^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 <  Sila hantarkan mel anda ke [EMAIL PROTECTED]         >
 <  Hizbi-Muslimat-Net : Membina Muslimat Pembangun Ummah >
 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


sekadar memfwd..

------- Forwarded Message Follows -------
From:          "Ismail Lathifi B. Teh @PWPERAK" 
Subject:       FW: Tips untuk wanita.
Date:          Thu, 21 Oct 1999 14:34:29 +0800


Tips Untukmu Wanita


1. Wajib bagi seorang isteri:

 i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
  Keterangan:
  Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan
  merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi 
keharmonian
  rumahtangga. Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri 
tidak
  boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan
  hikmah.

 ii.Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
  Keterangan:
  Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki 
sekerjanya
  menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan
  sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau
  menghargainya.

 iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau
 susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun di atas belakang unta)
  Keterangan:
  Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa 
suami
  di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan
  rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri 
seolah-olah
  merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila
  suami minta.

 iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami 
maka
 si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
  Keterangan:
  Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya
  memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami.
  Sesungguhnya  duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.


2   Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 
 " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu
 oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si
 isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan 
isteri
 yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat
 serta semua makhluk di muka bumi."

3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia 
di
dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya. 

4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan
terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua 
telapak
kaki suaminya dengan sebahagian mukanya." 

5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh 
ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
 i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
 ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah dia dimaafkannya.
 iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali."

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada 
suaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah 
pahala 
amal kebajikannya".

 Keterangan:
 Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam
 memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala
 pahala amal kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang meminta
cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga
keatasnya."

 Keterangan:
 Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya.
 Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang 
dikhuatiri
 suaminya akan terkecewa.

8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada
seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"

 Keterangan:
 Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan
 isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
 Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang 
melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan 
suami tidak pernah dihargai.

9   Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada para
isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia
melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)

10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka 
ialah: 
i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah 
dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.

ii.Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu
mengadakannya.

iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan 
perhiasan
kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).

iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan 
tidur.
Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."

Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia
bertaubat.

11  Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW:
"Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa
kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku
jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." 

 Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua 
lubang
 hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap 
menjalankan
 kewajipan terhadap suaminya. Senadainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada
 manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."

 Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin
 selagi dunia ini masih ada"

12 Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan
terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya
suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta 
maka
tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.

13  Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai
ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan
begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.

14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil
hati jika saranannya tidak dipersetujui.

15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.

16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.

17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.

18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya
Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan
misainya dan mengeratkan kukunya,  Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga 
yang
mengalir di sungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan
didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"

19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah
akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.

20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami. 
 Keterangan:
 Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang 
berlainan.

21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak

22  Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit,
megipas dan lain-lain.


**Dipetik dari Buletin Fitrah, Surau Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji.**
.................
CIK HABIBAH YAHYA
ACCOUNTS EXECUTIVE, YEE LEE EDIBLE OILS SDN BHD
05-5451055 ext 275

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hati yang beriman dan bertaqwa serta akal 
     berisi ilmu dan pengetahuan
terpancar diwajahnya kejernihan dan cahaya
Barangsiapa melihat wajahnya akan 
    terbongkar rasa berTuhan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ==========================================================================
 = Melanggan? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: SUBSCRIBE MUSLIMAT     =
 = Berhenti? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE MUSLIMAT     =
 = Segala pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan     =
 = pandangan rasmi dan bukan tanggungjawab Hizbi-Muslimat-Net             =
 ==========================================================================
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]$
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kirim email ke