*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PENGENALAN
Nurul Izzah merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim(DSAI), bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Datin Seri
Wan Azizah (DSWA), Pengerusi Penaja ADIL dan sekarang Presiden Parti
Keadilan Nasional ( KeADILan). Sejak 2 September 1998 iaitu pada tarikh
DSAI dipecat daripada kabinet dan Timbalan Presiden UMNO, Nurul izzah
mula memain- kan peranan penting sebagai seorang anak solehah
sehingga dia mendapat jolokan dengan 'Puteri Reformasi' di kalangan
penyokong reformasi yang ditaja oleh DSAI. Bukanlah satu tugas yang
mudah bagi gadis remaja yang baru mencecah usia 19 tahun. DSAI yang
dipecat kerana salahlaku seks yang didakwa (lebih tepat lagi
difitnah,
kerana tidak membawa saksi) oleh PM, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammed
bukan sahaja dapat membunuh karier politik beliau tetapi lebih teruk
lagi
apabila kospirasi yang ingin menjatuhkan beliau itu melibatkan maruah
kelurga. Fitnah yang melanda keluarganya merupakan satu cabaran buat
Nurul Izzah dalam mempertahankan dan memulihkan semula maruah
mereka. Ternyata Izzah tabah.
Seperti mana yang diketahui selepas lebih kurang 2 minggu DSAI
dipecat, beliau kemudian telah ditahan di bawah ISA. Ini merupakan satu
lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh Nurul Izzah dan keluarga.
Begitulah
nasib seorang anak perjuangan keadilan.
Sebagai seorang anak sulung dalam keluarga, Nurul Izzahlah yang
banyak membantu mamanya, DSWA dari segi fizikal dan mental. Nurul
izzah merupakan pelindung kelurga mereka dan DSWA menganggap Izzah
sebagai teman beliau bukan setakat anak sahaja. Izzah kekuatan saya,
kata DSWA.
Apabila perbicaraan kes DSAI bermula, Nurul Izzah selalu menemani
mamanya ke mahkamah. Di atas satu tanggungjawab Nurul Izzah sanggup
bertukar ke Universiti Malaya daripada Universiti Teknologi Petronas
supaya memudahkannya untuk melawat papa di penjara dan mengikuti
perbicaran di mahkamah. Tetapi di atas dorongan dan sokongan keluarga
dan teman-teman, Izzah mengubah fikiran apabila Izzah cuma mengambil
cuti 1 semester. Sungguh besar pergorbanan Izzah. NURUL IZZAH
LAMBANG PERJUANGAN REMAJA MASA KINI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>