*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-------- Original Message --------
Subject: H-Net* E-Makalah Bil 13 05 November 1999
Date: Fri, 05 Nov 1999 18:04:58 +0800
From: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
Hash: SHA1
[EMAIL PROTECTED]
http://www.bigfoot.com/~hafnie
http://orgmaya.cjb.net
__________________________________
E-Makalah Bil 13 05 November 1999
__________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat.
Ini adalah E-mail yang dikirimkan kepada
sahabat-sahabat yang menyertai melalui Onelist dan juga
Listbot. Ia juga dipanjangkan kepada senarai email tertentu.
Sila abaikan e-mail ini jika saudara/i tidak kehendakinya.
Jika e-mail ini adalah satu gangguan sila hantarkan e-mail
kepada [EMAIL PROTECTED] untuk membuat laporan.
Sila rujuk akhir Ema ini untuk berhenti atau sertai
senarai yang Haris kendalikan.
Kita sebagai penguna komputer ada kala tidak
menyedari bahawa, ada pelbagai cara untuk orang lain
mengetahui apa yang kita telah lakukan, atau
mencapai semula data kita.
Ini tentu lagi merisaukan kita jika data-data
itu adalah rahsia. Terlebih dahulu ingin Haris
nyatakan ada pelbagai cara untuk menyimpan data
kita daripada dicapai oleh orang lain, namun pasti
ada cara juga untuk orang lain membongkar fail-fail
kita itu.
Usaha masih langkah-langkah perlu dilakukan untuk
memastikan kita dapat melindungi data kita. Tidak ramai
pakar yang boleh membaca data kita jika kita mengikut
cara yang betul untuk lindungi data kita.
Bagi penguna Win95/98 jejak data atau fail kita boleh
dikesan balik daripada Start -> Documents . Ini mungkin
memudahkan kita mengesan balik fail kita tetapi
ia juga memberi jalan senang kepada mereka yang hendak
mengetahui fail-fail yang kita selalu gunakan.
Gunakan Start -> Setting -> TaskBar -> Start Menu Program
- - -> Document Menu -> CLEAR
Untuk hilangkan jejak fail-fail kita.
Bila kita mengunakan pelbagai applikasi dalam Win95/98,
setiap fail yang kita buka akan mempunyai fail sementaranya
juga. Fail-fail ini selalu bermula dengan ~ atau dengan
akhiran tmp. Sebelum kita menutup komputer kita, perlulah kita
memadam fail-fail ini. Tuju ke folder Windows cari folder
temp. Didalam folder temp ini pasti kita akan dapati
pelbagai fail. Sebenarnya kita boleh buang fail-fail ini.
Pastikan dahulu semua applikasi telah ditutup, barulah "delete"
fail-fail ini. Jika ada fail-fail yang tidak boleh dibuang
biarkan sahaja. Mungkin fail-fail itu digunakan oleh applikasi
lain. Kita boleh mencubanya kemudian.
Bagi kita yang selalu mengembara dengan applikasi pelayar
Internet, ruang cache boleh mendedahkan laman mana yang kita
telah lawati.
Ruang chache ini boleh di kosongkan dengan dalam applikasi
itu sendiri. Dalam Netscape pilih preferences -> Advanced
- - -> Cache. Pilih butang "clear cache".
Begitu juga IE. Pilih pilihan Options -> Temporary Internet
Files - Delete file.
Dalam Pelayar kita juga ada catatan link-link yang telah
dilawati. Catatan ini dipanggil "History". History membantu
kita mengingati laman-laman dilawati tapi membantu orang
lain mengetahui mana-mana laman yang kita lawat. Naya.
Dalam Preferences Netscape. Bawah Navigator. Pilih
"Clear History". Kita juga boleh tetapkan berapa
hari untuk jangka masa "History" diingati. Bagi IE
bawah Option -> History.
Netscape pula, didalam "Location Bar", kita boleh lihat
semula link-link yang kita telah taip. Cara menghilangnya
seperti dalam option "History". Pilih pula
"Clear Location Bar". Kita perlu "upgrade" ke Netscape
4.5 keatas untuk mendapatkan pilihan ini.
Bagi IE. Cukup dengan "Clear History Files".
Jangan lupa untuk kosongkan tong sampah kita.
Pengunaan PROXY SERVER
======================
Cuba lawat laman-laman ini.
http://Privacy.net/analyze/
http://cgi.anonymizer.site.ne.jp/e/prxjdg-e.cgi
Perhatikan bahawa data-data tentang daripada
mana kita belayar dan PC kita boleh didapati dengan
hanya memawat laman tertentu. Kita tidak pasti
berapa banyak laman yang mengutip data-data
tentang diri kita di Internet. Secara kita sedar atau tidak
sedari. Laman di bawah pula boleh mengetahui IP asal
kita.
http://www.tamos.com/bin/proxy.cgi
http://grc.com/
Kita perlu belajar untuk mengunakan PROXY server.
