*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Aku dok tengok melalui tingkap ni dan kelih daun daun
yang bertukar rona dari hijau ke kuning ke perang dan
akhirnya jatuh ke bumi. Musim silih berganti...dari
panas ke luruh ke dingin ke bunga dan balik semula ke
panas. Aduhai besaq sungguh ciptaan Allah, Pemilik
Semesta Alam.
Terasa sungguh kecik dan halus bila dok renung ciptaan
Allah ni. Sapa lah aku ni ? Khadam dan hamba yang
kenit saja. Sapa lah manusia ni semua.? Allah sangat
sangat tak perlu pada manusia ni tapi hamba hamba abdi
di dunia ni sangat perlu pada Allah. Banyak yang ghaib
yang tak larat nak pikiaq oleh otak manusia.
Aku dok tengok jari jemari duk mengetuk keyboard ni.
Oh heran sungguh boleh bergerak gerak sepuluh jari dan
dua tangan. Lagu mana jari aku ni bergerak ? Bubuh
kata signal dari otak tak sampai dan jari tengah tak
bergerak gerak. Tentu kacau dan susah. Unik sungguh
ciptaan Allah.
Udara yang nyaman di musim luruh ni sungguh baik
sekali..Paru paru aku bergerak tanpa henti secara
otomatik tanpa di suruh dan dipaksa. Saluran
pernafasan yang menyedut O2 dan buang CO2 senyap
sekali. Kalaulah Allah nak hentikan pengaliran udara
pada aku tentulah semuanya berenti belaka. Tentulah
aku kaput tang ni jugak tak dan nak tekan bebutang
send.
Aku tak larat nak cerita bagaimana syukurnya aku pada
Allah dengan rahmatnya aku masih berada di kerusi ini
duduk tegak dengan tulang belulang,jari jemari
bergerak laju, pernafasan tanpa henti bersama minda
yang utuh.
Syukur Alhamdulillah pada Allah kerana kesihatan yang
diberikan dan kehidupan yang dipinjamkan.
Semoga manusia lain sama merasakan apa yang aku
rasakan. Semua benda yang otomatik dan rutin ni ada
penciptanya....Allah yang Maha Besar, Pemilik segala
galanya.
...tapi malang seribu kali malang, ada manusia yang
begitu angkuh dan sombong. Nak berlagak besaq tak
ketahuan hala. Depa tak mau tunduk pada kekuasaan
Allah. Depa engkar pada perintah Allah. Depa ni ingat
depa lagi hebat dari Allah, lagi gah dari Allah. Depa
ni ingat dunia ni hak mak pak depa sendiri, boleh buat
lagu tu dan lagu ni. Apa depa ingat depa besar sangat
ka ? Allah lagi besar atau depa sendiri ?. Depa ni
semua tak sedar diri..manusia ini kenit sangat saja..
Aku takut Allah murka dan marah pada puak puak yang
zalim dan yang melampau lampau ni dan tertempias pada
aku. Aku takut dituduh bersubahat. Aku takut bila bala
bencana diturunkan maka jari kelingking aku tak boleh
bergerak gerak lagi. Udara yang percuma ni kena bayar
cukai pula...Aku takut benda benda yang rutin dan
otomatis akan datang dengan harga yang mahal sebab
depa depa yang zalim ini..
Oh Allah kasihanilah aku....
Wassalam
Adam Mohamad
hari deepavali 1999
=====
**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
*********************************************************
>>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>