama.
>
>Tetapi apa yang menarik pada pendirian Dr. Mahathir
>berhubung pemikiran agama yang digarap dalam buku itu
>ialah beliau menerima sesiapa yang tidak setuju dengan
>beliau dan mengalu-alukan sebarang kritik terhadapnya.
>
>
>Beliau berkata, mungkin ada alim ulama yang tidak
>setuju dengan pendapat dan terjemahan atau tafsiran
>yang terdapat dalam buku berkenaan.
>
>"Tetapi penulis (Dr. Mahathir) ingin menegaskan bahawa
>dalam semua yang ditulis, tidak ada tujuan atau niat
>untuk sengaja mengelirukan. Mereka yang lebih cekap
>bolehlah terang-terang mengulas dan menentang apa yang
>telah diperkatakan asalkan mereka juga tidak ada niat
>untuk sengaja membahas atau mengelirukan."
>
>Masalah nasional
>
>Beliau menerangkan apa tujuannya menulis buku
>Menghadapi Cabaran yang menurutnya adalah berkenaan
>orang Melayu dan untuk orang Melayu. Matlamatnya ialah
>supaya orang Melayu pada zaman moden yang tinggal
>dalam masyarakat majmuk dapat menyesuaikan diri dan
>bersaing sesama sendiri dan dengan orang lain.
>
>Dr. Mahathir yang menganggap diri sebagai pelampau
>Melayu merumuskan bahawa masalah orang Melayu di
>Malaysia adalah masalah nasional dan bukan masalah
>kaum.
>
>Beliau menganggap kejayaan mereka atau kegagalan
>mereka akan melibatkan semua kaum lain di negara ini.
>
>Penulis ingin menarik perhatian bahawa orang-orang Pas
>yang menuduh Dr. Mahathir jahil agama cuba
>bandingkanlah buku Menghadapi Cabaran dan karya-karya
>beliau yang lain yang membincangkan pelbagai isu
>pemikiran Islam dengan karya-karya pemimpin mereka
>yang bergelar ulama itu.
>
>Dr. Mahathir membincangkan pelbagai isu agama dalam
>karya-karya beliau dalam usaha membaharui pemikiran
>agama di kalangan orang Islam terutama orang Melayu.
>Dengan itu pandangan yang dibentangnya merupakan
>pandangan baru, original dan sesuai dengan zaman ini.
>
>Sedangkan pandangan yang dibentangkan ulama Pas dalam
>beberapa buku
>
>yang boleh dibilang dengan jari itu merupakan
>pandangan lapuk yang dikumpul dari kitab-kitab lama
>atau kitab-kitab yang dihasilkan dalam lingkungan
>berbeza dari negara ini termasuk kitab-kitab karya
>Sayed Qutub.
>
>Kebanyakan pandangan yang terkandung dalam kitab-kitab
>seperti itu dianggap kurang relevan dengan Malaysia.
>
>Lebih menarik lagi, kebanyakan buku ulama Pas yang
>berada dalam pasaran bukan dihasilkan oleh mereka
>sendiri, tetapi disusun oleh beberapa orang penulis
>dan penyusun buku khas. Para penulis dan penyusun buku
>itu menyalin kuliah dan ceramah para ulama Pas.
>Kemudian dibukukannya dan dijual atas nama para ulama
>Pas berkenaan.
>
>Buku-buku seperti itu tidak bermutu, tidak berwibawa
>dan tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah kerana
>biasanya pandangan-pandangan yang terkandung di
>dalamnya adalah pandangan yang cetek dan tidak matang
>kerana ia merupakan ceramah ketika memberi kuliah
>kepada orang awam. Kadangkala ia berciri latah.
>
>Buku-buku yang bermutu dan berwibawa adalah buku yang
>dihasil melalui proses dialektika pemikiran yang
>sangat lama dan mendalam. Begitulah Dr. Mahathir
>menghasilkan buku-buku beliau yang berciri pemikiran
>itu.
>
>Pokoknya penulis berani mencabar bahawa hanya sebuah
>buku Dr. Mahathir Menghadapi Cabaran itu tidak dapat
>dibandingkan dengan mana-mana karya ulama-ulama Pas
>yang ada di pasaran kini.
>
>Tidak percaya cubalah baca dan buat perbandingan
>sendiri. Tidakkah mereka berasa malu kerana menganggap
>Dr. Mahathir jahil agama? Siapa sebenarnya yang jahil?
>
>
>*Diubahsuai dari rencana yang disiarkan dalam Bicara
>Agama, Mingguan Malaysia, 11 07 1999
>
>
>=====
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pewiiiiiiiiiittttttttttt jeng jeng jeng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke