*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Teman tak risau sangat pasal daun2 berguguran -kerana lepas tu
tumbuh daun baru. Yang teman risau ialah tentang rambut2 
berguguran.  Ada orang kata sebab makan sodium glutamate banyak 
la, pasal acid rain la, pasal keturunan, pasal hormon la, pasal 
banyak masaalah la, dll. Cuma yang jarang orang sebut ialah 
pasal peringatan yang umur dah makin tua.

Apasal orang tak suka sebut TUA. Mungkin sebab tua tu membawa
maksud - dah semakin hampir dengan kubur. Mungkin bila dengar
perkataan KUBUR, nak bincang pasal Business Plan 2000, pasal
rumah Bangalow, pasal KLSE, dll, akal jadi tumpul.

Malah banyak yang TUA2 tak berapa digemari, misal calun isteri /
suami tua, kereta tua, rumah orang2 tua, tempat kediaman rasmi
tua, dll. Cuma ada satu TUA yang orang sangat tergila2 
inginkannya; iaitu KETUA, misal ketua bahagian, ketua pemuda, 
ketua negara, dll.  Yang ini, rasuah, bunuh, fitnah, dsbnya pun
orang sanggup buat untuk mengekalkanya. 

Sekian.  

-------

Adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
Assalamualaikum

Aku dok tengok melalui tingkap ni dan kelih daun daun
yang bertukar rona dari hijau ke kuning ke perang dan
akhirnya jatuh ke bumi. Musim silih berganti...dari
panas ke luruh ke dingin ke bunga dan balik semula ke
panas. Aduhai besaq sungguh ciptaan Allah, Pemilik
Semesta Alam.

Terasa sungguh kecik dan halus bila dok renung ciptaan
Allah ni. Sapa lah aku ni ? Khadam dan hamba yang
kenit saja. Sapa lah manusia ni semua.? Allah sangat
sangat tak perlu pada manusia ni tapi hamba hamba abdi
di dunia ni sangat perlu pada Allah. Banyak yang ghaib
yang tak larat nak pikiaq oleh otak manusia. 

Aku dok tengok jari jemari duk mengetuk keyboard ni.
Oh heran sungguh boleh bergerak gerak sepuluh jari dan
dua tangan. Lagu mana jari aku ni bergerak ? Bubuh
kata signal dari otak tak sampai dan jari tengah tak
bergerak gerak. Tentu kacau dan susah. Unik sungguh
ciptaan Allah.


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abang tebuan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke