*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>
> >Subject:     KHAS untuk KAUM WANITA
> >
> >
> >Allah berfirman yang bermaksud:
> >  Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka 
>menahan
> >sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan
> >perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri 
>dari
> >bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti
> >mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke 
>leher
> >(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan
> >perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,
> >anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara
> >lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba 
>sahaya
> >kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak 
>mempunyai
> >keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah
> >tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak 
>yang
> >belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka
> >pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi
> >(misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau
> >perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu 
>semuanya
> >kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah
> >An-Nur ayat 31) Allah berfirman yang bermaksud: Belum sampaikah lagi 
>masanya
> >bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi
> >peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) 
>mematuhi
> >kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula
> >mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka
> >(Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut 
>(jauh
> >dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti
> >perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
> >(surah Al-Hadid ayat 16) Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua 
>wanita
> >ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera
> >menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang
> >sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat 
>masing-masing
> >dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka
> >segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang
> >wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika 
>itu.
> >Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman
> >Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga
> >Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita
> >(Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka 
>maka
> >semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.
> >Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup
> >aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh
> >membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari
> >saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang
> >ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah 
>Allah
> >telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa
> >masih tak tutup-tutup lagi? Lihat lagi ayat di atas Allah berfirma 
>"Katakan
> >kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan
> >perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah
> >hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja. Dalam ayat 
>kedua
> >pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang
> >beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan,
> >Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh
> >bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah
> >mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. 
>Tetapi
> >kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain 
>putih
> >sebelum kita sempat menutup aurat. Maka wahai saudari-saudari seagamaku
> >(YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu
> >esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah
> >Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu
> >dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU
> >TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN 
>PENDUDUK
> >LANGIT.
> >
> >Surin
> >ext 3259
> >
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "h- d" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke