Balasan Terhadap Reaksi Tulisan Saya

Tulisan saya yang disiarkan di laman ini pada 4 November lalu mendapat reaksi � ulasan dan kritikan yang panjang lebar daripada The Matrix yang beralamat [EMAIL PROTECTED]. Reaksi yang diberikan begitu detail dan dibuat secara kronologi dan penuh emosional sekali. Melihat kepada cara reaksi itu dikemukakan ia seperti datang dari kumpulan fanatik sebelah sana.

Mulanya saya ingin biarkan sahaja kritikan dan ulasan itu memandangkan ia tidak disertakan nama dan identiti yang jelas. (Berpolimik dengan orang yang takut menampilkan nama samalah bergaduh dengan hantu) Tetapi setelah menyedari bahawa perbahasan kita ini demi mencari kebaikan bersama, maka saya memutuskan jua untuk membuat sedikit penjelasan di atas kritikan dan ulasan itu.

Meskipun identiti tidak jelas, tetapi sebagai orang yang ditarbiah menghormati orang ingin saya mengucapkan terima kasih kepada The Matrix. Walaupun reaksi itu negatif dan ada kalanya bahasa yang digunakan mejeluakkan, namun hakikat kebaikan di sebalik reaksi itu tetap ada. Hanya orang yang arif lagi makrifah sahaja yang mengetahui rahmat dan hikmat dari Allah SWT.

Mula-mula The Matrix yang saya anggap sebagai seorang Melayu yang cerdik (kerana ia menggelar dan memanggil saya dan kumpulan reformasi �Melayu Bodoh�), menegaskan yang terdesak waktu ini bukan MAHAFIRAUN Mohamad tetapi Anwar Ibrahim yang digelarkan sebagai Tok Liwat Negara. Katanya MAHAFIRAUN tidak perlu mencari jalan untuk membebaskan dirinya, sebaliknya Anwarlah yang terdesak.

Mengapa begitu singkat sekali pandangan The Matrix tidak pandai membaca situasi dan senario politik sekarang? Apakah kerana beliau terlalu taksud kepada MAHAFIRAUN dan Umno, menyebabkan beliau mejadi buta mata untuk melihat permasalahan di dalam diri MAHAFIRAUN dan Umno dewasa ini? Ataupun memangnya kerana beliau tidak mempunyai makanisme yang cukup untuk menilai pergolakan politik negara dan para pemainnya?

Cubalah �Melayu Cerdik� perhatikan dengan kepala yang dingin bagaimana gelisahnya MAHAFIRAUN dewasa ini untuk menghadapi penghukuman daripada rakyat. Sesiapa pun tidak dapat menafikan lagi bahawa MAHAFIRAUN berada dalam kedaan rimas dan gelisah. Belum pernah ada seorang Perdana Menteri Malaysia didesak oleh rakyat sebegitu rupa agar undur dan letak jawatan. Tetapi ini berlaku ke atas MAHAFIRAUN. Situasi inilah cukup membuatkan dirinya resah, gelisah dan terdesak.

Bukti paling jelas, sekiranya beliau tidak takut, tidak terdesak dan resah, kenapa beliau melambatkan pilihanraya? Kenapa ditangguh tangguhkan dan selalu berdolak dalih mengenainya. Apakah MAHAFIRAUN dan �Melayu Cerdik� tidak mengetahui betapa resahnya rakyat hari ini dalam melihat nasib dan masa depan negara? Dengan menggantungkan tarikh pilihanraya dalam keadaan hari ini ia meresahkan seluruh negara. Ia menjadikan politiking bertambah-tambah dan keadaan itu sekali lagi merugikan negara.

Justeru itulah saya menyifatkan MAHAFIRAUN takut dan bimbang dengan keputusan rakyat. Kerana itulah maka beliau terpaksa melakukan apa sahaja, bertindak dengan apa cara hatta secara haram, menyalahi tatacara adat dan budaya, membelakngkan perundangan serta memperalatkan pihak berkuasa dan sebagainya untuk menjamin kedudukannya. Itu semua dilakukan kerana beliau terikat dalam keadaan terdesak dan sangat tidak popular.

�Melayu Cerdik� itu juga mendabik dada seolah beliau mengetahui kesemua rahsia Anwar. Beliau memperlekehkan saya, hanya mengenali Anwar menerusi media massa. Saya berani menegaskan Melayu Cerdik, tidak kenal Anwar luar dan dalam. Beliau juga mengenali, malah terpengaruh dengan adu domba media massa yang menjadi penjilat buntut kerajaan. Sekiranya beliau mengenali Anwar, mengetahui gerak nadi perjuangan, menyelami makrifat nawaitu Anwar, beliau tidak akan tergamak menududuh Anwar dengan berbagai tuduhan, dan kebangsatan bahasa itu.

