*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikom Sdr. Abu Hasan
Setelah sekian lama membisu, alhamdullillah saudara masih sudi menulis
diruangan Hizbi nii. Alhamdullillah. Saya mintak saudara sudi2lah
menghantarkan nya selalu.
Sabenar nya tulisan saudara boleh memberi kesan yang agak berguna kepada
kawan2 netter diHizbi nii ( lebih2 lagi yg asyik dan suka hentam
menghentam nii... bilamana kita semua mengetahui bahawa islam itu
INDAH....tapi kalau dah asyik bertanding siapa yang paling tak berakhlak,
nampak janggal sekali lah perkataan itu ..)
Saya juga mempunyai saorang kawan berbangsa 'asing' yang memelok islam
disini. Satelah beberapa lama berdialog sambil menerapkan kefahaman islam
kepada nya, kadang kadang saya dapati keupayaan saya menerangkan secara
mendalam perkara2 dalam bab tauhid dan tasauf nii agak terhad, kerana
penguasaan bahasa Inggeris saya yang terhad dan pengetahuan yg masih cetek.
Lebih2 lagi apabila soalan2 yang diberikan agak mendalam yang memerlukan
pengetahuan yang agak meluas. Walaubagaimana pun setakat ini,
alhamdullillah, dengan rahmat Allah, dan beberapa rujukan, kebanyakannya
masih boleh dihuraikan. ( Kadang2 saya pun hairan sebab dimasa yg sama,
saya sendiri pun belajar dari apa yang saya huraikan...pelik juga..)
Oleh itu, mudah2an saudara Abu Hasan selalu2 lah menghantar sedikit
sebanyak bahan2 diskusi saudara itu, yang mana mungkin boleh membantu saya
dan kawan2 yang lain, insyaAllah. (Mungkin juga huraian2 saudara itu akan
saya forwardkan kepada kawan saya ini apabila kami berdiskusi dlm persolan
yang sama. InsyaAllah)
wassalamu
syed kamal
----------
> From: AHC <[EMAIL PROTECTED]>
> To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: H-Net* Re: kawanku Elizabeth.
> Date: Sunday, November 07, 1999 9:11 PM
>
> Insankamiil writes:
> >Last but not least, may Allah's rahmat be also to your new
> >convert Elizabeth.
>
> Untuk maklumat sdr, Elizabeth ialah contoh seorang wanita Barat
> yang kuat membuat kajian perbandingan ugama (Comparative Religions).
> Maklumlah di sana kurang ulama-ulama murshid yang boleh memberi
> panduan kepada mereka. Minat mereka terhadap Islam sangatlah
> mendalam. Pernah Elizabeth ini terpengaruh dengan Golongan Anti-
> Hadith di US. Kita mesti ingat dalam masyarakat di Barat, terdapat
> persaingan pelbagai pengaruh, seperti Ahmadiah Qadiani, Shiah,
> GAH..dll.
>
> Sebenarnya saya merasa kesian melihat Elizabeth, takut-takut dia
> disesatkan oleh GAH. Bukan senang hendak mendekati orang macam
> dia. Mula-mula dia kurang senang saya menjadi kawannya kerana pada
> anggapannya saya adalah seorang fahaman Sunni yang fanatik. Beberapa
> bulan yang lalu dia mengalami krisis jiwa yang dahsyat. Hampir-
> hampir dia menjadi murtad. Ketika itu saya mula menulis e-mel
> kepadanya menerangkan apa-apa yang dia kurang faham tentang isi
> Al-Qur'an. Dia mendapat semangat baru memahami Al-Qur'an dan
> menerima saya sebagai kawan baiknya..seolah-olah saya telah berjaya
> membuka lembaran baru dalam hidupnya.
>
> Saya telah membimbingnya supaya dia tidak dihasut oleh syaitan,
> saya berdoa untuknya siang-malam, saya memberinya semangat
> untuk bersabar menghadapi cubaan dan ujian. AlhamduliLlah, sudah
> banyak yang dapat kami berdikusi, termasuk tafsir, tasauf dan
> fekah. Sekarang ini dia sudah faham kenapa dalam Islam kita perlukan
> hadith..ini bererti dia sudah buang fahaman anti-hadith. Saya
> mengajarnya mengucap setiap hari sebagai memperbaharui imannya.
>
> Minda dan intelektualismanya sangat tinggi dan bukannya senang untuk
> berdiskusi dengannya tentang topik-topik ilmiah. Sebenarnya dia
> seorang yang angkuh, yang menghairankan ialah saya akhirnya berjaya
> memikat hatinya. Itu adalah hikmat dari Allah kerana dengan izin
> Allah saya berjaya menundukkan jiwanya yang keras menjadi lembut
> dan merendah-diri. Itu adalah rahmat baginya, insyaAllah.
>
> Syukurlah saya telah berjaya mengalahkan syaitan yang menghasutnya.
> Oleh itu marilah kita berdoa untuknya agar imannya bertambah kuat.
>
> Wassalam,
> Abu Hasan Chan.
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Syed Kamal" <[EMAIL PROTECTED]>