PROXY server adalah perantaraan kita dan juga laman
yang kita lawati. Dengan mengunakan PROXY ini, laman
akan dicapai oleh proxy dan menghantarnya kepada kita.
Catatan hubungan hanya dapat melihat kita dengan
PROXY server, bukan dengan laman yang dilawati.
Dan satu lagi kebaikannya, ruang cache PROXY dapat membantu
kita mencapai sesuatu laman dengan lebih cepat.
Lawat laman-laman dibawah untuk belajar tentang
PROXY server ini.
http://members.tripod.com/lycos_webmaster/index.html
http://www.spaceproxy.com/
Dan ini adalah senarai public proxy
http://freebooks.hypermart.net/proxy/proxies.htm
Email Secara Rahsia
===================
Jika kita teringin menyampaikan email,
dan mahu penerima email tidak mengetahui daripada mana kita
sampaikan email dan daripada siapa. ( Untuk lindungi masalah
ID dikesan sebab email di Forward kepada yang lain). Laman-laman
ini dapat membantu. Gunakan mixmaster interface.
http://www.gilc.org/speech/anonymous/remailer.html
http://freedom.gmsociety.org/remailer/mixmaster.cgi
Adalah sukar untuk membuat pengesanan kerana server email
ini berada di luar negeri dan mengambil masa.
Kita juga boleh menggunakan email forwarding untuk
lindungi alamat benar kita. Walaupun ia tidak akan merahsiakan
daripada mana kita datang. Sekurang-kurangnya ia dapat
lindung kita daripada masalah email sampah. Bigfoot menyediakan
kemudahan ini.
http://www.bigfoot.com/
http://www.iname.com/
Penutup
=======
Cara untuk melindungi data-data peribadi kita, memerlukan
kita berusaha untuk belajar sendiri dan bertanya kepada tempat
yang bersesuaian.
Autoresponder [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>, menggariskan beberapa panduan dan kumpulan
perbincangan komputer yang boleh dituruti sebagai permulaan.
Selain daripada laman-laman. Applikasi PGPi (Pretty Good Privacy),
dapat membantu kita berhubungan dengan email dengan lebih
selamat dan email kita boleh dirawak dengan PGPi ini.
Lawat laman http://www.pgpi.com dan rendah beban applikasi
PGPi. Lanjutan PGPi akan dibincangkan di Ema keluaran lain.
Jangan lupa untuk mencuba kemudahan PGPi untuk "wipe out"
terus data kita tanpa boleh didapatkan semula.
Kita juga perlu belajar untuk membuat pengesanan jika
kita mendapat email yang kita tidak berkenaan.
Lawat laman ini.
http://www.spamcop.net/
Atau forward terus email sampah itu kepada alamat email
ini [EMAIL PROTECTED] . Email balasan daripada
spamcop akan dikirimkan untuk tindakan selanjutnya.
Laman dibawah pula adalah senjata pengesanan kita.
http://Network-Tools.com/ pilih "express trace"
ping - untuk ketahui server hidup ke tak.
traceroute - cari dari mana ia datang dan ikut server mana.
lookup - check nama dalam DNS
Lawat laman ini untuk rujukan lain.
http://www.skuz.net/potatoware/privacy.txt
- - ----------
Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan Haris, sesuatu yang baik
dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun,
Haris tidak dapat bertanggungjawab kepada sebarang masalah
yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan
Haris. Situasi dan keadaan mungkin berbeza.
Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke [EMAIL PROTECTED] .
Haris sedia mendengarnya.
Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan saya
anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang perubahan.
Saya amat menghargainya.
Sekian.
wassalam
: )
05 Nov 1999
==============================================================
Email ini adalah OpenContent
- - --> http://www.opencontent.org/opl.shtml
http://www.bigfoot.com/~hafnie
OPEN-SOURCE URL: http://www.muslimsonline.com/~open-src
Hakcipta Terpelihara 1998 1999 - Harisfazillah Jamel
Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Bagi senarai email listboat.
http://members.theglobe.com/hafnie/art/art.htm
Masalah komputer. Hantarkan masalah anda dengan menyertai
senarai email dunia-digital dengan menghantar email kepada
[EMAIL PROTECTED]
Masalah hendaklah dihantar kepada [EMAIL PROTECTED]
Bagi kumpulan sokongan lain. Hantarkan kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
____________________________________________________________
-----BEGIN PGP SIGNATURE-----
Version: PGPfreeware 6.0.2i
iQA/AwUBOCI65ygZae/x0t8jEQK6EACfTUO4N+N6VBgbnFPSqjEwQbfSh/AAoPSp
lU3OueDox81mH7u8Ons6UlLM
=UXvk
-----END PGP SIGNATURE-----
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>