Melayu Cerdik menggelarkan Anwar Tokoh Liwat Negara, menyamakan Anwar seperti anjing, bertukar-tukar isteri dan membantai buntut jalang. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan liar begitu sedang buktimya tidak ada. Dalam satu hal beliau mengatakan saya tidak ada bukti cukup untuk memuji Anwar, tetapi beliau jelas tidak mempunyai bukti kemas memburukkan Anwar.

Bukankah segala tuduhan ke atas Anwar, liwat dan segala macam tohmahan jahat itu sedang dibicarakan. Maknanya pertuduhan itu masih lagi bersifat tuduhan dan fitnah. Mahkamah sedang menjalankan perbicaraan ke atas Anwar.

Bagi orang yang sihat dianugerahkan Nur rullah dan Nur Muhammad (agama) dan tahu pula mengenai undang-undang tidak akan mudah membuat tuduhan melulu ke atas seseorang selagi ianya tidak terbukti dan mahkamah belum memutuskannya. Pun jika mahkamah sudah memutuskan bersalah, bagi orang yang adil, benar dan ikhlas akan menilai pula bentuk perjalanan mahkamah itu apakah ia menepati kehendak undang-undang yang diguna pakai dan ditunjuki oleh agama seseorang ataupun tidak.

Dan sekiranya Melayu Cerdik seorang Islam lagi mukmin, (bukan setakat mengaku Islam sahaja, al-Quran dan Hadith adalah panduan kita), kita kena pastikan apakah perundangan yang dikuat kuasakan itu memenuhi tuntutan Qurdan dan Hadith. Dan di dalam kes pertuduhan ke atas Anwar itu apakah ianya dibicarakan mengikut Quran dan Hadith? Saya saran kepada Melayu Cerdik, yang bernada sinis terhadap agama itu buangkan sahaja Quran dan hadith jika kita sudah tidak mempercayainya. Quran tidak layak berada di tangan orang yang menggengam najis dan tidak yakin kepadanya!

Melayu Cerdik juga membela tokh-tokoh bacul yang membuat pendedahan dan pengakuan mengenai keburukan Anwar, sebaliknya mempersoalkan beberapa tokoh yang kaya raya kerana menyokong Anwar. Dalam bab ini, maaflah... saya tidak mahu persoalkan kerana keadaan sama juga wujud di pihak MAHAFIRAUN. Kekayaan, kemehawan adalah satu matlamat di kalangan orang-orang politik sekular yang diamalklan oleh parti politik hari ini, khususnya Umno. Sebaliknya apa yang hendak kita bicarakan soal keadilan, prinsip dan kredibiliti seseorang dalam perjuangan.

Tetapi saya sungguh terkilan apabila Melayu Cerdik menuduh bekas Setiausaha Sulit Anwar, sdr Mohd Azmin Ali bertukar isteri dengan Anwar. Tuduhan ini saya kira melampau dan keluar dari mulut busuk orang-orang yang berdendam dengan Anwar. Seperti saya katakan tadi, kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa bukti dan saksi. Selagi kita tidak dapat mengemukakan bukti dan saksinya, maka segala tuduhan itu tepulang kepada kita. Maknanya, kalau tuduhan Melayu Cerdik itu tidak benar, yang melakukan kerja demikian bertukar bini demi untuk mendapat sesuap nasi seperti anjing itu adalah dirinya sendiri.

Seterusnya Melayu Cerdik, membela Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Katanya; �Hello Melayu bodoh, Tokoh Liwat Negara sudah endorse dia yang bertanggungjawab isu nepotisme dan kronisme...� Benar... tetapi soalnya disini apa yang dipertikaikan mengenai ikredibiliti Zahid sebagai seorang politik. Kenapa ketika itu beliau menjadi begitu dungun untuk mengikut telunjuk Anwar? Kenapa tidak bangkang? Dan kenapa pula selepas timbul masalah (pemecatan Anwar) beliau tiba-tiba mengaku. Pulak tu selepas kena tangkap dan di tahan dibawah ISA.

