SITUA ini memang sudah phobia!
 
HARI KELUARGA MAS JADI MEDAN POLITIK MAHATHIR

Hari keluarga MAS yang sepatutnya hari yang mengeratkan hubungan sesama kakitangan  bertukar menjadi medan bagi Mahathir berkempen untuk dirinya dan UMNO. Tindakan ini dikecam hebat oleh sebahagian besar kakitangan yang datang bersama keluarga, tetapi dijamu oleh tetamu yang tidak diundang oleh hampir  keseluruhan kakitangan MAS.

Sepanduk-sepanduk 'KAMI MENYOKONG KEPIMPINAN DATO' SRI MAHATHIR' digantung dimana-mana di dalam stadium MPPJ tersebut . Tindakan ini sebenarnya telah merencatkan keharmonian hari keluarga MAS, dimana majoriti kakitangan sebenarnya telah menolak kepimpinan MahaFiraun.

Tetapi malangnya tindakan MAS  menampakkan sikap yang tidak 'gentleman' yang menyembunyikan agenda sebenar hari keluarga tersebut dengan tidak memaklumkan akan kehadiran MahaFiraun dalam Memorendum menjemput kakitangan. Ini sebenarnya sikap pengecut pihak  pengurusan MAS untuk menafikan kenyataan bahawa majoriti kakitangan syarikat sebenar telah menolak kepimpinan BN dan Kroni-kroninya. Tambahan pula bila mana 'Collective Agreement' diantara kakitangan Executive yang mana sepatutnya kenaikan gaji dibayar pada Jan 1996 berakhir dengan 'Zero Increament' selepas verdict dari Mahkamah Perusahan memberi keputusan yang  berkemungkinan ada tangan-tangan ghaib dibelakang keputusan Mahkamah tersebut.

Mungkin ini merupakan  ganjaran kepada Mahathir diatas 'pertolongan'nya untuk memberi Verdict tersebut. Jika ini benarlah berlaku, maka, sebenar pihak pengurusan MAS sebenarnya telah mengambil hak kakitangan untuk kepentingan mereka.  Maka bersedialah mereka-mereka ini untuk menjawab di  Yaumul Mahsyar nanti.

Reformist MAS
SELAMANYA PAS
 
 

Kirim email ke