Saya yakin sekiranya Anwar masih menjadi TPM, masih mempunyai kuasa, Zahid akan kekal bersama Anwar walaupun... walaupun dia menyedari bahawa dirinya diperalatkan oleh Anwar. Atau pun walaupun dia tahu akan keburukan Anwar? Pada Zahid biarlah dia dijadikan alat asalkan dapat sedikit nikmat. Saya yakin itu. Dalam hal ini saya mempertikaikan mengenai ketokohan Zahid dan keulitan semangat beliau sebagai pemimpin. Nihil sekali.....

Sebenarnya orang macam Zahid itu ramai di dalam Umno yang mengeliling MAHAFIRAUN macam lalat keliling tahi. Mereka akan tetap mengeliling tahi walaupun ianya busuk dan hampak. Sebabnya apa? Sebab di tongkol tahi itulah datangnya pelbagai makanan dan kebahagiaan. Mereka tidak akan mempedulikan busuk atau tidak, asalkan dapat menyedut rezeki. Begitu jugalah Zahid dalam kes Anwar ini, juga seperti lalat-lalat itulah...

Melayu Cerdik juga mempersoalkan kenapa saya mempertikaikan Zahid waktu ini, katanya sepatutnya saya fikirkan sebelum Zahid jadi Ketua Pemuda. Iya saya mengaku memang memberi sokongan kepada Zahid semasa bertanding Ketua Pemuda. Sokongan saya itu kerana terpesona dengan krektor Zahid sebagai pemuda Islami. Tetapi dalam sokongan itu saya tidak menyatakan sama sekali Zahid boleh sorong tarik prinsip perjuangannya. Saya sama sekali tidak menggariskan yang Zahid boleh munafik dan mungkir segala janji dan sumpah dan ba�iah. Tidak. Jadi apabila beliau sudah tidak memenuhi kehendak naluri perjuangan, maka saya terpaksa menegurnya agar kembali ke atas ril yang haq.

Melayu Cerdik juga cuba mengaiskan modal politik usang dengan mendedahkan pakaian Anwar berharga RM15,000 dan kaut RM2000. Kemewahan ini tidak mengejutkan sesiapa pun. Semua menteri lebih kurang Anwar sahaja. Malahan tokoh pujaan The Matrix lebih hebat lagi. Setengahnya baju dan seluar mereka lebih mahal daripada harga sebuah rumah kos sedarhana. Dan cubalah pandang ke Putrajaya dan lihat sendiri kediaman rasmi YAB Datuk Seri MAHAFIRAUN Mohamad, berapa harganya?

Amatlah malang kalau Melayu Cerdik hanya mendapat maklumat t kalau kediaman PM dibina dengan bahan tempat. Tingnya dibuat daripada buluh, atapnya dari dari daun sagu/nipah, lantai dari batang nibung, ataupun pinggang mangkuknya daripada tempurung, tempat tidurya daripada upit pinang dan tempat mandinya dilopak gajah! Sangat malang...

Akhirnya Melayu Cerdik suruh saya buat pengakuan berkanun mengenai tuduhan ke atas MAHAFIRAUNnya. Bukan saya takut untuk berbuat demikian, bila-bila masa saya sanggup. Satu syarat saya mahukan daripada Melayu Cerdik bolehkah memberi jaminan kebebasan akan diberikan kepada saya. Bolehkan Melayu Cerdik menjamin mahkamah akan dapat berjalan dengan seadil-adilnya tanpa dibayangi oleh sebarang kuasa atau polong?

Dan dapatkah juga Melayu Cerdik memberi jaminan (berkanun juga) yang MAHAFIRAUN akan hadir ke mahakmah? Hari ini pun untuk hadir bagi menjawab soalan dari peguam Anwar, MAHAFIRAUN sudah terketar lutut. Mungkin sudah terberak dan terkencing di dalam kain. Kalau tidak kenapa beliau mencari lebih sejuta helah untuk hadir ke mahkamah walaupun sudah dua sapina dihantarkan kepadanya.

Sebenarnya tidak payah saya buat tuduhan berkanun dan membawa MAHAFIRAUN ke mahkamah, cukuplah kalau Melayu Cerdik dapat memujuk MAHAFIRAUN hadir ke mahkamah bagi menjawab soalan-soalan dari Peguam Anwar Ibrahim yang sedang menunggu di mahkamah. �Orang yang menuduh orang lain bodoh adalah orang yang memiliki kecerdikan melebihi daripada had kecerdikan yang sepatutunya dimiliki oleh orang cerdik yang normal..�

MOHD SAYUTI OMAR (MSO)
6 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

mrf.jpg

Kirim email ke